Membaca kisah Rentap sedikit sebanyak membuatkan Mr.J terasa sedikit hiba jika ketika itu berada di antara Pengikut Rentap serta mendapat tahu bahawa lebih 3000 Iban dan bukannya 3000 orang kulit putih, bukan 3000 Gurkha ataupun 3000 Gipsi tetapi 3000 IBAN yang mengalir darah yang sama dengan Keturunan Bangsanya sendiri mengkhianati dan menentangnya.
Tahun 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok adalah merupakan Peperangan Besar diantara Rentap dan Legasi Pemerintahan Brooke. ( 25 Sept 1841 adalah tarikh dimana James Brooke menguasai dan menjadi Rajah Sarawak )
Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok, Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Bukan mahu merendahkan martabat Iban tetapi mahu masyarakat Iban yang sekarang mengambil kisah ini sebagai iktibar supaya Iban terus melangkah maju bersama - sama masyarakat lain. Baiklah, kita teruskan kisah ini. Adalah disyarakan bahawa tiada unsur provokasi diantara "bangsa" jauh sekali "politik" di dalam Kisah ini.
Tahun 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok adalah merupakan Peperangan Besar diantara Rentap dan Legasi Pemerintahan Brooke. ( 25 Sept 1841 adalah tarikh dimana James Brooke menguasai dan menjadi Rajah Sarawak )
Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok, Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Bukan mahu merendahkan martabat Iban tetapi mahu masyarakat Iban yang sekarang mengambil kisah ini sebagai iktibar supaya Iban terus melangkah maju bersama - sama masyarakat lain. Baiklah, kita teruskan kisah ini. Adalah disyarakan bahawa tiada unsur provokasi diantara "bangsa" jauh sekali "politik" di dalam Kisah ini.
Perahu Perang Iban dengan "Tengkorak" diselitkan di celah ukiran. |
Pemacha Dana atau lebih dikenali sebagai "Bayang" iaitu seorang Pahlawan Masyarakat Iban dan juga Ketua Perang. Dikisahkan bahawa kawasan "Bayang" cukup besar dari sekitar selatan Sarawak sehingga ke kawasan Muara Sungai Kapuas di Kalimantan, Borneo .
Disebabkan usia Pemacha Dana semakin meningkat tua maka "Rentap" telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk mengantikan tempat Pemacha Dana dan disitulah bermulanya era Rentap. Untuk pengetahuan pembaca semua, nama sebenar Rentap adalah "Libau" iaitu bermaksud "Penggoncang Dunia".
Rentap tidak memerlukan banyak masa untuk menyakinkan pengikutnya apabila berjaya menguasai kawasan lautan di sekitar Sambas dan juga kawasan Pontianak dimana kini berada di Kalimantan, Borneo. Lantas nama Rentap menjadi sebutan kerana keberaniannya.Tahun 1843 sekitar pertengahan tahun, jeritan tangisan memecahkan suasana alam tidak dapat digambarkan dengan kata yang hanya adalah linangan airmata mereka.
Rumah Panjang itu adalah milik Pemacha Dana "Bayang" bekas ketua perang sebelum digantikan dengan Rentap telah dibakar oleh James Brooke & Keppel di Nanga Padeh, Saribas.
Brooke meneruskan serta memusnahkan Rumah Panjang yang lain iaitu Rumah Panjang Linggi atau dikenali dengan nama "Mali Lebu" di Kerangan Pinggai, Paku. Jeritan tangisan para wanita dan anak kecil serta ketakutan yang amat sangat dan berlari ke dalam hutan.
Belum lagi bara api kayu dari Rumah Panjang Linggi, Brooke dan pengikutnya ke Rumah Panjang Rekaya Antau "Linggang Neneri dan Rekaya Gun "Mangku Bumi" di Sungai Tawai, Rimbas juga dibakar.
Melihat kejadian itu, Rentap berasa sangat marah dan memanggil seluruh Pemuda Iban yang dikatakan anggaran anggota sebanyak 10 ribu orang melancarkan serangan ke atas Brooke, kenapa Brooke tidak menyukai Rentap? ini kerana Rentap mempunyai kekuatan yang boleh menumbangkan sistem kerajaan Brooke ketika itu tetapi Rentap tidak mahu tanah dia dikuasai oleh "Rajah Brooke" iaitu orang luar.
Gambaran Perahu "Perang" Rentap dan Pengikutnya - British colonist's sketch picture |
Tahun 1853 Rentap dan seluruh kekuatan Pemuda Iban menuju ke Kubu James Brooke di Nanga Skrang, diceritakan angkatan Rentap yang Gah serta bersedia untuk memenggal semua kepala - kepala pengikut James Brooke, di dada mereka tidak terungkap satu perkataan dan digambarkan wajah mereka menyimpan beribu kemarahan dan tidak kira jika menghadapi Orang Iban sendiri yang di "beli" oleh James Brooke.
Diketika kisah ini, Mr.J terasa sedikit kecewa dan marah kerana amat mudahnya masyarakat khususnya Iban telah berpaling daripada saudara sedarah mereka sendiri dan menentang Rentap.
Mungkin anda tidak percaya dan sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya menguris hati sebilangan pembaca diceritakan hampir 3000 Orang Iban berjaya di hasut oleh Charles Brooke, Mr.J ulangi 3000 Orang Iban berjaya dihasut dan menjadi pengikut kepada James Brooke.
Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
- tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
- tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
- James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
Sungguh amat menyedihkan sekali bila mendengar dan membaca kisah ini 3000 Orang Iban dan 500 Orang Melayu di Sarawak diperdayakan oleh Pengaruh Luar iaitu Charles Brooke ini dibuktikan pada Tahun 1857. ( rujuk di Peristiwa Penentangan )
Sejarah tetap Sejarah, tidak dapat untuk dinafikan dan hanya dapat dikenang dan diambil sebagai pengajaran dan bagi kita Masyarakat Iban bergitu juga Mr.J.
Seandainya 3000 Orang Iban dan 500 Orang Melayu di Sarawak tidak menyokong Rajah Brooke mungkin Orang Iban mampun mencipta sebuah Sejarah yang lebih hebat malah agak tidak mustahil jika Rentap dan Pengikutnya mampu menawan kerajaan Majapahit, sekiranya tiada yang mengkhianati Darah Bangsa sendiri. Who's Know?
Rentap pernah berkata "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah!!!"
Pada tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya Rentap telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sakit tua.
Dua Zaman yang berbeza, setelah Rentap menentang Legasi James Brooke, dan pada tahun 1949, Muncul seorang Perjuang Sarawak kali ini dari masyarakat Melayu Sarawak.
Sepertimana Rentap menentang James Brooke bergitu juga Rosli Dhoby tapi yang ini Rosli Dhoby berjaya membunuh Sir Duncan George iaitu Gabenor Sarawak yang kedua setelah James Brooke.
Mungkin lain hari Mr.J akan cerita mengenai Rosli Dhoby.
Wira Melayu Sarawak Rosli Dhoby dihukum mati kerana membunuh gabenor sarawak ke dua iaitu Sir Duncan George. |
- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
0 comments:
Post a Comment