Mr.J sebagai "MAN TOL" di Telemovie Komedi "Bibik Ku Madu Ku" Arahan Fahizal Abdullah untuk RTM.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Maafkan Mr.J kerana beberapa hari ini tidak dapat nak "update entry" terbaru di blog, ini kerana Mr.J berada di Kampar, Perak untuk pengambaran Telemovie Bibik Ku Madu Ku. Ayuh, mari ikuti sedikit sebanyak mengenai telemovie tersebut serta sedikit mengenai watak Mr.J kali ini.


Bibik Ku Madu Ku itulah Judul Telemovie bergenre komedi yang diarahkan oleh En. Fahizal Abdullah Terbitan daripada "Ray Lee" 7ujuh Warisan.

Kali ini Mr.J diberi peluang untuk sekali lagi berlakon oleh En.Fahizal Abdullah dalam Telemovie bergenre Komedi, kali ini boleh dikatakan agak "nervous" sedikit kerana Telemovie "Bibik Ku Madu Ku" turut dibintangi oleh Pelakon berpengalaman serta sememangnya "tip top" seperti Jasmin Hamid yang serba boleh  dan Redzuan Hashim, siapa yang tidak mengenali mereka sememangnya mempunyai "level" sendiri dalam bidang lakonan.


Gerun juga Mr.J yelah Mr.J diibaratkan baru di level Pra-Sekolah manakala Jasmin Hamid dan Redzuan Hashim telah lama graduate serta memegang Ijazah. Ha, lihat bertapa jauhnya Mr.J .
Untuk makluman semua pembaca iaitu En.Fahizal Abdullah juga adalah Pengarah kepada Drama bergenre Aksi 13 Episod iaitu berjudul "IBAN TAIKO".   Drama Iban Taiko 13 Episod tersebut dijangka akan keudara di RTM TVi 180 Astro pada bulan November ini, ketika itu Mr.J memegang watak sebagai Chabu.
Mr.J pula diberi untuk mengalas watak sebagai "Man Tol" iaitu seorang pekerja resort di "Sahom Farm Retreat Resort" yang berlokasi di Kampar, Perak. 

Man Tol adalah seorang pekerja yang lambat "pick up" atau dengan bahasa senang difahami iaitu "selenge / lurus bendul" Man Tol merupakan rakan kepada Munir iaitu seorang yang kuat cemburu manakala Fatimah yang juga pekerja resort yang sama adalah kekasih Munir.



 Sedikit rakaman di Sebalik Tabir Post by Jacky Juing Jonathan.

Ha, itulah sedikit sebanyak tentang watak Mr.J sebagai Man Tol dan kalau sebelum ini Mr.J memegang watak Aksi, Pergaduhan serta Samseng dalam Drama yang lepas iaitu Iban Taiko tapi kali ini jadi seorang yang "blur, lurus bendul agak selenge". 

Rasanya setakat ini sahaja yang Mr.J kongsikan dan untuk keseluruhan ceritanya tunggu sahaja akan datang di RTM, Telemovie ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga .

- Mr.J

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©