PENDAPAT : Dimanakah Peluang Pekerjaan Anak Sarawak seperti dijanjikan dulu? BANGLADESH didahulukan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
"Nyumbuh di hutan disusukan apatah lagi Anak sendiri" . Sudah nyata anak Sarawak kini akan dianak tirikan bahkan mungkin menjadi anak buangan di tempat sendiri, dimanakah janjinya para kabinet Sarawak satu ketika dahulu akan menyediakan peluang perkerjaan yang boleh dikatakan cukup banyak sekali apabila wujudnya pelbagai projek raksasa godzilla.

Datuk Seri Richard Riot kepada kerajaan Bangladesh supaya menghantar 12,000 pekerja mereka.
Projek Score? Projek Highway Pan Borneo?, mungkin kerajaan Sarawak mengalukan kedatangan warga Bangladesh ke Sarawak adalah bertujuan persediaan untuk memikul Projek terbesar malaysia iaitu Projek Highway Pan Borneo, itu jika yang berfikir secara positifnya.
KUCHING - Kira-kira 12,000 warga Bangladesh akan diambil bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak, kata Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia A. K. M. Atiqur Rahman. 
Beliau berkata, ini berikutan permintaan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot kepada kerajaan Bangladesh supaya menghantar 12,000 pekerja mahir dan separuh mahir untuk bekerja dalam pelbagai sektor di negeri ini ketika berkunjung ke negara itu baru-baru ini.
Mr.J tidak menyalahkan kerajaan Sarawak bahkan menyokong kemasukkan pekerja asing kerana pekerja asing sememangnya layak untuk menerima gaji serendahnya, lagipun di malaysia gaji minimun Sabah & Sarawak ditetapkan mesti "kurang" RM100 daripada semenangjung malaysia.

Ramai juga anak muda Sarawak telah melarikan diri ke luar negara seperti berkerja di sektor carigali ataupun ke semenangjung malaysia dan juga Singapura bahkan ke Benua lain.

Jangan pula mengata bahawa Anak Sarawak terlalu memilih kerja, ini kerana "Nyumbuh di hutan disusukan apatah lagi Anak sendiri" di Sarawak.

Kementerian kebudayaan di Sarawak harus membuat persediaan rapi bagi memasukkan kebudayaan Bangladesh di Sarawak kerana ini bertujuan untuk menyemai masyarakat serta memupuk dan menambahkan "sebahagian" 38 etnik di Sarawak iaitu Bangla satu hari nanti.

Rujuk : Bila Bangladesh mula berada di Sibu, Sarawak. 
Artikel ini juga boleh dirujuk:
Some 12,000 Bangladeshi workers will be recruited to work at various sectors in Sarawak, said Bangladesh High Commissioner to Malaysia AKM Atiqur Rahman. - malaysiakini

Atiqur menggesa rakyat Bangladesh yang bekerja di Sarawak supaya memohon pasport yang boleh dibaca mesin (MRP). - Sinar Harian
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©