Ada 3 Tarikh Kemerdekaan dalam Negara Persekutuan Malaysia. Beza perkataan "Pembentukkan" dan "Masuk" Malaysia.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pening tak dengan tajuk diatas?, inilah terjadi apabila kita diajar melalui Buku Teks Sejarah Sekolah yang hampir 90% tidak menyatakan beberapa sejarah penting Sabah serta Sarawak apa yang kita tahu di buku sejarah sekolah mungkin mengenai hang tuah berserta kuncu - kuncunya.

Sebelum Mr.J huraikan anda harus faham makna perkataan "Persekutuan" dan juga "Pembentukkan", ditekankan bahawa "Pembentukkan" adalah tidak sama sekali dengan perkataan "Masuk/Memasuki" .

Tarikh Kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia.
  1. 31 August 1957 - Malaya Merdeka
  2. 22 July 1963 - Sarawak Merdeka
  3. 31 August 1963- Sabah Merdeka
Sabah dan Sarawak adalah berstatus Keseluruhan Tanah Melayu . Setelah itu 3 Gabungan entiti tersebut membentuk Negara "Malaysia" melalui "Perjanjian Perkara 18 - 20 Sabah & Sarawak" yang harus dipatuhi 16 September 1963 .

16 September 1963 - Hari Malaysia , merupakah Hari Kelahiran Sebuah Negara Persekutuan yang diberi nama "Malaysia", hasil sepakat diantara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ) .

Nota : Harus diingati bahawa Sarawak dan Sabah tidak sama status 'negeri' seperti contoh , melaka , johor dan sebagainya .

Fakta sejarah yang menyatakan bahawa Sarawak menyertai Malaysia adalah tidak benar dan ia harus diperbetulkan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh. - Borneo Post 30/9/13

Petikan daripada Buku "The Birth of Malaysia"
Tidak mustahil jika anda mendengar orang itu ini diharamkan masuk ke sabah atau sarawak. Kenapa bila anda ke sarawak anda diberi pas slip tempoh lawatan 90 hari sahaja dan jika lebih dari 90 hari anda harus mengemukakan kepada imigresen sarawak.

Inilah mengapa mereka mempunyai sistem perlembagaan , KAWALAN imigresen , agama tersendiri yang tak tertakluk kepada sistem di tanah melayu atau disebut sebagai semenangjung malaysia sekarang.

Walhal kita tahu daripada rentetan sejarah yang berlaku, ia tidak seperti itu dan menggunakan tarikh kemerdekaan Malaya (31 Ogos) sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia sebenarnya "menidakkan sejarah" dan PERANAN Sabah dan Sarawak sebagai sebuah entiti yang merealisasikan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru.

Ia adalah fakta yang tidak boleh diubah dan memperkatakannya tidak sama sekali boleh disifatkan sebagai mempolitikkannya. 

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©