Rakyat Sabah tampil membuat Laporan Polis dibawah 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 terhadap Ketua Perkasa Ibrahim Ali.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebentar tadi iaitu jam 8 malam bertarikh 20 Oktober 2013, seorang rakyat asal Sabah yang prihatin terhadap keamanan telah bertekad membuat satu laporan Polis terhadap Ibrahim Ali iaitu Ketua Pertubuhan Perkasa di Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu , Sabah.

Ini adalah rentetan daripada beberapa kisah Ibrahim Ali yang tidak menghormati Agama masyarakat Kristian yang merupakan Majoriti Penganut di Sabah serta Sarawak. Terdahulu Ibrahim Ali pernah mencetuskan 'ketegangan' apabila pernah menyeru untuk membakar Kitab Suci Kristian tetapi malangnya seolah-olah tiada apa tindakan dibuat .

Salinan Laporan Polis yang dimuat dalam facebook milik James Ligunjang.

Sememangnya kita tahu bahawa Ketua Perkasa iaitu Ibrahim Ali amat 'lantang' berkata dan akan memilih untuk 'bersidang' bila waktu isu-isu 'tertentu' .

Taniah kepada warga Sabah yang prihatin , pastinya rakyat Sabah akan terus mengikuti Isu Laporan ini. 

Walaubagaimanapun menurut nujum ahli hujan , kejadian Hujan Lebat yang sering berlaku di negara ini tidak ada kaitan dengan Katak mahupun yang sewaktu dengan spesis katak bawah tempurung.

Info Sarscam : Ketua Perkasa juga lebih dikenali dan diberi nama jolokkan sebagai 'Bapa Perkauman' di Sabah dan 'agak' sinonim dengan 'katak' di malaysia walaupun tiada sumber yang jelas dapat memberitahu bila serta bagaimana katak mendapat nama, ternyata di laman sosial sering merujuk kepada 'katak' apabila waktu 'hujan' tiba.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©