Anda terlupa Password Windows 7? Tutorial Mr.J - 'reset' password tanpa memerlukan software dan juga kos.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Apakah yang anda akan lakukan sekiranya secara tiba - tiba tanpa disengajakan anda telah terlupa kata laluan Windows 7 anda , mungki anda akan menghantar ke kedai komputer ataupun juga anda membuat solusi sendiri dengan mengeluarkan Hard Disk untuk dijadikan External Harddisk plug in buat sementara waktu atas sebab menyelamatkan data fail yang penting.

Melalui pengalaman Mr.J, rata - rata pemilik yang terlupa kata laluan windows mereka akan melakukan 'reformat' ataupun 'reprogram' kembali windows kerana ramai yang beranggapan tiada cara lain untuk log kembali secara normal kecualilah anda teringat kembali Kata Laluan anda.

Baiklah, kali ini Mr.J akan menunjukkan anda langkah demi langkah , apa yang anda perlu sediakan adalah sekeping salinan Windows 7 tak kira yang original ataupun yang berharga RM5 dan tidak kisah Wins7 Ultimate , Pro atau Home yang penting Windows 7 .

1 : Masukkan serta 'Boot kan Drive' yang mengandungi Salinan DVD Windows 7.


Setiap komputer mahupun laptop mempunyai 'shortcut key' untuk boot drive CD/DVD , ada yang hanya perlu menekan kekunci 'Del' , 'F2' serta 'F9' dan fungsinya adalah sama . Mr.J rasa anda semua tiada masalah dalam langkah ini.

Setelah Salinan Windows 7 tadi berjaya di boot maka ia akan menunjukkan paparan seperti pertama seperti gambar dibawah .

2 . Jangan banyak tanya ayuh ikut Mr.J terus Tekan butang "NEXT" seperti gambar dibawah.





3. Ikut anak panah tersebut pilih perkataan "Repair Your Computer" . 


Selepas itu, anda akan terus ke bahagian 'System Recovery Options' dan pastikan anda Ingat Lokasi Windows 7 , seperti contoh gambar dibawah ini.


Ada sebahagian Windows 7 file boleh berada di Drive C,D,E,F . Jadi anda kena ingat dimana lokasi file anda ok. [ Gambar diatas ada berada di (D:) ] , klik butang NEXT>


4. Command Prompt ( yang bawah sekali ) Anda sekarang berada di bahagian Operating System : Windows 7 .


Selepas anda klik Command Prompt maka 'cmd' akan pop-up keluar dan di bahagian ini Mr.J hendak ingatkan anda semua supaya peka dengan apa yang Mr.J katakan disini. Ambil Perhatian Okey .


Di dalam cmd tersebut anda dikehendaki melakukan sedikit ubah suai atau lebih senang Mr.J sebut 'cracking' user file.

A (1) :  Taipkan (      copy d:\windows\system32\sethc.exe d:\          )  
- Tekan Enter ( sekiranya ada arahan 'Overwrite' anda terus Taip 'YES' ) 
- 1 file(s) copied. akan muncul di paparan cmd tersebut dan itu tandanya file tersebut berjaya di 'crack'.


B (2) : Taipkan (       copy d:\windows\system32\cmd.exe d:\windows\system32\sethc.exe      )
- Tekan Enter ( sekiranya ada arahan 'Overwrite' anda terus Taip 'YES' ) 
- 1 file(s) copied. akan muncul di paparan cmd tersebut dan itu tandanya file tersebut berjaya di 'crack'.

Setelah berjaya Taipkan (      x:\Sources>Exit    )  Taip EXIT sahaja ok.. dan restart komputer / laptop tersebut.


5 : Selepas Restart maka anda akan kepaparan untuk Log In Password User .


  1. Tekan Kekunci ( Shift ) sebanyak 3-5 kali sehingga keluar kotak hitam seperti gambar dibawah
  2. Taipkan (      NET USER (USERNAMEPC) (PASSWORD)       ) cth : NET USER USER 4321 Pastikan huruf besar . 
  3. The Command Completed Successfully , ini bermakna segalanya berjalan seperti yang dirancang oleh Mr.J. 
  4. EXIT & Enter
Dan yang terakhir sekali masukkan Log In Password yang anda telah letakkan di langkah (2) NET USER USER 4331 , seperti contoh 4321 dan klik butang enter/login . Sekiranya berjaya maka ini bermakna anda telah berjaya menjadi seorang cracker cracking . 


Selamat Mencuba , anda pula bagaimana  tersangkut di langkah mana? jika anda soalan sila tinggalkan diruangan komen dibawah.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©