RENTAP terpaksa menentang lebih 3000 Orang Iban dan 500 Melayu Sarawak yang telah dihasut oleh Rajah Brooke.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Membaca kisah Rentap sedikit sebanyak membuatkan Mr.J terasa sedikit hiba jika ketika itu berada di antara Pengikut Rentap serta mendapat tahu bahawa lebih 3000 Iban dan bukannya 3000 orang kulit putih, bukan 3000 Gurkha ataupun 3000 Gipsi tetapi 3000 IBAN yang mengalir darah yang sama dengan Keturunan Bangsanya sendiri mengkhianati dan menentangnya.

Tahun 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok adalah merupakan Peperangan Besar diantara Rentap dan Legasi Pemerintahan Brooke. ( 25 Sept 1841 adalah tarikh dimana James Brooke menguasai dan menjadi Rajah Sarawak )

Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok, Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

Bukan mahu merendahkan martabat Iban tetapi mahu masyarakat Iban yang sekarang mengambil kisah ini sebagai iktibar supaya Iban terus melangkah maju bersama - sama masyarakat lain. Baiklah, kita teruskan kisah ini. Adalah disyarakan bahawa tiada unsur provokasi diantara "bangsa" jauh sekali "politik" di dalam Kisah ini.
Perahu Perang Iban dengan "Tengkorak" diselitkan di celah ukiran.
Pemacha Dana atau lebih dikenali sebagai "Bayang" iaitu seorang Pahlawan Masyarakat Iban dan juga Ketua Perang. Dikisahkan bahawa kawasan "Bayang" cukup besar dari sekitar selatan Sarawak sehingga ke kawasan Muara Sungai Kapuas di Kalimantan, Borneo .

Disebabkan usia Pemacha Dana semakin meningkat tua maka "Rentap" telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk mengantikan tempat Pemacha Dana dan disitulah bermulanya era Rentap. Untuk pengetahuan pembaca semua, nama sebenar Rentap adalah "Libau" iaitu bermaksud "Penggoncang Dunia".

Rentap tidak memerlukan banyak masa untuk menyakinkan pengikutnya apabila berjaya menguasai kawasan lautan di sekitar Sambas dan juga kawasan Pontianak dimana kini berada di Kalimantan, Borneo. Lantas nama Rentap menjadi sebutan kerana keberaniannya.

Tahun 1843 sekitar pertengahan tahun, jeritan tangisan memecahkan suasana alam tidak dapat digambarkan dengan kata yang hanya adalah linangan airmata mereka. 
Rumah Panjang itu adalah milik Pemacha Dana "Bayang" bekas ketua perang sebelum digantikan dengan Rentap telah dibakar oleh James Brooke & Keppel di Nanga Padeh, Saribas.

Brooke meneruskan serta memusnahkan Rumah Panjang yang lain iaitu Rumah Panjang Linggi atau dikenali dengan nama "Mali Lebu" di Kerangan Pinggai, Paku. Jeritan tangisan para wanita dan anak kecil serta ketakutan yang amat sangat dan berlari ke dalam hutan.

Belum lagi bara api kayu dari Rumah Panjang Linggi, Brooke dan pengikutnya ke Rumah Panjang Rekaya Antau "Linggang Neneri dan Rekaya Gun "Mangku Bumi" di Sungai Tawai, Rimbas juga dibakar.

Melihat kejadian itu, Rentap berasa sangat marah dan memanggil seluruh Pemuda Iban yang dikatakan anggaran anggota sebanyak 10 ribu orang melancarkan serangan ke atas Brooke, kenapa Brooke tidak menyukai Rentap? ini kerana Rentap mempunyai kekuatan yang boleh menumbangkan sistem kerajaan Brooke ketika itu tetapi Rentap tidak mahu tanah dia dikuasai oleh "Rajah Brooke" iaitu orang luar.

Gambaran Perahu "Perang" Rentap dan Pengikutnya - British colonist's sketch picture
Tahun 1853 Rentap dan seluruh kekuatan Pemuda Iban menuju ke Kubu James Brooke di Nanga Skrang, diceritakan angkatan Rentap yang Gah serta bersedia untuk memenggal semua kepala - kepala pengikut James Brooke, di dada mereka tidak terungkap satu perkataan dan digambarkan wajah mereka menyimpan beribu kemarahan dan tidak kira jika menghadapi Orang Iban sendiri yang di "beli" oleh James Brooke.

Diketika kisah ini, Mr.J terasa sedikit kecewa dan marah kerana amat mudahnya masyarakat khususnya Iban telah berpaling daripada saudara sedarah mereka sendiri dan menentang Rentap. 

Mungkin anda tidak percaya dan sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya menguris hati sebilangan pembaca diceritakan hampir 3000 Orang Iban berjaya di hasut oleh Charles Brooke, Mr.J ulangi 3000 Orang Iban berjaya dihasut dan menjadi pengikut kepada James Brooke.

Peristiwa Penentangan

  • 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
  • pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
  • kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
  • 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
  • pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
  • perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
  • tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
  • Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
  • Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
  • tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
  • kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
  • tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
  • pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
  • James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
  • James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
  • Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke
  • Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
Sungguh amat menyedihkan sekali bila mendengar dan membaca kisah ini 3000 Orang Iban dan  500 Orang Melayu di Sarawak diperdayakan oleh Pengaruh Luar iaitu Charles Brooke ini dibuktikan pada Tahun 1857. ( rujuk di Peristiwa Penentangan )

Sejarah tetap Sejarah, tidak dapat untuk dinafikan dan hanya dapat dikenang dan diambil sebagai pengajaran dan bagi kita Masyarakat Iban bergitu juga Mr.J. 

Seandainya 3000 Orang Iban dan 500 Orang Melayu di Sarawak tidak menyokong Rajah Brooke mungkin Orang Iban mampun mencipta sebuah Sejarah yang lebih hebat malah agak tidak mustahil jika Rentap dan Pengikutnya mampu menawan kerajaan Majapahit, sekiranya tiada yang mengkhianati Darah Bangsa sendiri. Who's Know?

Rentap pernah berkata "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah!!!"

Pada tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya Rentap telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sakit tua.

Dua Zaman yang berbeza, setelah Rentap menentang Legasi James Brooke, dan pada tahun 1949, Muncul seorang Perjuang Sarawak kali ini dari masyarakat Melayu Sarawak.

Sepertimana Rentap menentang James Brooke bergitu juga Rosli Dhoby tapi yang ini Rosli Dhoby berjaya membunuh Sir Duncan George iaitu Gabenor Sarawak yang kedua setelah James Brooke. 

Mungkin lain hari Mr.J akan cerita mengenai Rosli Dhoby. 

Wira Melayu Sarawak Rosli Dhoby dihukum mati kerana membunuh gabenor sarawak ke dua iaitu Sir Duncan George.
- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Terperinci mengenai Masyarakat IBAN di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Wanita Iban dengan pakaian tradisi
Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak.

Menurut perangkaan pada pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau 603,735 orang daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban. 

Kebanyakan Orang Iban yang juga dikenali sebagai Dayak Laut mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Mukah dan Betong. 

Sebenarnya nama Dayak Laut yang diberikan kepada orang Iban sebenarya mengelirukan dan tidak sesuai kerana kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan tanah tinggi yang jauh di pedalaman dan ekonomi mereka bergantung sepenuhnya pada pertanian.

Buat beberapa lama istilah Dayak Laut telah diterima dan dianggap oleh masyarakat Barat sebagai istilah yang paling sesuai untuk orang Iban. Hal ini semikian kerana kebetulan pada awal kedatangan James Brooke Orang Iban telah mula melakukan ekspedisi melalui laut setelah mengadaptasi kemahiran orang Illanun dan Bajau. 

Sebenarnya bagi orang Iban pada peringkat awal istilah Iban itu bukan digunakan untuk merujuk kepada bangsa mereka sendiri tetapi bermaksud orang atau manusia. Kini Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu suku, iaitu kaum Iban sahaja.

Tatu adalah Kemestian
Menurut sejarah mereka berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada pertengahan kurun ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah Kumpang, lalu mendiami Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di negeri Sarawak.

Apabila James Brooke mula datang ke Sarawak dalam tahun 1 839, orang Iban kebanyakannya tinggal di Bahagian Kedua. Namun demikian pada penghujung abad ke-19 mereka terdapat di seluruh negeri Sarawak. 

Salah satu aspek penting tentang orang Iban ialah kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan sehingga kini kekal sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun di sesetengah negeri ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang.

Pelbagai Pingat telah diberi kepada Iban Sarawak juga banyak membantu dari segi ketenteran di malaysia
Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama.  

Satu perjumpaan di antara tuai-tuai rumah, lemambang, tuai burong dan penghulu Iban dari kawasan Batang Lupar, Batang Ai, Saribas dan Batang Krian yang diadakan di Simanggang (Sri Aman) dalam tahun 1961 untuk membincangkan adat-istiadat, kebudayaan dan ritual Iban, didapati bahawa mereka sependapat tentang banyak perkara berkenaan dengan adat-istiadat, cerita dan sastera lisan walaupun selama ini mereka mereka dipisahkan oleh jarak dan masa yang luas dan tidak pernah bertemu sereta berbincang tentang perkara- perkara berkenaan. 

Suku dayak yang paling hampir menyamai Iban daripada segi bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam ialah bangsa Dayak Muallang dan Dayak Desa di Kalimantan, Indonesia.

Tun Jugah (kiri) Iban Sarawak 
Bagi orang Iban yang pagan pada zaman dahulu ketika mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme hampir semua aktiviti kehidupan, termasuk adat resam dan kepercayaan mereka dikaitkan dengan upacara-upacara tertentu. 

Oleh itu, selain daripada mempunyai tuai rumah setiap rumah panjang juga biasanya ada tuai burong, lemambang dan manang. 

Tuai burung ialah orang yang yang bertanggungjawab menilik dan meramal mimpi, mentafsir bunyi burung atau binatang dan petanda-petanda alam yang lain yang berkaitan dengan aktiviti harian. 

Namun demikian, generasi Iban kini mungkin sekadar mengetahui sedikit sahaja tentang kepercayaan itu dan tidak mengamalkannya lagi atau mungkin sekali-sekala pada hari gawai sahaja.

Pada zaman dahulu Lemambang pula adalah individu yang penting kerana bertanggungjawab menjampi dan membaca mentera ketika upacara tertentu seperti gawai umai, gawai batu dan gawai sakit. Manakala manang pula adalah dukun atau bomoh yang bertanggungjawab mengubati orang sakit. Dari segi ekonomi, pada masa dahulu orang Iban bergantung sepenuhnya kepada ekonomi sara diri dengan menanam padi bukit besar-besaran secara pertanian pindah. 

Seperti masyarakat Iain di Malaysia, kini orang Iban juga telah mengalami banyak perubahan dan pembangunan daripada segi sosial, ekonomi dan politik sejajar dengan pembangunan negara. Pertanian pindah tidak lagi sepenting dulu buat mereka. Nilai-nilai, norma-norma dan kebudayaan serta adat Iban yang tidak sesuai, kini sudah tidak diamalkan lagi.

Orang Iban rnempunyai berbagai-bagai jenis tradisi lisan yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun-temurun. Seperti masyarakat Malaysia yang lain, tradisi lisan masyarakat Iban juga mempunyai sastera rakyat yang berbentuk prosa dan puisi. Sastera lisan yang berbentuk puisi kebanyakannya adalah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan mereka. Manakala sastera lisan yang berbentuk prosa pula adalah merupakan kumpulan cerita- cerita lisan yang mengandungi mitos dan legenda orang Iban.

- Blogger Tusun Terabai

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Komunis dan Gerakan Kiri di Tanah Borneo. Penjajahan atau Perjuangan? - Comrade Dean

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Comrade Dean - " IBAB Yang berbunyi..."
Selama kini aku tidak pernah ambil peduli tentang gerakan kiri ataupun komunism di Borneo. Jikalau tidak kerana komrad dari North Borneo menyuruh lakukan research maka aku masih lagi bebal dalam dunia komunism dan masih hanya tahu dan mengenali mereka yang didalam perjuangan menentang penjajah di Tanah Melayu ini sahaja, dan tidak satu sosok tubuh komrad pun yang aku kenal dan mengetahui kisah gerakan kiri dan komunis dari Borneo. Ini juga pengalaman bermakna bagi aku.

Salute Mi Familia.

Gerakan kiri dan komunis bermula tanggal 19 September 1971. Yang mana lokasi gerakan ini bertempat di Sarawak. Dinamakan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau dengan panggilan PARAKU. Ia adalah sebuah parti politik di bawah North Kalimantan Communist Party sub sayap bersenjata. PARAKU ini diketuai oleh Wen Min Chyuan berbangsa Cina. Keanggotaan parti sayap bersenjata ini majority adalah dari etnik Cina. 

Wen Min Chyuan juga adalah ahli bagi Organisasi Komunis Sarawak dan pernah menganggotai Sarawak United People’s Party selama 4 tahun bermula dari tahun 1960. Bermulanya PARAKU ini adalah berpunca dari Konfrantasi Indonesia – Malaysia yang berlangsung selama 3 tahun, dimana dikala itu pegangan tampok pemerintahan Indonesia di bawah Bung Karno. Kala ini Bung Karno melihat Malaysia adalah sebuah boneka Colonial English walaupun dikala ini ia sudah Merdeka dari penjajahan. 

Bung Karno juga melihat apa yang cuba Tunku Abdul Rahman ungkapkan pada tahun 1961 Mei, dimana Tunku Abdul Rahman menyatakan gagasan MALAYSIA yang meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa bertanyakan terlebih dahulu kepada penduduk-penduduk asal Kalimantan Utara dan mengibaratkan Kalimantan Utara ini milik penuh Persekutuan Tanah Melayu, telah mengakibatkan berlakunya penolakan penduduk. Dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini adalah semata - mata menjadi paksi Colonial English di Asia Tenggara ini. Bung Karno telah nampak akan hal ini dan menganggap dan percaya setiap rakyat di tanah yang mereka pijak layak menentukan kehendak mereka sendiri. 

Maka bermulanya gerakan kiri dan komunis di Sarawak, yang mana bertempat di kota- kota Sarawak. Kelompok – kelompok ini keahlian nya hampir kesemuanya adalah dari Cina dan kaum Iban. Dengan Kalimantan Utara dtumbuhi hutan dara yang unik maka mereka ini lah yang layak menjadi inti dalam perjuangan mengangkat senjata dan melaungkan “Ganyang Malaysia”.

Disember 8 1962, Syekh A.M Azahari kepimpinan Parti Rakyat Brunei telah mengproklaimkan berdirinya Negara Nasional Kalimantan Utara yang meliputi Sarawak, Sabah dan Brunei. Ini adalah kerana pada tahun 1962 telah berlaku revolusi Anti – Malaysia di Brunei. Ini adalah suatu tindakan yang bagus kerana, mereka melihat terlaksananya Federasi Malaysia segala sosio, budaya, agama dan politik akan dimanopoli oleh Persekutuan Tanah Melayu. Sekarang kita telah saksikan bagaimana Federasi Malaysia ini terbentuk apabila melihat perbezaan sosio dan politik diantara Semenanjung dan Tanah Borneo ini. 

Dan atas pembentukan Federasi Malaysia ini juga ribuan masyarakat Cina yang berfahamanan komunis telah lari meninggalkan Sarawak, dan yang tinggal adalah Pasukan Gerila Rakyat Sarawak atau dengan singkatan PGRS.
Pulau Borneo 

Proklaiman Syekh A.M Azhari terhadap Sarawak, Sabah dan Brunei telah mengakibatkan keteganggan diantara Tentera Nasional Kalimantan Utara yang ditubuhkan untuk mempertahankan Negara Nasional Kalimantan Utara dengan tentera Colonial English yang masih berpengkalan di Persekutuan Tanah Melayu walaupun dikala ini ia sudah Merdeka. Tetapi Syekh A.M Azahari tidak dapat menahan tekanan dari pihak English dan mempertahankan pemerintahan pusat di Kalimantan Utara maka ia memindahkan pemerintahan ke Manila dan kerajaan Indonesia memberi asylum politik kepada Syekh A.M Azhari bersama Panglima Abang Kifli ke Jakarta. 

Bibit – bibit tahun mendatang merupakan tekanan yang perlu dialami oleh Parti Komunis Sarawak, dimana mereka telah berpindah dari Kalimantan Utara ke Kalimantan Barat. Tiga tokoh iaitu Yap Chung Ho, Wong Ho, Liem Yen Hwa, dan Yacob dari Sarawak Advance Youth Association (SAYA) telah ditemukan dengan dua tokoh dari Parti Komunis Sarawak iaitu Wen Min Tjuen dan Wong Kee Chok di Kalimantan Barat pada tahun 63, demi membahas garis perjuangan dan akhirnya mendapat sokongan dan bantuan dari Syekh A.M Azahari dan Panglima Abang Kifli beserta dengan Tentera Nasional Kalimantan Utara nya.

Syekh A.M Azahari (Brubei), Kelompok Yap Chung Ho (Sarawak), dan Soebandrio (Indonesia) telah mengadakan pertemuan yang pertama di Sintang dan mengagaskan satu pasukan bersenjata yang diberi nama Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) dan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) sub pecahan dari Tentera Nasional Kalimantan Utara. Basis pasukan ini dimulakan dengan sepuluh orang anak buah Yap Chung Ho yang dilatih di Bogor selama sebulan, kemudian nya kembali ke Asuangsang untuk melatih lagi seramai 60 pasukan yang menanti mereka tamat latihan di Bogor. 

Semasa episode “Ganyang Malaysia”, ramai sukarelawan yang membantu perang dengan Malaysia. Mereka terdiri dari para pelarian dari Sarawak, yang umumnya etnik Tionghoa dan partisipan komunis, juga sukarelawan dari Singkawang, Bengkayang, dan berbagai wilayah di Indonesia yang terdiri atas berbagai etnik seperti Melayu, Dayak, dan Tionghoa. Seramai 28 ahli dari Sarawak United People Party telah dilatih militer di Dodiktif 18 – Tandjungpura, Bengkayang pada Mei dan Jun 1964.

Bung Karno, Mantan Presiden Indonesia
Mereka ini adalah pelarian yang lari ke Kalimantan Barat. Paraku-PGRS bahu-membahu bersama TNI dan sukarelawan Indonesia untuk menghadapi pasukan Malaysia yang dibantu bala tentara Gurkha, English, dan Australia sepanjang masa konfrontasi. Wilayah perbatasan antara Kalimantan Barat dengan Kalimantan Utara menjadi garis depan medan pertempuran. Seorang peneliti Tionghoa, Benny Subianto, mengungkapkan kehebatan gerilawan Paraku - PGRS ketika melawan pasukan Gurkha English. 

Kedua pasukan itu hampir berhasil menghancurkan garnisun 1/2 British Gurkha Rifles dalam sebuah serangan terhadap distrik Long Jawi pada 28 September 1963. Dari fakta-fakta sejarah tersebut, Paraku - PGRS tampak menjadi pahlawan bagi Indonesia selama era konfrontasi.

Kelicikan Pemerintah Indonesia, melalui BPI (Badan Pusat Intel), membuat “kisah” PGRS - PARAKU tidak menjadi hebohan publik pada tahun 1963 - 1965 (sebelum G 30 S). Seperti yang dihuraikan L.H. Kadir, saksi sejarah, mantan Wakil Gabenor Kalbar 2003 - 2008, pada masa konfrontasi bekerja sebagai pegawai negeri di Putusibau (1963 - 1965) dan Mahasiswa APDN (1965 - 1968):
“Sekitar tahun 1963 - 1964 tidak ada pernyataan dukungan Indonesia terhadap PGRS/PARAKU. Masyarakat hanya tahu bahwa ada pergolakan rakyat di perbatasan. Setahu saya setelah peristiwa G 30 S baru ada di koran berita tentang PGRS/PARAKU. Sebelum itu yang dikenal sukwan... Sewaktu masih di Putusibau, saya pernah mengantar sukwan dari Putusibau untuk berlatih di perbatasan. Saya dengan speed ke Semitau diperintah Dandim Hartono supaya mengantar. Orang-orang yang saya antar Cina semua waktu itu. Mereka bawa senjata, ada pula amoi-amoi, banyak perempuan. Ada juga dokter dua orang, mereka latihan di Badau.”
Dan bermulanya era hitam PARAKU – PGRS apabila konfrantasi Indonesia – Malaysia berakhir dengan pendamaian dan kata sepakat. Kata sepakat yang menyatakan bahawasanya PARAKU – PGRS di cop sebagai CT atau Communist Terrorist. Setelah mereka bergadai nyawa dan membantu, berganding bahu bersama – sama TNI akhirnya apa yang terjadi pada gerakan kiri dan komunis di Persekutuan Tanah Melayu berlaku jua pada PARAKU – PGRS. 

Dan akibat telah di cop sebagai CT maka, gerakan memburu mereka telah bermula. Meletus berbagai peperangan diantara TNI dan PARAKU – PGRS dimana TNI dikala itu dibantu oleh Malaysia – English, dan salah satunya adalah yang terjadi di Pangkalan Udara Sanggau Ledo, Bengkayang, Kalimantan Barat. Di masa ini juga PARAKU – PGRS mendapat jolokan baru iaitu Gerombolan Tjina Komunis (GTK). Semenjak itu berlaku Operasi Sapu Bersih 1, 2 dan 3 bermula pada April 1967 hingga Desember 1969 dibawah komando Brigadir Jenderal AJ Witono.

Peristiwa Mangkok Darah terjadi apabila pelaksanaan Operasi Saber I tidak memuaskan. Faktor-faktor kegagalan disebabkan kurangnya tenaga tempur, dan pihak PGRS - PARAKU lebih mengenal keadaan medan dan dapat menarik simpati kaum pribumi yaitu suku Dayak setempat. PGRS - PARAKU juga mudah berpecah dan menyusup ke dalam masyarakat untuk menghilangkan diri dari dikesan. 

Hal itu disebabkan masyarakat dan kampung-kampung Tionghoa tersebar luas sampai ke daerah pendalaman seluruh Kalimantan Barat. Dalam Operasi Saber, terjadi peristiwa Mangkok Merah pada bulan Oktober - November 1967. 

Mangkok Darah
Peristiwa Mangkok Merah dipicu oleh terjadinya penculikan dan kekerasan yang dialami Temenggung Dayak di Sanggau Ledo. Tahun 1967, seorang guru orang Dayak ditemukan dibunuh di Sungkung, Kecamatan Siding, Kabupaten Bengkayang. 3 September 1967 ada sembilan orang Dayak diculik di Kampung Taum dan baru ditemukan tidak bernyawa oleh masyarakat dan TNI pada 5 September 1967. TNI mempropagandakan kekerasan itu dilakukan oleh GTK alias Paraku - PGRS. 

Propaganda diperkuat penemuan sembilan mayat oleh Rejimen Para Komando Angkatan Darat (RPKAD) yang disahkan sebagai mayat tokoh-tokoh Dayak. Gerakan pembasmian PGRS - PARAKU pada 14 Oktober 1967 dikenal dengan sebutan “Demonstrasi Suku Dayak”. Gerakan ini kemudian menyebar luas menjadi luapan emosi etnik Dayak, hingga upacara mangkok merah diadakan.

Gerakan ini menjadi sentimen rasial dengan mengfokuskan etnik Tionghoa sebagai anggota PGRS - PARAKU dan menjadi korban gerakan demonstrasi. Gerakan ini mengakibatkan pengusiran besar-besaran etnik Tionghoa menuju ke Kota Pontianak, menimbulkan masalah beban perkongsian di kota-kota penampungan, derita psikis yang dialami keluarga korban pembantaian, dan lumpuhnya sirkulasi perdagangan di daerah pedalaman Kalimantan Barat. 

Setelah gerakan Suku Dayak, kegiatan-kegiatan PGRS - PARAKU mulai menurun. Tekanan-tekanan Pasukan Indonesia menyebabkan PGRS - PARAKU semakin tersepit. Putusnya jalur logistik dengan mengusirnya ribuan orang Tionghoa menyebabkan banyak anggota PGRS - PARAKU yang menyerahkan diri. Presiden Soeharto dikala itu, dalam pidato kenegaraan 16 Agustus 1968, secara khusus mengucapkan terima kasih kepada Suku Dayak di Kalbar yang telah membantu pemerintah menumpas sisa-sisa gerombolan PGRS - PARAKU di Kalbar.

Maka dengan ini, kita dapat menyimpulkan perjuangan gerakan kiri dan komunis di Sarawak ini telah dinodai dengan bibit hitam kelicikan pemerintahan dua negara Malaysia dan Indonesia. Setelah dipergunakan, akhirnya dihapuskan demi kerakusan atau lebih sesuai dikatakan ketakutan pemerintah Malaysia dan Indonesia keatas PARAKU – PGRS ini kerana parti ini dengan cepat melebarkan sayap nya. Maka SOP perlu dilaksanakan iaitu penghapusan terus menerus hingga kebanyakan ahli - ahli PARAKU – PGRS ini menyerah diri sepenuhnya. 

Sesuatu yang kita maklum ini akan berlaku, tetapi yang menyedihkan kita apabila, sejarah sebenar itu dimanipulasikan tanpa menghuraikan hal – hal yang sebenarnya. Hal – hal dimana para perjuang gerakan kiri dan komunis ini di salah erti kan oleh generasi sekarang. Setelah mereka berjuang demi Negara Nasional Kalimantan Utara ini dari Federasi Malaysia, akhirnya mereka telah dikhianati kembali. Pengakhiran yang cukup menyedihkan. Sesuatu yang memang dijangka akan berlaku bagi setiap gerakan kiri dan komunis di mana – mana sahaja. 

Gerakan kiri dan komunis akan di pandang serong biarpun mereka telah berjuang dengan nyawa demi matlamat dan ambisi yang mungkin sama dengan sekutu – sekutu nya, tetapi dikhianati juga oleh sekutu –sekutu nya apabila mereka telah dapat apa yang mereka inginkan. Keinginan untuk MEMERINTAH dan BERKUASA.

Salute Mi Familia untuk semua pendokong gerakan kiri dan komunis, khusus nya untuk para pejuang gerakan kiri dan komunis di Tanah Borneo.

- Comrade Dean - " IBAB Yang berbunyi..."
Reff : world wide web

SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Pahlawan Melayu atau Pahlawan 1Malaysia?.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Hari ini Mr.J hendak kongsikan satu gambar yang agak mungkin memberi "impak" kepada sejarah "Pahlawan" yang ada di Persekutuan Negara Malaysia.

Gambar tersebut telah menjadi perkongsian di alam maya bahkan menjadi "kutukan" sebilangan masyarakat akibat mungkin dari segi kurangnya pemahaman ataupun akibat kelalaian mahupun kecuaian.

Rentap & Mat Salleh bukanlah Pahlawan Melayu.
Untuk pengetahuan semua rakyat jelata malaysia, Mat Salleh adalah berbangsa Bajau dan manakala Rentap pula adalah keturunan Mr.J iaitu Iban. 

Pahlawan Melayu tajuk diberi disertakan dengan biodata ringkas dan gambar, tetapi yang mengujakan Mr.J adalah adakah semua yang berada di gambar tersebut merupakan Pahlawan Melayu atau mungkin "Title" harus diubah kepada "Pahlawan 1Malaysia" .

Mr.J

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Sarawak yang ke-51. (SARAWAK Merdeka pada 22 July 1963)

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hari ini Mr.J hendak berfalsafah berucap dengan mengunakan nada suara seakan - akan seorang sejarahwan dengan rambut yang berserabai dan pakaian yang agak tidak kemas. Ramai Anak Sarawak masih alpa bahkan terpinga - pinga apa yang istimewanya dengan Negaraku Sarawak pada 22 July.

Ketahuilah Sejarah Sarawak.
Baiklah, 22 Julai pada tahun 1963 adalah dimana Sarawak telah Merdeka daripada Jajahan British dan Sarawak adalah sebuah Negara yang Merdeka secara rasminya pada tarikh tersebut. Bagaimana pula kemerdekaan  Malaysia.
Sarawak menjadi sebuah negara yang mutlak pada 22 Julai 1963 apabila Gabenor British Sir Alexander Waddel menyerahkan kuasa kepada anak tempatan iaitu Tan Sri Stephen Kalong Ningkan. Timbalan Ketua Menteri pula adalah Datuk Amar James Wong Kim Min. 
Gambar ehsan Agustus Sapen
Bahawa hampir 70% buku teks sekolah menengah tidak menyatakan bahkan menerangkan Sejarah Sarawak secara terperinci. Ramai yang masih tidak tahu hak - hak 'kawalan' serta 'perjanjian perkara 18 - 20'. 

Mr.J cuma nak kongsikan satu skop sahaja hari ini iaitu "Sarawak Merdeka" ada juga slogan seperti "Sarawak Merdeka dalam Malaysia" dimana agak kurang enak didengar bahkan disenangi beberapa pihak pada tahun lepas.

Siapa berhak Memilikki "MALAYSIA"? , ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia dibentuk oleh 3 Entiti Tanah yang Merdeka iaitu "Tanah Melayu" , "North Borneo ( Sabah ) ,Sarawak. Ketiga - tiga entiti tersebut bersatu dibawah satu payung besar yang diberi nama "Negara Persekutuan Malaysia" , sila fahami istilah "Persekutuan" sekiranya anda masih belum faham.
Tarikh Penting dalam Negara Persekutuan Malaysia :
  1. Kemerdekaan Tanah Melayu ( Malaya ) : 31 Ogos 1957
  2. Kemerdekaan Sarawak : 22 Julai 1963
  3. Kemerdekaan Sabah ( North Borneo ) : 31 Ogos 1963 
Negara Persekutuan Malaysia Dibentuk pada "16 September 1963" hasil daripada Persetujuan Negara Sabah & Negara Sarawak bersama Tanah Melayu untuk membentuk Sebuah "Negara Persekutuan" yang dinamakan Malaysia. 
Kesedaran sejarah Sarawak, anak muda berhimpun di seluruh bandar utama di Sarawak menjelang 22 Julai.
22 Julai seharusnya merupakan sebuah cuti umum kepada Rakyat Sarawak kerana ianya untuk mengingati sebuah nilai sejarah yang amat tinggi nilainya kerana bermula 22 Julai 1963 Negara Sarawak Merdeka sepenuhnya.

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

"IBAN TAIKO" Drama 13 Episod yang penuh AKSI dari Sarawak. - Sipnosis & Ulasan -

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
IBAN TAIKO, Mr.J tahu pasti ramai yang seakan dapat meramalkan bahkan ada dikalangan pembaca sekarang tengah berimaginasikan sebuah adegan pergaduhan melibatkan gengster ataupun kongsi gelap.

Tentu ramai yang ingin bertanya serta dipenuhi rasa ingin tahu khususnya rakyat Sarawak dan lebih - lebih lagi masyarakat Iban. 

Di sebalik Takbir Mr.J sebagai Chabu
Drama ini diterbitkan oleh seorang anak tempatan Sarawak yang berbangsa Iban iaitu En.Hereward Gramong dari Syarikat Allen Tinggie Trading Sdn Bhd yang berpangkalan di Sarikei, Sarawak. 

Drama ini di arahkan oleh saudara Fahizal Abdullah dimana beliau juga pernah mengarahkan Drama seperti ER 5 (EJEN RAHSIA 5), Kisah Bujang Sepah dan beberapa lagi Drama yang lain di Semenangjung Malaysia. Beliau juga secara tidak langsung merupakan Pengarah Pertama yang mengarahkan Drama berbahasa Iban. 

Drama ini ditulis oleh Aisurazy/ Rizalwan/ Fahizal Abdullah/ Priscilla Allen. Drama Iban Taiko mempunyai keunikkan tersendiri kerana keseluruhan Drama adalah menggunakan Bahasa Iban (sarikata disediakan) dimana Bahasa Iban ada bahasa terbesar di Sarawak.  

Mungkin tidak agak keterlaluan jikalau Mr.J melabelkan Drama Iban Taiko adalah sebuah Drama berepisod yang terulung serta yang pertama dalam Bahasa Iban yang akan ditayangkan di TVi pada November ini.

Penuh Aksi serta Konflik!
Drama ini dibintangi oleh para pelakon yang hebat dan yang penting kesemua pelakon Drama Iban Taiko adalah anak jati Sarawak. 

Diantara Para Pelakonnya adalah Donny Lang, Stevenson, Chabu, Shaleyna, Richie M, James Ruai, Bruce, Julio, Orton, Jackz Sparrow, Junaida, Zenna, Anne serta banyak lagi dan juga ehem... Mr.J juga diberi peluang dalam Drama Iban Taiko ini dan yang pasti anda pasti tidak suka karekter Mr.J dalam Drama Iban Taiko.

Bagi Mr.J ianya adalah satu perkembangan menarik dalam industri filem, drama atau telemovie di Sarawak.

Ini Kerana kita khususnya rakyat Sarawak amat jarang didedahkan bahkan mungkin tidak pernah sama sekali didedahkan drama atau filem yang mantap dari Sarawak apatah lagi yang disiarkan di saluran television.

Drama Iban Taiko turut dijayakan oleh para angota PDRM Cawangan Sarikei (IPD Sarikei) serta Kuching. Jutaan Terima Kasih kepada Pihak PDRM. Baiklah disini Mr.J ringkaskan sedikit Drama Iban Taiko ini. 

Diantara Babak menarik dalam Drama Iban Taiko
Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya.

Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah. 

Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita ini sila ikuti Facebook IBAN TAIKO untuk perkembangan semasa atau nantikan saja di Channel 180 TVI RTM.
Lokasi Pengambaran adalah disekitar Sibu, Sarikei dan juga Pakan serta dibeberapa tempat di Sarawak. Drama ini sememangnya wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia amnya serta khususnya rakyat Sarawak kerana yang pasti ianya merupakan fenomena baru dalam dunia hiburan Sarawak.

- Mr.J

Ada 3 Tarikh Kemerdekaan dalam Negara Persekutuan Malaysia. Beza perkataan "Pembentukkan" dan "Masuk" Malaysia.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pening tak dengan tajuk diatas?, inilah terjadi apabila kita diajar melalui Buku Teks Sejarah Sekolah yang hampir 90% tidak menyatakan beberapa sejarah penting Sabah serta Sarawak apa yang kita tahu di buku sejarah sekolah mungkin mengenai hang tuah berserta kuncu - kuncunya.

Sebelum Mr.J huraikan anda harus faham makna perkataan "Persekutuan" dan juga "Pembentukkan", ditekankan bahawa "Pembentukkan" adalah tidak sama sekali dengan perkataan "Masuk/Memasuki" .

Tarikh Kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia.
  1. 31 August 1957 - Malaya Merdeka
  2. 22 July 1963 - Sarawak Merdeka
  3. 31 August 1963- Sabah Merdeka
Sabah dan Sarawak adalah berstatus Keseluruhan Tanah Melayu . Setelah itu 3 Gabungan entiti tersebut membentuk Negara "Malaysia" melalui "Perjanjian Perkara 18 - 20 Sabah & Sarawak" yang harus dipatuhi 16 September 1963 .

16 September 1963 - Hari Malaysia , merupakah Hari Kelahiran Sebuah Negara Persekutuan yang diberi nama "Malaysia", hasil sepakat diantara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ) .

Nota : Harus diingati bahawa Sarawak dan Sabah tidak sama status 'negeri' seperti contoh , melaka , johor dan sebagainya .

Fakta sejarah yang menyatakan bahawa Sarawak menyertai Malaysia adalah tidak benar dan ia harus diperbetulkan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh. - Borneo Post 30/9/13

Petikan daripada Buku "The Birth of Malaysia"
Tidak mustahil jika anda mendengar orang itu ini diharamkan masuk ke sabah atau sarawak. Kenapa bila anda ke sarawak anda diberi pas slip tempoh lawatan 90 hari sahaja dan jika lebih dari 90 hari anda harus mengemukakan kepada imigresen sarawak.

Inilah mengapa mereka mempunyai sistem perlembagaan , KAWALAN imigresen , agama tersendiri yang tak tertakluk kepada sistem di tanah melayu atau disebut sebagai semenangjung malaysia sekarang.

Walhal kita tahu daripada rentetan sejarah yang berlaku, ia tidak seperti itu dan menggunakan tarikh kemerdekaan Malaya (31 Ogos) sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia sebenarnya "menidakkan sejarah" dan PERANAN Sabah dan Sarawak sebagai sebuah entiti yang merealisasikan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru.

Ia adalah fakta yang tidak boleh diubah dan memperkatakannya tidak sama sekali boleh disifatkan sebagai mempolitikkannya. 

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Apakah Motif KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem Jumpa dengan semua Adun dari Parti Pembangkang?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia .

Hari ini Mr.J kongsikan tentang Landskap Politik yang tidak mampu diramal bahkan 'dibaca' oleh Ahli Politik dari luar Sarawak atau mungkin tidak mustahil untuk Mr.J katakan bahawa Sarawak mempunyai agenda tersendiri  "Sarawak for Sarawakians".

"Sarawak for Sarawakians" semangat nasionalist dikalangan rakyat Negara Sarawak semakin tinggi.
Sarawak rakyatnya yang unik serta keharmonian terjaga bergitu juga hubungan diantara agama yang cukup tinggi. Bukan itu sahaja yang menariknya Sarawak yang mempunyai lebih daripada 40 Etnik serta hampir 7/10 setiap rakyat Sarawak boleh bertutur lebih daripada 4 Bahasa termasuk Bahasa Ibunda masing - masing. 

Bukan itu sahaja dan apa yang sangat menariknya Rakyat Sarawak tidak perlu menggunakan Isu Agama dan Bangsa untuk mendapatkan 'Perhatian' seperti mana yang dilakukan oleh beberapa NRO Tanah Melayu.

KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem berjumpa dengan semua Adun Pembangkang semalam - Sumber Borneo Post 15/5
Tentu ramai yang pelik dengan Politik Sarawak sehingga ada yang kehabisan Idea untuk menjadikannya sebagai bahan untuk 'counter-attack' kepada Parti lain.

Terdahulu Sidang Dun Negara Sarawak mengejutkan ramai pihak bahkan pihak atasan Barisan Nasional apabila Para sidang yang dihadiri oleh pemimpin kerajaan dan pemimpin parti pembangkang sebulat suara tanpa bantahan bersetuju mengusulkan Kenaikan Royalti Minyak dan Gas dari 5% kepada 20%.

Sarawak telah memberi tamparan hebat seakan meninggalkan "Nota Kecil" kepada negeri pembekal minyak untuk mencontohi mereka. Mungkin kesian kepada Jirannya iaitu Sabah tetapi apakah dayak Sabah dari atasan pemimpin adalah Ahli UMNO dan lebih malang lagi NGO Perkasa atau dikenali sebagai "Bapa Perkauman" di Sarawak telah banyak menyemai "benih" di sana.



Jika dilihat daripada landskap Politik Sarawak sekarang, jika sesuatu melibatkan kepentingan Negara Sarawak diabaikan maka tidak mustahil USUL yang mendesak Persekutuan akan menyusul.

Mungkin tidak agak keterlaluan sekiranya Mr.J berfikir atau membuat andai sendiri berdasarkan keadaan semasa bahawa dalam jangka masa 20 - 80 tahun akan Sarawak akan mengejutkan dunia antarabangsa dengan "Mengusulkan Undi Tidak Percaya" kepada Persekutuan Negara Malaysia, maka sekaligus Sarawak 'bercerai' dari sebuah Negara Persekutuan yang bernama "Malaysia".

Ini adalah ramalan Mr.J sahaja tetapi tidak mustahil akan berlaku sekiranya NGO seperti ISMA serta Perkasa masih wujud dan masih ber-ideologi katak bawah tempurung.

Bila memerhati Landskap Politik di Tanah Melayu pula tidak sampai 1 minggu bagaikan suasana"tongkang pecah" kelihatan masing - masing mahu menjadi Hero Bangsa tetapi pada masa yang sama merendahkan Bangsa lain dengan kata - kata yang boleh menyebabkan perpaduan kaum semakin rosak apatah lagi sekarang hanya menunggu retak. 

Keluar Masuk ( Tubik Masuk ) dan lompat bergalah serta permainan Roda Impian cukup digemari oleh sebilangan ahli - ahli politik Tanah Melayu kerana setiap putaran roda boleh memenangi wang besar. 

Jikalau tidak bernasib baik maka bolehlah menubuhkan Persatuan , NGO mahupun GRO yang bermercu tanda "Perjuangan Bangsa" bagi membolehkan senang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan di Tanah Melayu.

Tetapi jangan lupa ada sebilangan Pertubuhan NGO atau GRO dihalang kewujudan di Negara Rakan Kongsi Persekutuan Malaysia iaitu Negara Sarawak dan hanya dibenarkan di Tanah Melayu serta Negara Sabah yang satu ketika lebih dikenali sebagai North Borneo.

Diakhir bicara ini Mr.J tinggalkan beberap persoalan uji minda untuk pembaca semua.

Soalan Kuiz : 
Kenapa adalahnya Istilah "Kerajaan Persekutuan"
Kenapa Motto Malaysia adalah "Bersekutu Bertambah Mutu"

Anda boleh mendapat Jawapan berdasarkan Klu dibawah:
Pembentukkan Persekutuan Malaysia 1963.

Siapakah Pemilik "Malaysia"?
Contoh ayat yang sering digunakan oleh buta sejarah seperti kebanyakkan Ahli Perkasa serta ISMA
  1. "Ini Negara Malaysia, Tanah Melayu punya Negara"
  2. "Ini Tanah Melayu, tak suka boleh keluar Malaysia"
Tanpa Sabah dan Sarawak maka Tanah Melayu kekal sebagai Malaya bergitu juga sebaliknya , nasib baik pemimpin Sabah dan Sarawak bijak menolak Nama Persekutuan sebagai "Melayu Raya" kerana ia kelihatan agak mirip Ideologi 'Indonesia Raya'.

Perkara 5:  Nama Persekutuan ( Rujuk Perjanjian Perkara 18 -20 Sabah & Sarawak )
"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"


Selamat Hari Gawai Dayak & Pesta Kaamatan.
- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Kebolehan dan Kejayaan Unit Anggota Tentera Siber Blue Wave Army (BWA / Pro-BN Cyber Troops) amat memberansangkan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bila "Blue Wave Army"( Angkatan Gelombang Biru / Pro-BN ) telah memulakan serta menghantar ratusan skuad - skuad keyboard warrior upahan di dalam laman sosial , blog , twitter untuk menangkis serta melawan hujah daripada RBA ( Red Bean Cyber Army / Pro-Pakatan ).

Diantara cara pengenali keyboard warriror BWA (Blue Wave Army) adalah mengubah gambar asal dan meletakkan caption berbaur unsur agama dan bangsa walaupun gambar yang di edit tersebut level editing budak tadika 'Paint' selalunya pengendali tersebut agak kebal dari hukuman.

KUALA LUMPUR 13 April - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA). Utusan

Akan menyerang secara CAP LOCK berterusan dan menyerang atau melabelkan fb individu atau fb page sebagai angota RBA sekiranya melihat posting ketidakpuasan hati mengenai kerajaan.

Mudah Terasa apabila melihat 5 Huruf iaitu M.A.C.A.I kerana huruf ini jika dilekatkan di dahi boleh melumpuhkan "macai" seketika dan dikatakan mujarab walaupun beberapa saat.

Mendiang Saudara Karpal Singh juga tidak Hormati , jauh sekali ucapan takziah .
Facebook Profile / Page skuad ( Gelombang Biru / Pro-BN ) , akan lebih banyak merapu - rapu berbanding daripada fakta, tetapi posting mereka sering dipatahkan oleh Keyboard Warior yang lain ini berikutan mereka berkeja keras berdasarkan level upahan masing - masing .
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.
Spesifikasi Anggota Tentera Siber Blue Wave Army adalah seperti berikut:
- Sering berbangga dengan kejayaan parti, repost dan copy paste dan repost di wall lawan.
- Masih tidak faham istilah Kerajaan dan Rakyat bagi Level ini Kerajaan adalah Parti mereka.
- Sering mengatakan atau mempertahankan duit BR1M adalah duit Parti BN.

Mereka bukan calang - calang , mereka juga diantara pengodam terhebat di alam semesta ini.
Contoh jenis kata pertahankan diri mereka seperti
Keluar dari malaysia kalau tak suka BN..
Tak suka BN jangan ambil BR1M...
Dasar tak kenang untung BN dah bagi duit pun xreti syukur ke..

Agama dan Bangsa 
Kebanggaan terhadap "MELAYU" di tahap Ultras Galaksi Bima Sakti . 
Ketuanan Melayu , Malaysia ini adalah Tanah Melayu, seolah - olah Dunia ini milik Melayu sahaja.

Walaupun Agama adalah isu sensitif tetapi BWA paling lantang senang menghina agama lain mungkin ini adalah sedikit daripada skop pelajaran dari Rangkaian mereka iaitu Perkasa dan Isma.

Geografi
Sering memperlihatkan diri kebodohan yang memanjang dan dikatakan bahawa anggota gagal dalam peta malaysia, bagi mereka Malaysia ini adalah "Tanah Melayu" dan Orang Melayu sahaja berhak sedangkan Malaysia ini ada tiga perkongsian Persekutuan iaitu Sabah , Sarawak serta Tanah Melayu.

Kemahiran Extra
Kebolehan mengubah suai gambar asal dengan menggunakan Program paling "Hebat" iaitu Ms. Paint ( start - all program - accesories - paint ).

Mr.J ( Unit Tentera Siber The Khinzir Killer )

Bila ejen perang siber diantara parti politik mengaitkan blog "Pengerindu.com" .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
PengeRindu.com | www.pengerindu.com disenarai Top 4 sebagai "Red Bean Army (RBA)" dalam List "Gelombang Angkatan Ombak Rindu Biru" atau lebih dikenali sebagai "Blue Wave Army (BWA)".

Tapi kalau nak Resepi Babi Masak 4 rasa boleh try search di Weblog www.pengerindu.com taip "Resepi babi" ty..

Nampaknya Pendapat serta Perkongsian kisah - kisah dari Sabah serta Sarawak dan juga kebangkitan anak muda borneo yang dikongsi di PengeRindu.com .

Hanya Sarawakian & Sabahan sahaja yang tahu apa yang ada di www.Pengerindu.com





Kepercayaan dan Mitos : "Hanya Bunyi Guruh dan Petir sahaja yang akan melepaskan Gigitan Kura dan Lelabi".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hidup bersama dengan pelbagai etnik kaum di Sarawak cukup membuatkan anda mendapatkan pelbagai cerita menarik bahkan amalan serta budaya yang unik sekali.

Kali ini Mr.J hendak berceritakan sedikit mengenai satu *kepercayaan ( tidak pasti sama ada mitos ) mengenai "Gigitan Kura - Kura ataupun Lelabi".

Sewaktu kecil dahulu Mr.J sering diperdengarkan kisah ataupun Pantang Larang sebegini iaitu:
"jari jaga enggai ke diketup lelabi / kura , bunyi guntur kilat baru 'ia' ngeleka ke jari nuan" maksudnya adalah berbunyi "sila jaga jari anda bila menjenguk / menlihat kura/labi-labi kerana khuartir akan digigit 'nya' , hanya bunyi guruh serta kilat barulah 'dia' akan melepaskan jari anda" .

Ini pula dicium labi - labi.
Telah menjadi kebiasaan bagi kanak - kanak apabila melihat sesuatu haiwan di kandang akan berasa teruja bahkan suka menyentuh , mungkin ianya adalah sejenis 'amaran nasihat' kepada kanak - kanak nakal supaya tidak menganggu haiwan tersebut.

Tapi tidak dinafikan bahawa gigitan Kura - Kura mahupun Labi - Labi cukup sakit sekali bahkan ada beberapa berita pernah menyiarkan bahawa gigitan haiwan tersebut mampu memutuskan jari anda. 

Jadi, sila awasi anak anda sekiranya anda anda membela haiwan peliharaan seperti labi - labi ataupun kura - kura kerana bila terkena gigit hanya bunyi guruh serta kilat yang mampu membuatkan haiwan tersebut melepaskan gigitan tersebut.

Mr.J

Apa itu "Tajau" serta kegunaannya dalam Masyarakat Iban di Sarawak. - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Benda yang seakan - akan berbentuk pasu bunga gergasi ini di namakan sebagai Tajau ( bahasa iban )
Salah satu benda yang wajib ada di dalam sesebuah pintu bilik atau keluarga di dlm rumah panjang org iban.

Tajau melambangkan keistimewaan dan bakat kreatif orang zaman dulu - dulu dalam mencipta barang antik dengan menggunakan tangan dan bahan - bahan semula jadi seperti tanah atau kayu sahaja.

Tajau cukup bernilai tinggi dalam 'Darjat'.
Lazimnya, tajau yg akan anda jumpa di rumah panjang orang iban adalah seperti yg ada di dlm gambar: berwarna putih dengan ukiran naga berwarna biru atau berwarna jingga seakan2 warna tanah. Boleh juga kita lihat dalam pelbagai saiz, bentuk, warna serta ukiran nya.

Pada zaman dahulu tajau ini sangat berguna untuk menyimpan barang2 berharga ataupun barang makanan seperti beras ataupun pekasam dan sangat bagus untuk menyimpan air pengayu/tuak supaya tahan lama dan selamat.

Sehingga kini sebahagian rumah - rumah panjang org iban masih lagi menyimpan tajau dari zaman nenek moyang mereka dulu2. Itupun kalau rumah panjang lama belum hangus lagi.

-MizzDjp- zaman kecik2 suka bersembunyi berjam2 lamanya dlm tajau nenek yg paling besar kalau merajuk.

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©