4 Perkara Penting perlu ditekankan oleh setiap Penulis Blog. - Tips Blogging Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam sejahtera  dan selamat bersua kembali dengan Mr.J. disini , lama juga Mr. J tidak menulis mengenai tips serta sedikit panduan blogging  berguna bagi anda yang baru sahaja berjinak dalam arena blogging ini. Segala yang Mr.J akan kongsikan disini adalah berdasarkan pemerhatian serta pengalaman Mr.J sendiri.

1: Pop-up , Facebook Like Box , Iklan

Sudah tentu anda pernah mengunjungi blog rakan yang lain tetapi kadang kala anda terpaksa melupakan hajat anda kerana 'mood' anda telah hilang apabila pelbagai 'benda' yang menganggu di paparan skrin utama seperti contoh pengunaan 'widget fb like (like fb paksa)' yang akan 'pop up' setiap kali bila hendak membaca posting blog yang lain ataupun apabila page di refresh .




Meletakkan Widget seperti ini bukan sahaja mencacatkan blog anda malah berkemungkinan pengujung berasa tidak selesa setiap kali ingin ke paparan selanjutnya maka akan diganggu oleh 'pop up' widget lebih - lebih lagi bila widget tersebut diset dengan tempoh 'masa' .

Mungkin pemilik blog yang meletakkan 'pop up like facebook' adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah 'kiraan like' di facebooknya  akan tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya iaitu kehilangan pembaca dan mungkin blog serta facebook page anda diangap sebagai sebuah blog 'sampah' , tidak mustahil kunjungan pertama pembaca ke blog tersebut adalah merupakan yang terakhir.
"Harus diingati bahawa jumlah "Like" di facebook page bukanlah Penentukan kualiti serta populariti sesebuah blog tersebut. Bergitu juga dengan "Blog" yang tidak mempunyai 'komen' atau tidak menyediakan ruangan komen tak semestinya tidak menarik untuk dibaca." - Mr.J

2: Autoplay Background Music.

"Ada beberapa jenis 'video embeb code' tidak menunjukkan 'player musik' tersebut dan akan memainkan musik secara automatik sebaik sahaja blog dibuka sehingga menyebabkan pengujung terpaksa 'X' Blog tersebut .."- Mr.J

Blog seperti ini agak kelihatan seperti "terperangkap' di zaman friendster dan juga era zaman myscape. Mungkin pembaca disini mempunyai pengalaman tersendiri apabila melayari blog ditempat awam seperti hospital atau perpustakaan , tiba - tiba dikejutkan dengan musik yang kuat dari laptop anda.

"Kalau bising nanti bos keluar dan tahu bahawa kita tengah layari internet di Pejabat"-
 Mr.J

Penambahan widget autoplay musik ke dalam blog boleh menyebabkan ganguan kepada si pelayar blog amda, lebih teruk lagi sekiranya widget autoplay music tersebut belum di adjust kepada nada bunyi rendah. Kebanyakkan pelayar internet suft daripada tempat kerja dan sudah tentu mereka inginkan privacy ataupun senyap.


3: Elakkan Pengunaan Perkataan Singkatan


bley x sesape plz bgtau cm ner nk siap kn keje nie..? idea plz.." - Mr.J

Adalah penting sekali Tidak menggunakan Bahasa Singkatan dalam pengunaan ayat di blog kerana bukan sahaja tidak dapat difahami oleh manusia tetapi ini akan mengakibatkan Blog anda tidak tersenarai dalam enjin carian google kerana kegagalan sistem untuk mengecam bahasa yang digunakan anda.

4: Penyusunan ayat dan Penyampaian ( Gaya Bahasa )

Yang paling penting untuk menjadi seorang penulis blog adalah harus tahu untuk dalam penggunaan serta susunan ayat. Bukan itu sahaja, seorang penulis blog perlu ada cara gaya penyampaian sendiri kerana ini mencerminkan keperibadian serta personaliti tersendiri si penulis blog.

Setakat ini sahaja sedikit panduan yang Mr.J dapat kongsikan hari ini dan mungkin pada hari lain Mr.J kongsikan panduan yang lain pula.  Pastikan anda tidak ingat 4 Perkara dinyatakan oleh Mr.J diatas ini, 


~ Jumpa lagi dan Salam Ceria dari : Mr.J ~


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©