SARAWAK : "TIDAK MAHU Parti Politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak". KM SARAWAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KOTA SAMARAHAN: “Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di dalam sesi soal jawab sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Ketua Menteri Sarawak yang berpendirian Tetap.
Pada sidang tersebut, Adenan juga turut bertegas serta menjamin bahawa beliau TIDAK AKAN membenarkan UMNO tumbuh serta berakar di Sarawak.
“Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya.
Ini kerana menurutnya Masyarakat Sarawak adalah sangat Unik kerana kita adalah rakyat Sarawak dan komposisi Sarawak adalah berbeza daripada Semenanjung Malaysia.
“Kita telah ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di mana setiap kali pilihan raya, kita telah memenangi kerusi dan berkhidmat kepada rakyat… jadi, kenapa hendak mengubahnya.
Bukan UMNO sahaja tetapi mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak termasuk parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.
“Ya, memang kami akan menyokong Barisan Nasional tetapi kami akan melakukannya dengan cara sendiri,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa Walaupun terus tinggal dalam Negara Persekutuan "Malaysia", ini tidak bermakna bahawa kita akan mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Putrajaya (kerajaan pusat)… tidak, kita mesti menuntut hak-hak perlembagaan kami di negara ini.
“Perlembagaan ini menyediakan ekonomi untuk Sarawak dan kita harus menuntutnya,” katanya.
_____________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©