Selamat Menyambut Hari Kekasih - Pesta Memasak bersama Mr.J, ada Ikan,Ayam,Telur,Sambal!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Semalam Mr.J rehat dirumah sahaja.. entah kenapa hati ini tergerak nak membinasakan dapur rumah, jadi Mr.J pun pergi ke kedai dan membeli barang - barang untuk dimasak sedangkan tak tahu apa yang hendak dimasak . 

Waktu memasak semua masakan ini mengambil masa 2 jam 15 minit dan berjaya mengalahkan Iron Chef versi bloggers hehehe...

Telur Goreng yang diberi nama khas oleh Mr.J yang bernama "Telur Mata Alien Cikabom bom Cak!"


Mungkin Mr.J agak taksub dengan dunia alien maka semalam Mr.J berjaya memasak Telur Mata Alien Cikabom Cak , resepi ini agak rahsia dan Mr.J tidak mahu berkongsi dengan sesiapa kerana khuatir persaing Mr.J akan menyalahgunakan resepi ini. Rasa Telur ini lemak didalam rangup diluar. Waktu Memasak 3 minit 17 saat.

Menu kedua adalah "Sup Ayam terdampar lena dipangkuanmu"


Ha..  gambar diatas pula adalah Masakan Kedua Mr.J yang diberi nama "Sup Ayam terdampar lena dipangkuanmu" resepi serta bahan - bahannya juga rahsia untuk dikongsi bersama apa yang Mr.J dapat bagitahu adalah bahan utama adalah seekor ayam , kaki ayam dan kepala ayam. Bukan apa hendak berahsia-rahsia ini maklumlah dunia digital apapun boleh jadi. Waktu Memasak : 1 Jam 2Minit.

                                  Menu Ketiga diberi nama "Ikanmu menangis ditepi ombak".


Ikan Goreng ini menangis di tepi ombak sewaktu Mr.J hendak menangkapnya jadi nama resepi diapun agak pelik. Cara mengoreng dia agak pelik berbanding dengan kaedah menggoreng biasa dimana anda harus memasang lagu Ombak Rindu bagi mengekalkan kerinduan anda kepada sidia. Waktu Memasak 25 minit.

Sambal Cicah "Khayalan Menjelma Kumilikmu"


Yang ini mesti ada dalam setiap menu masakkan Mr.J iaitu Sambal Cicah "Khayalan Menjelma Kumilikmu" ,  unik tak nama resepi Mr.J seunik orangnya jua.

Jadi ini sahaja resepi Hari Kekasih Mr.J resepi ke?.. semuanya rahsia .. itulah cinta seperti mana yang dinyatakan oleh Siti Nurhaliza dahulu biarlah rahsia..

Dan yang terakhir Pencuci Mulut adalah Aiskrim Magnum resepi ini anda boleh lihat dibelakang pembalut aiskrim sendiri. hahahah..


Jumpa lagi!


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©