RENTAP terpaksa menentang lebih 3000 Orang Iban dan 500 Melayu Sarawak yang telah dihasut oleh Rajah Brooke.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Membaca kisah Rentap sedikit sebanyak membuatkan Mr.J terasa sedikit hiba jika ketika itu berada di antara Pengikut Rentap serta mendapat tahu bahawa lebih 3000 Iban dan bukannya 3000 orang kulit putih, bukan 3000 Gurkha ataupun 3000 Gipsi tetapi 3000 IBAN yang mengalir darah yang sama dengan Keturunan Bangsanya sendiri mengkhianati dan menentangnya.

Tahun 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok adalah merupakan Peperangan Besar diantara Rentap dan Legasi Pemerintahan Brooke. ( 25 Sept 1841 adalah tarikh dimana James Brooke menguasai dan menjadi Rajah Sarawak )

Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok, Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

Bukan mahu merendahkan martabat Iban tetapi mahu masyarakat Iban yang sekarang mengambil kisah ini sebagai iktibar supaya Iban terus melangkah maju bersama - sama masyarakat lain. Baiklah, kita teruskan kisah ini. Adalah disyarakan bahawa tiada unsur provokasi diantara "bangsa" jauh sekali "politik" di dalam Kisah ini.
Perahu Perang Iban dengan "Tengkorak" diselitkan di celah ukiran.
Pemacha Dana atau lebih dikenali sebagai "Bayang" iaitu seorang Pahlawan Masyarakat Iban dan juga Ketua Perang. Dikisahkan bahawa kawasan "Bayang" cukup besar dari sekitar selatan Sarawak sehingga ke kawasan Muara Sungai Kapuas di Kalimantan, Borneo .

Disebabkan usia Pemacha Dana semakin meningkat tua maka "Rentap" telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk mengantikan tempat Pemacha Dana dan disitulah bermulanya era Rentap. Untuk pengetahuan pembaca semua, nama sebenar Rentap adalah "Libau" iaitu bermaksud "Penggoncang Dunia".

Rentap tidak memerlukan banyak masa untuk menyakinkan pengikutnya apabila berjaya menguasai kawasan lautan di sekitar Sambas dan juga kawasan Pontianak dimana kini berada di Kalimantan, Borneo. Lantas nama Rentap menjadi sebutan kerana keberaniannya.

Tahun 1843 sekitar pertengahan tahun, jeritan tangisan memecahkan suasana alam tidak dapat digambarkan dengan kata yang hanya adalah linangan airmata mereka. 
Rumah Panjang itu adalah milik Pemacha Dana "Bayang" bekas ketua perang sebelum digantikan dengan Rentap telah dibakar oleh James Brooke & Keppel di Nanga Padeh, Saribas.

Brooke meneruskan serta memusnahkan Rumah Panjang yang lain iaitu Rumah Panjang Linggi atau dikenali dengan nama "Mali Lebu" di Kerangan Pinggai, Paku. Jeritan tangisan para wanita dan anak kecil serta ketakutan yang amat sangat dan berlari ke dalam hutan.

Belum lagi bara api kayu dari Rumah Panjang Linggi, Brooke dan pengikutnya ke Rumah Panjang Rekaya Antau "Linggang Neneri dan Rekaya Gun "Mangku Bumi" di Sungai Tawai, Rimbas juga dibakar.

Melihat kejadian itu, Rentap berasa sangat marah dan memanggil seluruh Pemuda Iban yang dikatakan anggaran anggota sebanyak 10 ribu orang melancarkan serangan ke atas Brooke, kenapa Brooke tidak menyukai Rentap? ini kerana Rentap mempunyai kekuatan yang boleh menumbangkan sistem kerajaan Brooke ketika itu tetapi Rentap tidak mahu tanah dia dikuasai oleh "Rajah Brooke" iaitu orang luar.

Gambaran Perahu "Perang" Rentap dan Pengikutnya - British colonist's sketch picture
Tahun 1853 Rentap dan seluruh kekuatan Pemuda Iban menuju ke Kubu James Brooke di Nanga Skrang, diceritakan angkatan Rentap yang Gah serta bersedia untuk memenggal semua kepala - kepala pengikut James Brooke, di dada mereka tidak terungkap satu perkataan dan digambarkan wajah mereka menyimpan beribu kemarahan dan tidak kira jika menghadapi Orang Iban sendiri yang di "beli" oleh James Brooke.

Diketika kisah ini, Mr.J terasa sedikit kecewa dan marah kerana amat mudahnya masyarakat khususnya Iban telah berpaling daripada saudara sedarah mereka sendiri dan menentang Rentap. 

Mungkin anda tidak percaya dan sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya menguris hati sebilangan pembaca diceritakan hampir 3000 Orang Iban berjaya di hasut oleh Charles Brooke, Mr.J ulangi 3000 Orang Iban berjaya dihasut dan menjadi pengikut kepada James Brooke.

Peristiwa Penentangan

  • 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
  • pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
  • kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
  • 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
  • pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
  • perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
  • tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
  • Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
  • Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
  • tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
  • kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
  • tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
  • pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
  • James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
  • James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
  • Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke
  • Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
Sungguh amat menyedihkan sekali bila mendengar dan membaca kisah ini 3000 Orang Iban dan  500 Orang Melayu di Sarawak diperdayakan oleh Pengaruh Luar iaitu Charles Brooke ini dibuktikan pada Tahun 1857. ( rujuk di Peristiwa Penentangan )

Sejarah tetap Sejarah, tidak dapat untuk dinafikan dan hanya dapat dikenang dan diambil sebagai pengajaran dan bagi kita Masyarakat Iban bergitu juga Mr.J. 

Seandainya 3000 Orang Iban dan 500 Orang Melayu di Sarawak tidak menyokong Rajah Brooke mungkin Orang Iban mampun mencipta sebuah Sejarah yang lebih hebat malah agak tidak mustahil jika Rentap dan Pengikutnya mampu menawan kerajaan Majapahit, sekiranya tiada yang mengkhianati Darah Bangsa sendiri. Who's Know?

Rentap pernah berkata "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah!!!"

Pada tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya Rentap telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sakit tua.

Dua Zaman yang berbeza, setelah Rentap menentang Legasi James Brooke, dan pada tahun 1949, Muncul seorang Perjuang Sarawak kali ini dari masyarakat Melayu Sarawak.

Sepertimana Rentap menentang James Brooke bergitu juga Rosli Dhoby tapi yang ini Rosli Dhoby berjaya membunuh Sir Duncan George iaitu Gabenor Sarawak yang kedua setelah James Brooke. 

Mungkin lain hari Mr.J akan cerita mengenai Rosli Dhoby. 

Wira Melayu Sarawak Rosli Dhoby dihukum mati kerana membunuh gabenor sarawak ke dua iaitu Sir Duncan George.
- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Bolasepak Sarawak : Senarai Pemain musim 2014 dan pemain baru serta senarai pemain lama yang digugurkan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Pasukan Bolasepak Sarawak yang terkenal dengan pelbagai jolokkan diantaranya Bujang Senang, Ngap Sayot, Kucing Hitam, Encang Sarawak Encang, Agi Idup Agi Ngelaban kini menyenaraikan senarai penuh para pemain untuk Musim 2014.

Permain yang dikeka­lkan adalah:
Joseph Kalang Tie, Sani Anuar Kamsani, Ai­dil Mohamad, Junior Eld­stal, Ronny Harun, Mafry Balang, Zamri Morshidi, Shahrol Saperi, Hairol Mokhtar, Muamer Sali­basic, Mazwandi Zakeria, 
Muhammad Dzulfadli Awg Marajeh, Rames Lai Ban Huat, Dalglish Papin, Ronald Denis, Ashri Chuchu, Azizan Saperi , Dzulazlan Ibrahim.

Tungak Penting untuk Pasukan Sarawak iaitu Joseph KT, Junior Eldstal, Sani dan Muamer Salibasic terus mengukuhkan corak serangan dan pertahanan Sarawak. Manakala beberapa pemain yang boleh dianggap telah sebati dengan Sarawak telah berpindah tidak dipastikan samaada digugurkan.

Penyokong Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pemain dibawah yang telah banyak menyumbang kepada peningkatan prestasi Bolasepak Sarawak.

Manakala pemain yang telah digugurkan dan berpindah ialah
Bobby Gonzales, Azizan Baba, Mohamad Sahran Ab­dul Samad, Shahrul Ab­dul Malek, Guy Bwele,   Fareez Tukijo, Ahmad Aminuddin, Saiful Amar Sudar.

Permain luar negara yang Bakal Bermain untuk Ngap Sayot :
Alireza Abbasfard, 32,  ( Iran, Posisi Penyerang )
Gabor Gyepes, 32, ( Hun­gary, Posisi Pertahanan )

"Newbie" Mampukah Pemain baru disenarai dibawah ini "berkomunikasi" dengan "corak" yang tersendiri dengan para pemain lama yang lebih berpengalaman dengan Corak Permainan Sarawak.

Pemain Newbie (Baru) untuk Pasukan Sarawak:
Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Reeshafiq Alwi, Mohd Lot Abu Has­san, Mohd Rashid Aya, S Chanturu, Mohd Fad­zley Abdul Rahim.

Perlawanan Sarawak seterusnya adalah di Indonesia:
Metro vs Sarawak (10 Disember)
Persebaya Surabaya vs Sarawak (12 Disember)
Arema Ma­lang vs Sarawak (15 Disember)
Persipam Madura vs Sarawak (19 Disember).

Pasukan "Cap Ayam" yang menumbangkan beberapa Pasukan Pilihan semasa Piala Malaysia 2013 telah menjadi diantara 4 Pasukan Terbaik di Arena Piala Malaysia 2013 dan masih mengekalkan Rekod tanpa kalah digelangang sendiri.

- Mr.J via Borneo Post 5/12/13

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Sedikit Ringkasan Bolasepak Sarawak : Era "Ngap Sayot" dan Era "Encang Sarawak Encang" .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Era Ngap Sayot (1988-1990)
Era Ngap Sayot menyaksikan begitu tingginya semangat berpasukan pasukan Sarawak, permainan mantap, strategi berkesan dan penuh kontroversi. Di tonton oleh pelbagai generasi dan dianggap sebagai era terbaik yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Sarawak.

Slogan Ngap Sayot telah diilhamkan oleh bekas jurulatih pasukan itu, Awang Mahyan Awang Mohamad semasa kemuncak permainan mereka di antara tahun 1988 hingga 1990. 

Pada zaman ini, pasukan Sarawak tidak pernah mengambil seorang pun pemain import. (Stadium Negeri) telah menjadi saksi kelahnya pasukan pasukan yang kuat di zaman itu seperti Kuala Lumpur, Kedah, Singapura atau pun Selangor, Sekali lagi semangat juang yang tinggi menjadi kunci kejayaan mereka.

Terdapat beberapa peristiwa dan kejadian yang terjadi semasa era, termasuk: 

Nak Tahu Kepada Kucing Hitam bergitu sinonim dengan Pasukan Bolasepak Sarawak? Penampilan misteri kucing hitam semasa perlawanan liga telah dianggap oleh peminat sebagai sensasi. Spekulasi timbul bahawa pasukan itu menggunakan ilmu hitam seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Bagaimanapun kucing tersebut ialah kuching yang tergelincir ke dalam trek. Oleh yang demikian, kucing hitam pernah di angkat menjadi maskot pasukan Sarawak.

Penerjunan di Jambatan Gantung Satok
Apabila pasukan Sarawak layak untuk pusingan separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Jurulatih Sarawak, Awang Mahyan mengetuai pasukannya melompat dari jambatan ke Sungai Sarawak untuk meraikan kemenangan mereka. Acara ini telah disertai oleh peminat dan liputan meluas oleh media di seluruh negara.

Tragedi Tengah Malam di Stadium Negeri
Di pusingan kedua di Stadium Negeri. Suasana penonton yang terlalu ramai dan keputusan pengadil yag berat sebelah telah menyebabkan perlawanan tersebut di hentikan. penonton yang terlalu ramai menyebabkan mereka mula membanjiri trek di Stadium Negeri. Oleh yang demikian perlawanan terpaksa di tanggunkah. Penjadualan semula perlawanan akan di adakan di Singapura,dan akhirnya Sarawak kalah. Berikutan kejadian itu, kerajaan telah mengubahsuai Stadium Negeri dan membolehkannya menampung lebih ramai penonton.

Insiden Stadium Merdeka
Ini adalah krisis terbesar bolasepak Sarawak dan Malaysia, dan boleh menyebabkan Integrasi Nasional hampir berkecai. Semuanya bermula apabila Steven Ovinis, pengadil perlawanan menganugerahkan skor dan 1 pemain Sarawak yang salah diadili untuk masa-pembaziran. Ia begitu jelas pada masa itu bahawa pemain yang cedera dan memerlukan ubat-ubatan serta prasangka pengadil 'terhadap Sarawak memihak kepada pasukan Kuala Lumpur. 

Mengetahui bahawa sesuatu yang tidak kena, kapten Sarawak, bersama-sama dengan pemain lain, dilancarkan keputusan itu dan meminta pengadil gantian. 

Dinafikan hak-hak mereka, Sarawak berjalan keluar dari padang, memulaukan perlawanan sebagai pengadil yang didakwa akan 'ditolak' ke tanah. 

Pada ini, kekecohan bermula. Beberapa FRU (Federal Reserve Unit) kakitangan bergegas ke padang, menyerang pemain di Sarawak dan langkah untuk 'melindungi pemain. 

Beberapa pemain cedera dalam kejadian itu, dan ramai yang masih ingat saat-saat yang menakutkan. Kejadian itu telah memilih FAS untuk menarik diri dari FAM, dan hubungan ketegangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. 

Integrasi nasional sememangnya goyah. Kertas kerja kebangsaan dan media sasaran serangan dan konfrontasi. 

Malah seorang menteri persekutuan dari Kuala Lumpur telah dinasihatkan tidak pergi ke Sarawak kerana sebab ini. Isu itu kemudian diselesaikan apabila Timbalan Presiden FAM telah dihantar untuk berdamai, dan FAS menyertai semula FAM.


Era Encang Sarawak Encang (1992-2003)
Kejayaan Sarawak pada zaman ini telah diterajui oleh Alan Vest dan Abdul Jalil Ramli . Pencapaian waktu itu cukup memberangsangkan.

Juara
Liga Perdana Malaysia pada tahun 1997.
Juara Perisai Amal pada tahun 1998
Juara Piala FA 1992

Mara Peringkat Akhir
Mara ke Peringkat akhir Piala FA (1996, 2001)
Mara ke Peringkat akhir Piala Malaysia tahun 1999


Selepas berakhirnya era Ngap Sayot, FAS memutuskan untuk merombak semula pasukan dengan memasukkan jurulatih dan pemain asing dari Australia. Alan Vest (Beliau kini seorang pengarah kanan bagi Pasukan Australia Perth Glory FC), Beliau telah dipilih untuk menjadi bos baru Sarawak, menggantikan jurulatih [Awang Mahyan].

Dengan pelaburan yang mencecah hampir RM2 juta pada masa itu, Sarawak telah membentuk sebuah pasukan yang menggerunkan. 

Detik manis yang paling diingati ialah pada tahun 1992 apabila Sarawak memenangi Piala FA dengan mengalahkan pencabar utama mereka pada masa itu, Kuala Lumpur. 

Detik-detik kegemilangan yang lain pula apabila Sarawak menjadi Juara, Liga Perdana Malaysia pada tahun 1997, Juara Perisai Amal pada tahun 1998 dan berjaya mara ke pusingan akhir Piala FA (1996, 2001) dan pencapaian terbesar mereka setakat ini adalah berjaya mara ke perlawanan akhir bagi merebut piala penuh berprestij di Malaysia iaitu Piala Malaysia pada tahun 1999.


Pada era tersebut, Sarawak mengubah maskot mereka dari Kucing Hitam kepada Buaya, Bujang Senang. Pasukan ini sendiri secara amnya dikenali sebagai Para Buaya (The Crocs).

Pemain-pemain import yang paling popular dalam pasukan Sarawak antaranya adalah John Hunter, yang dikenali sebagai John "Kerbau" (Buffalo) Hunter. 

David Evans, pemain bola sepak Australia, yang memegang rekod sebagai pemain paling tinggi dalam sejarah Liga, serta pemain import yang paling lama berkhidmat dalam Liga. Pemain-pemain lain seperti Billy Bone Alistair Edwards Doug Ithier serta Neathan Gibson juga popular dalam kalangan peminat.

Era ini juga, menyaksikan perubahan ketara stadium negeri pada tahun 1997. Selepas berakhirnya Piala Dunia Belia 1997, Sarawak berpindah ke stadium baru iaitu Sarawak Stadium, yang bersebelahan dengan stadium lama (walaupun begitu Sarawak masih menggunakan Stadium Negeri yang lama untuk beberapa perlawanan yang diadakan di sini). 

Stadium baru dianggap agak malang seperti stadium lama, tetapi stadium baru menjadi identiti, penguat semangat bagi pasukan ini. Stadium baru telah menganjurkan beberapa perlawanan antarabangsa, seperti AFC Champions League perlawanan Pusingan Kedua antara Sarawak dan Kashima Antlers Jepun, dan lain-lain persahabatan dengan kelab-kelab dari Singapura, Australia dan Jerman.

Selepas pemergian Alan Vest pada tahun 1999, Sarawak dibiarkan tanpa sentuhan jurulatih luar negara kerana Dasar FAM. 

Dengan kedatangan pengganti Vest, Abdul Jalil Rambli, yang juga merupakan bekas Kapten pasukan Sarawak, Sarawak FA telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan perlawanan akhir Piala FA pada tahun 2001.
"Pada Era Encang Sarawak Encang ini dimana Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia terdiri daripada lebih 4 Pemain Sarawak iaitu Ramos Sari , Rambles Sari , Gilbert Cassidy Gawing , dan beberapa lagi ." - Mr.J
Semangat Encang Sarawak Encang Sarawak berjaya meletakkan Sarawak sebagai salah satu pasukan elit dalam Liga Malaysia. Sarawak FA juga merupakan kelab bolasepak kedua selepas Selangor FA yang terbaik dari segi kekayaan dan kecekapan dalam pengurusan serta kebajikan pemain. 

Sarawak FA merupakan kelab pilihan dalam kebanyakan pertandingan, dan merupakan pasukan paling konsisten dalam Liga.

"Kini pada tahun 2013 , sekali lagi Semangat di Zaman Moden Ngap Sayot serta Encang Sarawak Encang bergabung menjadi satu bersama - sama rakyat Sarawak Bangkit untuk membuktikan Sarawak bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah!." - Mr.J
Kini , Sarawak telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia dan akan berdepan dengan Pasukan Pahang . Adakah Tahun ini Sarawak mampu ke Peringkat Akhir sepertimana yang dilakukan pada Tahun 1999.
1.-Pahang vs Sarawak  -19/10/2013  - Std Darul Makmur.
2.-Sarawak vs Pahang  -26/10/2013  - Std Negeri, Kuching.

- Mr.J via Sumber ruujukan Suntingan Wikipedia


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©