Sabah & Sarawak Menjawap Soalan "Typical Malayan" mengenai Bin Binti, Tatu, Nama Melayu tapi bukan Islam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Good Friday untuk para penganut Agama Kristian dan Salam 1-Malaysia,

Selamat bercuti kepada Rakyat Sabah dan Rakyat Sarawak pada hari ini iaitu 18 April 2014 yang juga merupakan Hari Cuti Umum di kedua - dua negara rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia. 

Rasanya tidak perlu untuk Mr.J memperjelaskan mengenai kenapa 'mereka' cuti umum dan tidak perlulah anda beriya - iya mengatakan kepada Mr.J bahawa "Bukankah Ini Negara Islam" , hal ini kerana agama Islam adalah hanyalah agama Rasmi di setiap negeri di dalam "Persekutuan Tanah Melayu" . 
"Persekutuan" Tanah Melayu dan Negara "Persekutuan" Malaysia adalah dua Perkara yang berbeza" - Mr.J
Sila rujuk kembali Perkara Pertama tentang Agama Rasmi di Sabah & Sarawak. "Perjanjian Perkara 18 - 20 Sabah dan Sarawak" dimana perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh para pemimpin lampau dalam 'usaha' memujuk Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju membentuk sebuah Negara "Persekutuan" yang dinamakan Malaysia.


Baiklah, berbalik kepada "Menjawap Soalan Typical Malayan" tetapi terlebih itu Mr.J memohon maaf kepada sesetengah pembaca kerana isu persoalan ini bukanlah kepada mempertikaikan sesuatu perkara tetapi Mr.J hendak bawa anda semua memahami serta melihat apa sebenar di Sabah dan Sarawak.

Ramai rakan dari luar kedua - dua negara tersebut keliru dengan status nama , agama serta bangsa mereka disini Mr.J tidak menyalahkan anda tetapi ini adalah kesilapan besar sistem pendidikkan malaysia semenjak penubuhan negara persekutuan malaysia. 

Kenapa Mr.J berkata demikian, ini kerana Mr.J telah melalui sistem Pendidikkan yang kebanyakkan hanya mengajar atau mendidik para pelajar hampir 95% sejarah dari Tanah Melayu manakala tentang Sabah dan Sarawak hanya boleh dibahagikan kepada 2.5% sepertimana mereka mengorbankan peratusan minyak terbesar kepada Tanah Melayu untuk mendirikan Menara Berkembar Petronas.

Nampaknya Mr.J dah tersasar jauh dari tajuk utama mungkin akibat keradangan otak apabila memberikan penjelasan yang berkali - kali. 

Ronny Harun pemain Bolasepak Pasukan Sarawak yang cukup lincah asal berkelahiran Sabah. Selalunya perkara pertama yang di 'spot' oleh kebanyakkan 'malayan' adalah pandangan luaran serta namanya , seperti Ronny Harun yang bertatu dan namanya agak ada bunyi 'kemelayuan' sehingga ramai yang membuat spekulasi tertentu bahkan ada yang menjadi uztad dan uztadzah dalam kadar segera tanpa membuat semakkan biodata pemain tersebut.

Tidak seperti Ronny Harun seorang lagi pemain Sarawak iaitu Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan yang juga mengangotai Pasukan Bolasepak Malaysia pernah diselubungi spekulasi dikatakan 'kafir' bahkan tuduhan 'murtad'  mungkin ketika itu hos bolasepak mengulas serta lebih senang memanggilnya sebagai "Putera".

Putera Nadher atau Junior Eldstal terpaksa membuat open letters untuk menjelaskan status agamanya.
Jika anda ada rakan daripada Sabah dan Sarawak bertanyalah kepada mereka tentang budaya dan sebagainya tetapi jangan terkejut sekiranya nama penuh rakan anda adalah Halimah Cristy Binti Kadir atau Johanes Ringgai Bin Mathew Sambek dan tiada tanda Islam kerana Bin dan Binti tidak merujuk kepada Agama Islam di Sarawak serta Sabah.

Inilah sebabnya jika ramai yang berangapan bahawa apabila 'Agama di Bangsa kan' . - Mr.J

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©