IBAN TAIKO, Mr.J tahu pasti ramai yang seakan dapat meramalkan bahkan ada dikalangan pembaca sekarang tengah berimaginasikan sebuah adegan pergaduhan melibatkan gengster ataupun kongsi gelap.
Tentu ramai yang ingin bertanya serta dipenuhi rasa ingin tahu khususnya rakyat Sarawak dan lebih - lebih lagi masyarakat Iban.
Di sebalik Takbir Mr.J sebagai Chabu |
Drama ini diterbitkan oleh seorang anak tempatan Sarawak yang berbangsa Iban iaitu En.Hereward Gramong dari Syarikat Allen Tinggie Trading Sdn Bhd yang berpangkalan di Sarikei, Sarawak.
Drama ini di arahkan oleh saudara Fahizal Abdullah dimana beliau juga pernah mengarahkan Drama seperti ER 5 (EJEN RAHSIA 5), Kisah Bujang Sepah dan beberapa lagi Drama yang lain di Semenangjung Malaysia. Beliau juga secara tidak langsung merupakan Pengarah Pertama yang mengarahkan Drama berbahasa Iban.
Drama ini ditulis oleh Aisurazy/ Rizalwan/ Fahizal Abdullah/ Priscilla Allen. Drama Iban Taiko mempunyai keunikkan tersendiri kerana keseluruhan Drama adalah menggunakan Bahasa Iban (sarikata disediakan) dimana Bahasa Iban ada bahasa terbesar di Sarawak.
Mungkin tidak agak keterlaluan jikalau Mr.J melabelkan Drama Iban Taiko adalah sebuah Drama berepisod yang terulung serta yang pertama dalam Bahasa Iban yang akan ditayangkan di TVi pada November ini.
Penuh Aksi serta Konflik! |
Drama ini dibintangi oleh para pelakon yang hebat dan yang penting kesemua pelakon Drama Iban Taiko adalah anak jati Sarawak.
Diantara Para Pelakonnya adalah Donny Lang, Stevenson, Chabu, Shaleyna, Richie M, James Ruai, Bruce, Julio, Orton, Jackz Sparrow, Junaida, Zenna, Anne serta banyak lagi dan juga ehem... Mr.J juga diberi peluang dalam Drama Iban Taiko ini dan yang pasti anda pasti tidak suka karekter Mr.J dalam Drama Iban Taiko.
Bagi Mr.J ianya adalah satu perkembangan menarik dalam industri filem, drama atau telemovie di Sarawak.
Ini Kerana kita khususnya rakyat Sarawak amat jarang didedahkan bahkan mungkin tidak pernah sama sekali didedahkan drama atau filem yang mantap dari Sarawak apatah lagi yang disiarkan di saluran television.
Drama Iban Taiko turut dijayakan oleh para angota PDRM Cawangan Sarikei (IPD Sarikei) serta Kuching. Jutaan Terima Kasih kepada Pihak PDRM. Baiklah disini Mr.J ringkaskan sedikit Drama Iban Taiko ini.
Ini Kerana kita khususnya rakyat Sarawak amat jarang didedahkan bahkan mungkin tidak pernah sama sekali didedahkan drama atau filem yang mantap dari Sarawak apatah lagi yang disiarkan di saluran television.
Drama Iban Taiko turut dijayakan oleh para angota PDRM Cawangan Sarikei (IPD Sarikei) serta Kuching. Jutaan Terima Kasih kepada Pihak PDRM. Baiklah disini Mr.J ringkaskan sedikit Drama Iban Taiko ini.
Diantara Babak menarik dalam Drama Iban Taiko |
Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya.
Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah.
Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita ini sila ikuti Facebook IBAN TAIKO untuk perkembangan semasa atau nantikan saja di Channel 180 TVI RTM.
Lokasi Pengambaran adalah disekitar Sibu, Sarikei dan juga Pakan serta dibeberapa tempat di Sarawak. Drama ini sememangnya wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia amnya serta khususnya rakyat Sarawak kerana yang pasti ianya merupakan fenomena baru dalam dunia hiburan Sarawak.
- Mr.J