Ratusan hadir dalam acara “I Want to Touch a Dog” & Beza Samak atau Sertu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MALAYSIA : Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Artikel Asal daripada Portal Malaysiakini.com

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.


Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Ajar cara samak
Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan.

Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.

"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aimi Syafiqah Ghazali, 23, berkata, acara tersebut merupakan sebuah acara yang bagus kerana dapat memberi kesedaran dan membuang pemikiran negatif yang mengatakan anjing tak boleh dipegang.

'Islam itu mudah'
Katanya, apa yang paling penting bagi masyarakat kini ialah ilmu dan pengetahuan berhubung haiwan berkenaan.

"Bagi saya acara ini bagus. Biasanya orang Islam di Malaysia ini skeptikal. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tetapi acara ini menyedarkan bahawa Islam itu mudah.

"Saya rasa kita kena buang pemikiran yang begitu. Acara ini satu permulaan yang bagus dan harap akan dibuat lagi acara seperti ini di tempat lain," katanya.

Bagi Siti Khadijah Samsudin, 22, dia turut berpendapat, acara tersebut perlu diadakan lagi untuk mendidik masyarakat Islam supaya memupuk rasa sayang walaupun terhadap anjing.

"Acara ini sangat berguna kepada orang Islam untuk mendidik kita supaya bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram. Kita juga sebenarnya kena saling menyayangi dengan makhluk yang lain," katanya.

Abdullah Fauzi Samsudin, 31, pula berkata, acara tersebut juga bermanfaat untuk mendidik orang Islam supaya tidak lagi takut untuk memegang anjing dan membuang persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.

"Acara ini bermanfaat untuk didik kita. Walaupun anjing ini najis tetapi dia binatang yang sangat mesra. Cuma ada cara untuk pegang dan kita juga sebenarnya boleh memegang anjing jika ia kering. Tak perlu untuk disertu," katanya lagi.

Artikel ini dikongsi daripada Portal Malaysiakini.com

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©