Pertubuhan Gabungan Kebudayaan Komuniti SARAWAK Malaysia. (Semenangjung Malaysia)

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
S. MALAYSIA - PGKS atau "Pertubuhan Gabungan Kebudayaan Komuniti Sarawak" Malaysia adalah mungkin satu - satunya Pertubuhan Komuniti yang kini bergiat aktif dalam memberi bantuan kepada anak - anak Sarawak yang mengalami kesulitan seperti contoh kematian, kemalangan memberi kaunseling serta membantu menguruskan jenazah untuk dihantar balik ke Sarawak.

Objektif: Untuk mengabungkan semua Anak Sarawak yang berada di Semenanjung melalui kebudayaan.
Pelbagai Aktiviti menarik seperti jualan amal & kebudayaan.

Anak Sarawak yang berada di Tanah Melayu atau Semenangjung adalah perlu menyertai pertubuhan - pertubuhan seperti ini, ini kerana pelbagai mafaat boleh didapati seperti contoh anjuran aktiviti keraian Hari Gawai Dayak serta Hari Krismas, pesta makanan etnik - etnik Sarawak dan banyak lagi.


Ini supaya dapat mengeratkan serta membentuk jati diri anak Sarawak di tempat asing bahkan diri mereka tidaklah bergitu "terasing" di masyarakat lain kerana adanya pertubuhan seperti PGKS. Pelbagai maklum balas positif diterima di laman rasmi Pertubuhan PGKS ini di facebook.


Menghulurkan sumbangan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia. ( gambar hujung : menerima cek sumbangan daripada Yayasan Sarawak )
Aktiviti PGKS yang akan datang  Program Bersama Komuniti Anak Sarawak di sekitar Lembah Klang 2014 bersama VVIP YB Dato' Seri Richard Riot iaitu Menteri Sumber Manusia Malaysia. Tarikh:13.12.2014  bertempat Dewan orang ramai pekan bt 9, cheras selangor.

Anak Sarawak yang berada di Semenangjung Malaysia anda bolehlah mendaftar menjadi Ahli dan pelbagai mafaat yang anda dapat, untuk pertanyaan anda boleh hubungi no dibawah atau terus berinteraksi dengan ahli - ahli lain di Laman Rasmi Facebook PGKS.

Pertanyaan Sila Hubungi
En.Ricky : 017 - 6207 764
Ms.Ling Sanggau : 010 - 5238 895
Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM30 & Yuran Tahunan adalah RM5.
Anda akan diberikan Borang Ahli untuk diisi.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Ratusan hadir dalam acara “I Want to Touch a Dog” & Beza Samak atau Sertu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MALAYSIA : Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Artikel Asal daripada Portal Malaysiakini.com

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.


Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Ajar cara samak
Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan.

Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.

"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aimi Syafiqah Ghazali, 23, berkata, acara tersebut merupakan sebuah acara yang bagus kerana dapat memberi kesedaran dan membuang pemikiran negatif yang mengatakan anjing tak boleh dipegang.

'Islam itu mudah'
Katanya, apa yang paling penting bagi masyarakat kini ialah ilmu dan pengetahuan berhubung haiwan berkenaan.

"Bagi saya acara ini bagus. Biasanya orang Islam di Malaysia ini skeptikal. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tetapi acara ini menyedarkan bahawa Islam itu mudah.

"Saya rasa kita kena buang pemikiran yang begitu. Acara ini satu permulaan yang bagus dan harap akan dibuat lagi acara seperti ini di tempat lain," katanya.

Bagi Siti Khadijah Samsudin, 22, dia turut berpendapat, acara tersebut perlu diadakan lagi untuk mendidik masyarakat Islam supaya memupuk rasa sayang walaupun terhadap anjing.

"Acara ini sangat berguna kepada orang Islam untuk mendidik kita supaya bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram. Kita juga sebenarnya kena saling menyayangi dengan makhluk yang lain," katanya.

Abdullah Fauzi Samsudin, 31, pula berkata, acara tersebut juga bermanfaat untuk mendidik orang Islam supaya tidak lagi takut untuk memegang anjing dan membuang persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.

"Acara ini bermanfaat untuk didik kita. Walaupun anjing ini najis tetapi dia binatang yang sangat mesra. Cuma ada cara untuk pegang dan kita juga sebenarnya boleh memegang anjing jika ia kering. Tak perlu untuk disertu," katanya lagi.

Artikel ini dikongsi daripada Portal Malaysiakini.com

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

S.M GOMBAK : Kepala tersangkut / tersepit di celah pagar jeriji.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pastikan anak anda tidak dekat dengar pintu pagar ataupun jeriji besi, kerana khuartir akan terjadi seperti berita di bawah ini. - Mr.J

GOMBAK : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanya mampu menangis selepas tersepit di jeriji pintu rumahnya di tingkat tiga kondominium di Selayang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang semalam, mangsa yang bermain di rumahnya dikatakan memasukkan kepala ke celah jeriji itu sebelum gagal menarik keluar kepalanya.

Ahli keluarga mangsa yang panik kemudian segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang untuk meminta bantuan.

Jurucakap BBP Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.35 petang. "Sebaik tiba, kami melihat kepala kanak-kanak itu tersepit di jeriji besi pintu rumahnya. 

"Mangsa yang tersepit selama hampir 20 minit kemudian berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong besi untuk memotong jeriji itu,"

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SARAWAK : "TIDAK MAHU Parti Politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak". KM SARAWAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KOTA SAMARAHAN: “Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di dalam sesi soal jawab sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Ketua Menteri Sarawak yang berpendirian Tetap.
Pada sidang tersebut, Adenan juga turut bertegas serta menjamin bahawa beliau TIDAK AKAN membenarkan UMNO tumbuh serta berakar di Sarawak.
“Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya.
Ini kerana menurutnya Masyarakat Sarawak adalah sangat Unik kerana kita adalah rakyat Sarawak dan komposisi Sarawak adalah berbeza daripada Semenanjung Malaysia.
“Kita telah ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di mana setiap kali pilihan raya, kita telah memenangi kerusi dan berkhidmat kepada rakyat… jadi, kenapa hendak mengubahnya.
Bukan UMNO sahaja tetapi mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak termasuk parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.
“Ya, memang kami akan menyokong Barisan Nasional tetapi kami akan melakukannya dengan cara sendiri,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa Walaupun terus tinggal dalam Negara Persekutuan "Malaysia", ini tidak bermakna bahawa kita akan mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Putrajaya (kerajaan pusat)… tidak, kita mesti menuntut hak-hak perlembagaan kami di negara ini.
“Perlembagaan ini menyediakan ekonomi untuk Sarawak dan kita harus menuntutnya,” katanya.
_____________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Artikel Harian Metro & The Borneo Post membuat pembaca Keliru. - Rokok Eletronik atau Pistol?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kepala Mr.J telah mengalami migrain bahkan ribuan pembaca juga turut mengalami nasib yang sama iaitu siptom - siptom kemurungan selepas membaca satu artikel mengenai kejadian yang menyebabkan kematian di Bintulu, Sarawak.

Sudah pastinya pada masakini pembaca akan mendapatkan maklumat tidak hanya tertaluk kepada satu sumber sahaja bahkan mungkin 2 atau 3 sumber bagi mendapatkan berita yang sahih serta tepat.

Dua Artikel yang memaparkan berita yang berbeza pada satu kejadian yang sama.
Diatas ini adalah kenyataan yang berbeza mengenai kejadian tersebut, sehingga sekarang mr.j tidak pasti apakah penyebab kematian itu samaada disebabkan sejenis rokok eletronik ataupun sejenis senjata pistol yang canggih.


Untuk pengetahuan, Harian Metro adalah berpangkalan di Semenangjung Malaysia dan The Borneo Post adalah di Sarawak. 

Atau mungkin ada pihak yang mahu menyembunyikan penggunaan Pistol Pen ataupun senjata tersebut senang untuk dibawa dan didapati di Pasar Malam sekitar Sarawak atau juga mungkin ada pihak yang sengaja mahu mencari kelemahan mengenai rokok elektronik.

Tapi bagi Mr.J yang pasti itu bukanlah rokok eletronik jika dilihat dari segi fizikalnya.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Sarawak dan Sabah 'bakal' akan 'menarik diri' dari gabungan Persekutuan 'Malaysia' suatu hari nanti.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Beberapa bulan yang lepas rakyat Sarawak khususnya agak terkilan dengan 'ugutan' seorang wakil daripada Persatuan Isma yang berpangkalan di Semenangjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Malaya dalam Tiga Wilayah ke atas Perkongsian 'Persekutuan Malaysia'. Tapi sebelum itu sudahkah anda membaca Pantun istimewa oleh rakyat Sabah serta Sarawak kepada bekas banduan iaitu Ibrahim Ali?.

Ini terjadi kerana pertikaian mengenai Isu pengunaan Perkataan 'Allah' tidak boleh digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia tetapi tidak termasuk Sabah serta Sarawak , bagaimanapun 'Isma' mahukan keputusan tersebut terus ke Sabah serta Sarawak.

Sabah dan Sarawak Minta Cerai.
Sekiranya Masyarakat di Sabah dan Sarawak tidak bersetuju maka saranan daripada 'Isma' adalah dengan berkata "............Keluar dari Malaysia" . 

Bagaimanapun saranan keras tersebut bukanlah berbentuk ancaman kepada masyarakat Sabah serta Sarawak tetapi lebih kepada suatu 'penantian' yang sememangnya diingini oleh segenap masyarakat Sabah dan Sarawak.  Ini kerana terlalu banyak isu yang dibangkitkan oleh 'mereka' yang rata - ratanya daripada Wilayah Malaya ( Semenangjung Malaysia ).

Turut mendapat respon daripada Pemimpin di Sabah iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kenyataan itu satu provokasi dan tidak patut diucapkan.

Mr.J tertarik dengan pendapat daripada salah seorang penduduk di Sabah yang diterbitkan di sebuah portal berita online .

“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” Harry Nelson J. Seliang.

Mr.J lebih kepada melihat sesuatu 'Isu' tersebut dengan lebih kehadapan atau cuba membayangkan apa yang akan berlaku kepada 'Persekutuan Malaysia' pada 100 tahun yang akan datang bahkan Mr.J tahu tentu anda akan mengatakan bahawa Mr.J cuma 'berangan' atau terlebih 'imaginasi'. Terpulang kepada pendirian masing - masing.

Hanya satu isu sahaja boleh menyebabkan 'Intergriti Nasional' diantara Sarawak serta Sabah kepada Malaya berlaku iaitu Isu 'Agama' padahal Isu Agama yang dimulakan diluar Sarawak serta Sabah tidak boleh dibawa masuk.

Ini berkaitan dengan "Perjanjian 18-20" yang telah dipersetujui dan ditangani oleh para ketua wilayah dalam Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan 'Malaysia yang diangotai oleh 4 buah wilayah iaitu Malaya, Sabah, Sarawak serta Singapura bagaimanapun Singapura menarik diri pada tahun 1965 sekadar 2 tahun bersama Persekutuan Malaysia.

Adakah kemungkinan pada masa akan datang Sabah atau Sarawak mengikuti jejak Singapura? .

Sepertimana yang kita tahu, rakyat Sarawak khususnya dan Sabah tidak suka perkara yang melibatkan 'Agama' mahupun Kristian ataupun Islam , toleransi agama yang kuat serta boleh duduk tinggal sebumbung dengan saudara berlainan Agama telah lama dipratikkan bahkan sebelum wujudnya 'Pembentukkan Negara Malaysia' dan juga sebelum Slogan '1Malaysia' diwar-warkan di media.

Berikut adalah petikan Pemimpin PRS iaitu sebuah Parti Sarawak dalam komponen Barisan Nasional mengenai 'seorang' pemimpin muda UMNO mengenai isu 'keluar malaysia' .

Beliau sedih dengan pemimpin Umno yang kerap bertanyakan soalan seperti: "Oh bila keluar Malaysia?" ketika berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya ketika menghadiri mesyuarat."Saya katalah saya tidak tinggalkan Malaysia. Saya hanya terbang dari Kuching. Itu mungkin kecil, tetapi ia menunjukkan pemikiran mereka.

Petikan The Birth of Malaysia
Bukan itu sahaja yang menarik perhatian Mr.J serta rakyat Sarawak keseluruhannya tetapi iaitu bagaimana Tan Sri James Masing 'membidas' atau 'sarcasm' dan hanya mengatakan "Itu sombong!" 

Jawapan yang merujuk kepada Datuk Seri Nazri Aziz Menteri Pelancongan ataupun Bapa kepada anak yang bercinta dengan janda hot mama iaitu Nora Danish yang memberi amaran Kristian Sabah Sarawak tidak boleh menggunakan perkataan itu di Malaysia Barat.

Satu sahaja ancaman terhadap "Persekutuan Negara Malaysia" iaitu seandainya majoriti wakil rakyat atau menteri Sarawak bersatu dan bersepakat berkata "kami 'keluar' daripada Persekutuan Malaysia".

Persoalannya sekarang adalah , Bolehkah ianya berlaku?

Tidak mustahil ianya berlaku, cuma bukan sekarang atau esok tetapi 'suatu hari nanti' sekiranya banyak isu 'sensitif' Sarawak dimainkan oleh menteri-menteri dari luar Sarawak.

Hal ini kita boleh 'lihat' serta 'rasa' sendiri bahkan 'menteri' dari Sarawak juga kelihatan 'kurang selesa' dan mula bangkit dan bersuara bila sesuatu isu tersebut melibatkan Sarawak. Biarpun boleh dikatakan dalam 'Aliran' Politik yang sama tetapi persefahaman diantara sosio-politik diantara Sarawak dan S.Malaysia adalah sangat berbeza sekali.

Setakat ini sahaja pendapat serta apa yang mahu Mr.J kongsikan kepada pembaca semua, mungkin artikel yang Mr.J luahkan ini 'bakal' menyakitkan sebilangan pembaca tetapi itu adalah realiti apa yang berlaku di malaysia ketika ini.

- Mr.J

Intergriti Nasional antara Semenangjung & Sarawak terjejas di laman sosial kerana Bolasepak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sentimen anti - 'negeri' diantara malaysia barat dan malaysia timur telah berlaku di fb-fb bolasepak di malaysia ini.

Hal ini tercetus semenjak sarawak dikatakan seolah - olah tidak layak untuk bermain di Piala Malaysia dan sekadar satu pasukan Cap Ayam.

Pada pusingan awal intergriti nasional tercemar bila dicetuskan oleh salah seorang dj radio di malaysia barat dan mula dari itulah 'intergriti nasional' dilihat memandang rendah pasukan daripada malaysia timur atau malaysia borneo seolah - olah Negara di Malaysia Timur tidak bermaruah .

Sekian lama penduduk di malaysia timur atau sabah & sarawak mendengar pelbagai cacian seperti memakai sirat , tidak bertamadun , duduk atas pokok atau tinggal dalam gua , kanibal dan pelbagai lagi cacian yang tidak enak didengar sehingga satu tahap masyarakat borneo iaitu Sabah & Sarawak menanam benih kebencian yang amat sangat kepada semenangjung iaitu malaya .

Dan ditambah lagi bila Pasukan Bolasepak Perak tidak puashati dengan kekalahan lantas dikatakan mengaitkan 'Sarawak' ada 'rasuah' maka tercetuslah sedikit sebanyak 'ketegangan nasional' . 

Sehingga tercetus sedikit 'ketegangan' di laman sosial dengan sentimen 'anti-malaya' ( merujuk kepada FAM & Menteri ) berlaku, adakah ini rentetan sejarah silam 'Ngap Sayot' yang dipimpin oleh Awang Mahyan suatu ketika dahulu bakal tercetus kembali.

Mungkin ini kerana , Sarawak selalu dipandang rendah sejak berkurun lamanya kini bangkit dan mula 'melawan kembali',

Ini semua berlaku kerana hampir segala sektor di malaysia akan di 'titikberatkan' atau diberi kepada orang 'malaya' sehinggalah jawatan - jawatan didalam kerajaan . Bukan itu sahaja , Gaji Minimun yang diusulkan oleh Menteri juga melebihkan orang malaya iaitu rm900 untuk malaya dan rm800 untuk Sabah & Sarawak.

Sehingga orang malaysia borneo atau Sabah & Sarawak merasa sangat dianak tirikan atau ketidakadilan berlaku terhadap mereka. 

Bagaikan sejarah 1988-1989 bolasepak sarawak, adakah ini pertanda Sejarah 'Awang Mahyan' bakal muncul kembali. Yang Pasti Stadium Sarawak pada 5/10/13 ini akan memperlihatkan kebangkitan penyokong yang tidak pernah dilihat. 

 - Mr.J

  mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Guru 'semenangjung' dikecam kerana tidak puas hati dihantar ke Pendalaman Sarawak serta mendakwa ada 'guru yang mati dibunuh'.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selamat Membaca Cikgu , disini Mr.J hendak berkongsikan satu sumber khas mengenai karenah - karenah cikgu tersebut . Sudah ramai kita mendengar keluh kesah mengenai Cikgu yang akan di'posting' ke pendalaman Sabah & Sarawak .


Rata - ratanya takut mungkin akan duduk 'atas pokok' ataupun memakai 'cawat' disana . Ternyata sebilangan Cikgu di Semenangjung masih lagi mentaliti tahap belum terbuka seperti enjin carian google maafkan Mr.J bukan semua tetapi Sebilangan.


Guru Terkilan tersebut mendakwa sehingga ada sebilangan Guru mati dibunuh bukan itu sahaja dia juga mendakwa ada yang terkena Ilmu Hitam Ghaib daripada masyarakat pendalaman Sarawak serta kurang selesa dengan orang Iban yang makan babi .

Tindakan serta kata Cikgu tersebut membuatkan sebilangan Guru yang mengajar di Sarawak berasa tidak puas hati kerana secara tidak langsungnya melibatkan kredibiliti Seorang yang bernama Cikgu atau Guru.


Ramai yang ingin menjadi cikgu tetapi beranikah anda menyahut cabaran sebagai seorang yang betul - betul Cikgu? atau ada sebilangan hanya mengambil 'kesempatan' dengan kemudahan yang kerajaan bagi terhadap Cikgu? . 

- Mr.J


mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©