EKSKLUSIF HALLOWEEN : Berdialog dengan Hantu, "Berhenti beri Presepsi Buruk Terhadap Hantu".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Artikel ini ditaip dan diterjemahkan oleh Mr.J dari alam "lain", ketika Mr.J sedang menaip artikel ini kelihatan beberapa sekumpulan Pocong sedang berhimpun sambil berteriak "Bubarkan Ikatan Kaki kami, Kami mahu berjalan dan bukanya Melompat!!" teriak salah seorang perserta di perhimpunan itu.

Bergitu juga bunyi hilaian tragis Langsuir sambil disahut oleh gemaan ketawa oleh saudara jauh mereka iaitu Pontianak dari arah bertentangan amat membangkitkan suasana hening pilu sekali.

"BERJALAN HAK KAMI!!" Pocong mahukan Perubahan dan bukannya terus "Melompat"
Tiada apa yang dapat diluahkan bahkan mulut anda akan terasa kaku sekiranya anda berada disini. Berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya, rasanya mungkin peribahasa melayu ini cukup sesuai untuk membandingkan mereka.

Kami hanya minta tolong manusia bukakan ikatan kaki..
Salah seorang daripada himpunan tersebut memberitahu kepada Mr.J bahawa ketika ini rakan mereka iaitu Vampire dari luar negara sedang sibuk melakukan jamuan untuk malam nanti dan mencari pakaian yang terbaik untuk digayakan ini kerana Perayaan Halloween hanya datang sekali setahun sahaja iaitu 31 Oktober.

Dahulu pernah "hantu - hantu" ini pernah berjasa dengan manusia tetapi sifat manusia seperti bongkak dan ego yang tinggi menyebabkan hubungan "silahturahim" diantara manusia telah terhakis.

Mungkin anda pernah mendengar kisah di mana cerita mengenai penduduk kampung meminjam sejumlah perkakas dengan penduduk Bunian seperti periuk belanga, piring, gelas dan sebagainya apabila ada maljis keramaian. Tetapi manusia ini diseumpamakan diberi betis hendak dada ayam dengan sering tidak mengembalikan secara jujur dengan ada yang mengambil kesempatan untuk disimpan dirumah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja banyak nilai - nilai murni tersemat di kalangan hantu, jembalang atau mambang lantak korang nak sebut apa janji hantu iaitu bagaimana pemuda kurus keding kerepot bernama Badang menjadi kuat seperti Hulk?

Menurut penceritaan mulut ke mulut sebelum ketibaan emel mengatakan bahawa Mambang Tanah yang tercekik tulang ikan akibat terpaksa mencuri ikan dalam bubu si Badang.

Mambang Tanah merayu untuk tidak "dibunuh" dan minta dilepaskan, atas dasar nilai silahturahim antara manusia dan makhluk halus masih utuh ( rujuk kisah bunian di perengan atas tadi ) maka Badang pun melepaskan Mambang tersebut, melihat keadaan seperti itu membuatkan Mambang Tanah berasa sebak dengan keikhlasan Badang dan menawarkan untuk memberikan "kekuatan" kepada Badang dan inilah nilai bertolak ansur terjalin.

Tentu pembaca akan mengatakan bahawa "hantu tetap hantu dan mereka jin!!". Tapi kita tidak tahu kenapa Mambang Tanah terpaksa mencuri ikan badang, mungkin beliau telah tersesat dalam hutan ataupun sumber ikan di kawasannya telah pupus akibat pencemaran pembalak haram. Whos Know?

Kemalangan di Highway bukan dilakukan oleh ahli kami.
Seperti luahan nasib Pontianak juga yang bukan selalu memunculkan diri dan yang sebenarnya Pontianak mahu mencari teman berborak atau sekadar mengadu kisah sahaja kerana dia juga pernah merasa menjadi manusia dan dia juga tidak pernah meminta untuk menjadi Pontianak.

Adakah hanya kerana dia terkorban bersama anaknya yang masih dalam kandungan maka manusia boleh memberikan pelbagai preseptif yang buruk. Mr.J sempat berborak seketika dengan Kak Ton ehh~ Kak Pon.

Beliau meminta manusia janganlah memandu selaju yang mungkin jika tersempak dengannya di jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan bahkan sehingga sekarang ramai rakan - rakan Kak Pon dipersalahkan dalam hal tersebut tetapi mereka manusia tidak merasakan kepayahan yang dirasai apabila terpaksa berjalan kaki sambil mengendong anak semata - mata untuk membeli lampin.

Sejak kecil dari berlapis - lapis keturunan manusia telah diterapkan nilai momokkan bahawa segala yang tidak baik itu dari makhluk halus eleh manusia tu baik sangatlahkan. 

Sebelum manusia pandai berdikari dari aspek kecantikkan diri terlebih dahulu manusia harus berterima kasih kepada hantu yang banyak memperkenalkan "susuk" pada zaman era kesultanan dahulu sehingga sekarang Hantu Susuk masih memberikan perkhidmatan dari pelbagai aspek seperti kaunseling kecantikkan luaran dan dalaman tetapi tidak seperti dahulu kalau dulu boleh diberikan percuma tapi kini tiada ianya agak mahal dan berpakej lebih - lebih lagi kemeningkatan kadar gst negara.

Tapi jangan risau kerana menurut penjelasan Hantu Susuk tahun depan akan ada 3 peringkat diskaun menarik ditawarkan sejajar dengan pemberian BR1M 3 kali setahun.

Baiklah, Mr.J rasa setakat ini sahaja liputan mengenai Halloween di malaysia dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Halloween kepada seluruh rakyat malaysia dan hantu kirim salam "disinilah lahirnya sebuah cinta".

Ambillah waktu ini sebagai waktunya kita sebagai manusia bersama - sama merayakan serta bergembira dengan mahluk halus demi mengeratkan hubungan silahturahim dan sebagainya.

Hantu Para Pembesar yang mahu menawarkan Mr.J Pangkat Datuk.
Selepas selesai sesi berdialog, Mr.J telah ditawarkan untuk diberikan pangkat darjat membawa gelaran Datuk oleh pembesar "disana" tetapi terpaksa menolak atas sebab - sebab tertentu. *Sifat hantu pun dah menyerupai sifat manusia. 

Ketika ini Mr.J sedang menanti pernerbangan WH37Q untuk kembali ke "dunia" dan tersempak dengan bomoh 1malaysia & rakannya yang sedang giat mempromosikan air kelapa tua. 

- Mr.J 

Salam Halloween untuk Semua Manusia dan Seluruh Penghuni Bumi!

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Cara membuat "Tuak" Perisa Nanas, Uniknya pembuatan 'Wain' Masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". Ms.DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Uniknya Pembuatan 'wain' masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". -bersama MizzDjp.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Dayak, kaum Iban Khasnya terkenal dgn pembuatan 'wain' mereka tersendiri yang lebih di kenali dengan nama 'air tuak' atau lebih realistik dan mesra alam di sebut sebagai 'air pengayu'.

Air "Tuak" juga mempunyai Perasa Nanas
Air tuak adalah sejenis minuman tradisi yang beralkohol 'semulajadi' oleh masyarakat Iban sama ada untuk sebarang perayaan, aktiviti tradisional atau sekadar untuk menyambut tetamu yg datang. 

Kenapa saya mengatakan ianya semulajadi? Ini kerana ia di perbuat drpd bahan-bahan yg cukup simple dan mudah diperolehi tanpa bahan tambahan pengawet seperti alkohol yang anda beli di kedai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit resepi tradisional dalam pembuatan air tuak ini. Namun, apa yang uniknya kali ini saya membongkar sesuatu yang di luar kebiasaan dalam pembuatan air tuak berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa hari yang lepas. 

Lazimnya, air tuak ini di perbuat daripada nasi atau pulut tapi kali ini Air Tuak MizzDjp di perbuat daripada buah nenas. Anda tidak yakin? Baik lah.. sila cuba resepi ini untuk puaskan hati anda sendiri.

Bahan utama:
Buah Nenas (yg sudah masak dan rasanya manis)
- Ragi
- Gula
- Sedikit air

(Kuantiti kesemua bahan2 di atas adalah terpulang kepada berapa banyak yg anda rancang nak buat dan saiz buah nanas anda)

Cara - cara :
1. Kupas buah nenas dan kisar sehingga halus.

2. Kemudian rebus dan tambah kan sedikit air (secukup rasa, sebab kalau terlampau byk air nenas jadi tawar dan kurang rasa)

3. Semasa merebus nanas, rebus sehingga kandungannya agak mendap kebawah dlm anggaran setengah tunjuk kemudian padamkan api. (dalam sejam atau lebih) menggunakan periuk besar.

4. Biarkan seketika sehingga sejuk. Kemudian, masukkan gula dan ragi yang telah di tumbuk halus dan kacau sehingga betul2 sebati. Sukatan gula dan ragi juga secukup rasa bersama kuantiti buah nenas tadi.

5. Akhir sekali simpan di dalam bekas yang bersih dan selamat. Dalam masa 2 atau 3 minggu atau mungkin kurang dari itu, wain nenas anda sudah boleh di hidangkan kepada tetamu.

TIPS;
- pastikan buah nenas anda adalah jenis nenas yg manis dan bukan nya masam. Ketepatan pemilihan buah nenas amat mempengaruhi keberjayaan wain pengayu anda dari segi rasa.

- pastikan nenas yg di rebus tadi betul2 telah sejuk sebelum menambahkan gula dan ragi.

- pastikan bekas untuk menyimpan wain pengayu anda kering dan bersih. Kalau boleh jemur terlebih dahulu.

- selain daripada nenas, wain pengayu tadi boleh di perbuat daripada buah pisang, apple atau anggur dengan cara yg sama. Asalkan anda mampu.

Sekian. Selamat Mencuba.


Hari Kekasih : Apa yang anda harapkan daripada Kekasih?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hari Kekasih atau lebih senang disebut Valentine Days, hari tersebut jatuh pada 14 Febuari setiap tahun ianya disambut dengan penuh romantik dan luahan rasa cinta yang melibatkan dua individu yang sedang bercinta.
Hari Kekasih , pelbagai perkara luar jangkaan berlaku
Disini pembaca mungkin mahu ataupun ingin menyangkal bahkan memboikot Sambutan Hari Kekasih serta ada yang membuat kempen "kesedaran" di laman sosial dan itu adalah terpulanglah kepada kepercayaan masing - masing.

Mungkin anda adalah salah seorang yang sangat gembira hari ini kerana menerima sejambak bunga berserta hadiah bahkan mungkin anda seorang yang 'agak' bersedih sekarang kerana anda "forever alone" sepertimana Mr.J lalui sekarang.

Jadi sekiranya anda 'forever alone' maka Mr.J cadangkan anda menyambut dengan membeli beberapa minuman beralkohol sambil mendengar lagu rentak Dangdut, kerana ianya telah terbukti mampu mengurangkan tekanan perasaan anda bahkan lengokkan irama Dangdut Goyang Maut mungkin sedikit sebanyak menceriakan Hari Kekasih anda.

Bagaimana pula yang ada kekasih? apakah yang anda harapkan daripada insan yang anda cintai adakah harapan akan terus kekal setia menyintai sehingga ke neraka ataupun ke syurga atau terus ke ........ untuk menyemarakkan rasa cinta dengan lebih hangat sehangat lautan asmara?


"Selamat Menyambut Hari Kekasih kepada semua pembaca serta semua rakyat Malaysia serta Salam forever alone" - Mr.J


+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Bagaimanakah Masyarakat Melayu & "Bukan Melayu" yang beragama Islam menyambut ''Merry Christmas" bersama Kristian Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Berikut dibawah adalah pengalaman penulis iaitu Mohammad Nazrin Hatta iaitu seorang penganut Agama Islam di Sarawak. 

Masyarakat Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan menurut statistik, Sarawak mempunyai penduduk yang majoriti beragama Kristian yang ramai terdiri daripada kaum Bumiputra BUKAN Melayu seperti bangsa Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Orang Ulu, Bisaya dan Lun Bawang. 

Agama Islam adalah agama kedua terbesar. Saya sebagai seorang Muslim dari Sarawak tidak merasa apa-apa ancaman walaupun berasal dari tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

Melihat paderi, biarawati, mubaligh Kristian di sana sini sudah menjadi kebiasaan buat kami umat Islam di Sarawak. 

Ramai ibu bapa yang beragama Islam di Sarawak menghantar anak mereka ke sekolah Kristian, salah seorang daripada para pelajar Muslim yang bersekolah di sekolah Kristian adalah saya sendiri.

Senarai sekolah Kristian yang ada di Kuching, Sarawak adalah St. Thomas` School, St. Mary`s School, St. Joseph`s School, St. Theresa`s School, Catholic English School, St. Paul`s School, dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian. Namun tiada kes pelajar Islam murtad apabila bersekolah di sekolah Kristian di Sarawak.

Sambutan Krismas di Sarawak adalah paling meriah berbanding dengan tempat lain di Malaysia. Sebulan lebih sebelum Krismas, banyak shopping complex telah dihiasi dengan hiasan seperti pokok Krismas, lampu dan yang paling bestnya, lagu Krismas yang tidak berhenti dimainkan. Namun, itu tidak memberi impak dan issue kepada kami umat Islam di Sarawak.

Christmas visit to the house of the Lord Bishop of Southeast Asia, Rt. Revd. Datuk Bolly Lapok at St. Thomas` Cathedral (Anglican Diocese) Kuching City, SARAWAK KINGDOM
Pada Hari Krismas, kami umat Islam berkunjung ke rumah rakan kami yang beragama Kristian atas dasar persaudaraan dan penyatuan antara agama. Rakan kami yang beragama Kristian di Sarawak juga mengetahui sedikit sebanyak tentang halal/haram menurut perspektif agama Islam kerana kami saling berkongsi ilmu tentang agama Islam kepada mereka, sama juga dengan mereka.

Juga berkongsi ilmu tentang agama Kristian kepada kami umat Islam di Sarawak tetapi atas dasar ilmu, bukan untuk murtad atau memurtadkan sesiapa. 

Mr.J juga adalah bekas pelajar sekolah Mubaligh Kristian iaitu SMB Sacred Heart Sibu, Sarawak.
Saya pernah mengunjungi rumah rakan kepada ibu saya yang beragama Kristian Katolik berbangsa Iban semasa Hari Krismas. Jika anda ingin tahu, makanan yang dihidangkan kepada kami memang 100% HALAL kerana yang memasak lauk2 hidangan semasa rumah terbuka Hari Krismas rakan ibu saya itu adalah jirannya, yang merupakan seorang Muslim. 

Rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini memberi upah memasak lauk kepada jirannya yang Muslim ini utk hidangan ketika rumah terbuka Hari Krismas beliau. Bahan untuk memasak dibeli oleh rakan ibu saya sendiri cuma jirannya yang beragama Islam ini tolong memasak lauk utk dihidangkan ketika rumah terbuka Hari Krismas tersebut dengan menggunakan bahan - bahan yang telah dibeli tadi. 

Semua masakan dimasak di rumah jirannya yang Muslim itu. Apabila sudah habis dimasak, lauk itu dihantar dalam perkakas ke rumah rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini untuk dihidangkan kepada para tetamu semasa rumah terbuka Hari Krismas keesokan harinya. 

Kesimpulanya, kami masyarakat Sarawak tiada issue antara satu sama lain kerana kami telah belajar dan diajar untuk BERTOLERANSI dan MENGHORMATI AGAMA LAIN sejak kami masih kecil lagi. Dan itulah uniknya tentang Sarawak. 

Oleh Saudara Mohammad Nazrin Hatta @ Naz Ryan Winchester Hatta ~ Anak Negara Sarawak ~

- Mr.J, memang patut Ibrahim Ali Ngo Pertubuhan Perkasa Perjuang 'Melayu' dihalang masuk ke Sarawak kerana boleh mengugat keharmonian di Sarawak.

Jom Kenal: Masyarakat Punan di Sarawak, Borneo . "Jik Kayo , Jik Tuju"

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Masyarakat Punan apatah lagi melihat , baiklah kali ini Mr.J hendak bicara serba sendikit mengenai Masyarakat Punan ini. Tapi sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya ada silap .

Etnik Punan terbahagi kepada Punan Pedan, Bah dan Biau. Tiada perbezaan antara ketiga-tiga puak tersebut. 

Bagi Mr.J , masyarakat Punan memilikki kulit yang cerah dan jikalau melihat mereka di kawasan Bandar mungkin anda tidak dapat membezakan antara etnik masyarakat Cina .

Boleh dikatakan semua penempatan mereka bertumpu di kawasan berbukit dan berhampiran sungai.'Punan Bah' adalah kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Mereka adalah berbeza, tidak berkaitan dengan Masyarakat Penan .

Felicia, merupakan anak Punan pertama yang menjawat jawatan bertaraf penguasa di Jabatan Imigresen Malaysia.

Kebanyakkan golongan terutamanya yang lebih muda, lebih berpendidikan, secara beransur-ansur berhijrah ke kawasan bandar seperti Bintulu, Sibu, Kuching dan Kuala Lumpur dalam mencari kehidupan yang lebih baik. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak meninggalkan rumah panjang mereka sama sekali. Ramai masih akan pulang ke rumah - terutamanya semasa perayaan utama seperti Pesta Menuai / atau perayaan Bungan kerana ia dikenali di kalangan Punan.

Permandang Rumahpanjang Masyarakat Punan, Sarawak. PNA

Sebelum kedatangan Kristian ke Sarawak , Borneo , masyarakat Punan menganuti agama tradisional adalah satu bentuk animisme dikenali sebagai "Besavik".

Sedikit Bahasa Punan :
1. Nu denge nu? - Apa khabar awak?
2. Nu ngaro no? - Siapakah nama anda
3. Tupu koman si - Sudah makan tengahari / makan / sarapan?
4. Tupu moum seh kou? - sudah mandi kamu?

Ini baru sebahagian daripada Ratusan Etnik yang ada di Borneo dan masih banyak lagi akan dikongsikan kepada semua pembaca.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apa itu Air 'Tuak' ? yang dikenali sebagai Air Panjang Umur bagi Masyarakat Dayak di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Air Tuak , adalah sejenis minuman yang wajib ada apabila tibanya waktu Perayaan Hari Gawai Dayak pada setiap Jun di Sarawak adalah tidak 'Ngam' sekiranya tiada Air Tuak semasa Hari Gawai.

"Jom Undi Blog ini untuk Anugerah Digi WWWOW!!!"

Air Tuak mempunyai persamaan dengan Air 'Tapai' di Sabah tetapi berbeza cara pembuatannya mengikut 'aliran' sekitar penempatan masing - masing.

Air Tuak sentiasa diletakkan di 'Ruai' Rumah Panjai sewaktu Hari Gawai.

Penyediaan Air Tuak ini perlu menjalanani beberapa fasa dan juga beberapa Patang Larang . Seperti yang diberitahu kepada Mr.J bahawa sekiranya si penyedia atau si pembuat air Tuak.

Individu yang membuat air Tuak tidak boleh membawa makanan atau buah - buahan yang bersifat 'Masam' berdekatan dengan kondisi tempat simpanan air Tuak kerana kuartir akan menyebabkan Air Tuak menjadi 'Masam' dan tidak boleh diminum maka akan dibuat dan ini akan mengakibatkan pelbagai Kerugian diantaranya kerugian masa dan penat lelah.

Dahulu Air Tuak diperam didalam Tempayan selama beberapa bulan malah beberapa Tahun. - Mr.J

Bahan - bahan untuk membuat Tuak terdiri daripada Nasi Pulut , Ranggi dan Gula serta tiada bahan kimia digunakan dan ianya adalah selamat dan lebih bersifat semulajadi mesra alam. Bagaimanapun Proses membuatnya adalah rumit sekali.

Tempoh masa untuk diperam adalah linkungan 3 Bulan ke beberapa tahun lebih lama Tuak tersebut diperam maka lebih 'Jernih' serta 'Kuat' rasanya dan lebih 'bernilai' bagi masyarakat Dayak khasnya Masyarakat Iban.

Anda teringin hendak merasai sendiri pengalaman menyambut Hari Gawai Dayak di Sarawak? Jom Ikut Mr.J balik kampung tahun depan.

- Mr.J "Jom Undi Blog ini untuk Anugerah Digi WWWOW!!!"


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Ohhhaaaaa!!!! Selamat Hari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai!!! dan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Amboi!~ Semangat sungguh Mr.J , hari ini tinggal beberapa hari lagi dimana Pesta Perayaan yang cukup besar di Kepulauan Borneo iaitu Sabah , Sarawak dan Kalimantan dimana Pulau Borneo yang didiami oleh Majoriti Etnik Dayak dan juga beberapa Sub Suku Dayak.

Tidak lupa pula dengan Selamat Hari Kaamatan kepada Etnik Kadazan Dusun di Sabah ( North Borneo ) .

Hari ini Mr.J hendak cerita sedikit mengenai Perayaan Hari Gawai Dayak yang penting tidak keluar iklan di mana-mana stesen TV. 


Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak bergitu juga dengan Dayak di Kalimantan dan Dayak di Sabah, terutamanya Iban dan Bidayuh dan Dayak. 

Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. 

Selamat Kaamatan & Selamat Hari Gawai kepada semua pembaca kami.

Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. 

Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. 

Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Gawai Dayak juga satu cara mengeratkan hubungan keluarga dimana seluruh ahli keluarga yang jauh akan balik ke rumah panjang bertemu dengan sanak dan saudara .

Selalunya acara pertandingan Ratu Cantik yang dipanggil Kumang Gawai dan Pertandingan Keling ( Pahlawan Tersegak / Gagah dengan Kustom Tradisional ) akan diadakan。

Pesta Hari Gawai ini selalunya berlanjutan hingga keesokkan paginya.

- Mr.J


Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Selamat Menyambut Hari Kekasih - Pesta Memasak bersama Mr.J, ada Ikan,Ayam,Telur,Sambal!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Semalam Mr.J rehat dirumah sahaja.. entah kenapa hati ini tergerak nak membinasakan dapur rumah, jadi Mr.J pun pergi ke kedai dan membeli barang - barang untuk dimasak sedangkan tak tahu apa yang hendak dimasak . 

Waktu memasak semua masakan ini mengambil masa 2 jam 15 minit dan berjaya mengalahkan Iron Chef versi bloggers hehehe...

Telur Goreng yang diberi nama khas oleh Mr.J yang bernama "Telur Mata Alien Cikabom bom Cak!"


Mungkin Mr.J agak taksub dengan dunia alien maka semalam Mr.J berjaya memasak Telur Mata Alien Cikabom Cak , resepi ini agak rahsia dan Mr.J tidak mahu berkongsi dengan sesiapa kerana khuatir persaing Mr.J akan menyalahgunakan resepi ini. Rasa Telur ini lemak didalam rangup diluar. Waktu Memasak 3 minit 17 saat.

Menu kedua adalah "Sup Ayam terdampar lena dipangkuanmu"


Ha..  gambar diatas pula adalah Masakan Kedua Mr.J yang diberi nama "Sup Ayam terdampar lena dipangkuanmu" resepi serta bahan - bahannya juga rahsia untuk dikongsi bersama apa yang Mr.J dapat bagitahu adalah bahan utama adalah seekor ayam , kaki ayam dan kepala ayam. Bukan apa hendak berahsia-rahsia ini maklumlah dunia digital apapun boleh jadi. Waktu Memasak : 1 Jam 2Minit.

                                  Menu Ketiga diberi nama "Ikanmu menangis ditepi ombak".


Ikan Goreng ini menangis di tepi ombak sewaktu Mr.J hendak menangkapnya jadi nama resepi diapun agak pelik. Cara mengoreng dia agak pelik berbanding dengan kaedah menggoreng biasa dimana anda harus memasang lagu Ombak Rindu bagi mengekalkan kerinduan anda kepada sidia. Waktu Memasak 25 minit.

Sambal Cicah "Khayalan Menjelma Kumilikmu"


Yang ini mesti ada dalam setiap menu masakkan Mr.J iaitu Sambal Cicah "Khayalan Menjelma Kumilikmu" ,  unik tak nama resepi Mr.J seunik orangnya jua.

Jadi ini sahaja resepi Hari Kekasih Mr.J resepi ke?.. semuanya rahsia .. itulah cinta seperti mana yang dinyatakan oleh Siti Nurhaliza dahulu biarlah rahsia..

Dan yang terakhir Pencuci Mulut adalah Aiskrim Magnum resepi ini anda boleh lihat dibelakang pembalut aiskrim sendiri. hahahah..


Jumpa lagi!


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gambar Babi Saya : Saya ada membela 2 ekor Babi dan kini sudah Besar.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Anda ada haiwan peliharaan yang comel dan manja? Kucing atau Hamster mahupun Anjing?, lain pula dengan Mr.J , Mr.J mempunyai haiwan belaan iaitu 2 ekor Babi Hutan yang kini dibawah jagaan Nenek Mr.J di Kampung . 

Babi ini semasa ditangkap Mr.J masih lagi kecil dan kematian Ibunya semasa Mr.J menjumpa dikawasan lereng hutan berdekatan dengan tempat tinggal Mr.J jadi saban hari Mr.J serta rakan menjadi penyiasat untuk mengekori anak Babi tersebut dan akhirnya mengesan Sarang Babi tersebut. 

Nenek Mr.J dikampung sedang memberi Babi Mr.J Makan..Jinak tau..

Setelah persiapan tanpa perancangan dibuat maka Mr.J serta rakan Mr.J pun bersetuju untuk menangkap anak babi tersebut waktu petang semasa tidur. 

Kami berjaya menangkap anak babi sebanyak 4 ekor , kesian Mr.J tengok Anak - anak Babi ini kesejukkan tidur tanpa Ibu kerana Ibu mereka telah ditembak oleh pemburu. 

Jadi Mr.J pun membawa balik anak Babi ini dan 2 ekor untuk rakan Mr.J manakala selebihnya untuk Mr.J . Dan kini 2013 , Mr.J mendengar berita dari kampung Mr.J bahawa Babi Mr.J telah pun beranak Pinak dan membesar. 

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Pengerindu.com Mengucapkan Merry Christmas & Happy New Year 2012 kepada Semua.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selamat menyambut Hari Krimas yang mulia pada tahun ini dan juga Selamat Menyambut kedatangan Tahun baru 2013 kepada seluruh pembaca yang mengunjungi blog ini.

Dengan ini saya Mr.J mewakili blog/fbpage memohon maaf sekiranya ada membuatkan sebilangan anda tersinggung secara langsung dan tak langsung dan juga bakal tersingung.



1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Uniknya Sarawak, Borneo . - Makanan, Wajah serta masyarakat Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Uniknya Sarawak , ya itulah yang selalu Mr.J dengar daripada rakan - rakan yang pernah mengunjungi Sarawak . Waktu pack atau fullhouse pernerbangan ke Sarawak adalah pada bulan December , May , June serta July dan jika anda membeli ticket Airasia ataupun MasAirlines pada waktu dekat dengan percutian anda maka anda kemungkinan akan kehilangan sejumlah *RM500-*RM600 untuk bayaran pergi sahaja .  

*Info : Sarawak mempunyai lebih daripada 8 Lapangan Terbang .

Kenapa mahal? * yang last minute pay memanglah mahal . Harga sebenarnya untuk pulang balik dari Sarawak ke KL bergantung kepada dimana lapangan terbang yang anda hendak berhenti dan yang paling kerap adalah 3 Bandar Utama Sarawak iaitu Kuching , Miri dan Sibu.

*Info : Sarawak mempunyai 3 Buah Bandaraya iaitu Kuching , Miri , Sibu *Bintulu ( bakal ). 

Disini Mr.J menyediakan beberapa tips penting sekiranya anda ingin mengujungi tempat Mr.J , dan Mr.J hanya akan berada pada bulan June untuk tahun depan 2013 ( kalau nak ikut sila email Mr.J di admin@pengerindu.com ) dan akan menghabiskan masa selama 2 minggu di Sarawak kerana Bulan June adalah Bulan menyambut Hari Gawai iaitu perayaan Terbesar bagi kaum Dayak Iban Khasnya dan beberapa Sub Etnik Dayak di Sarawak.

Sayur Daun Sabung



Ikan Lempis Banggah & Entebalang




Makanan Special Sayur Hutan di Sarawak.Borneo







Ulat Lamas . 
Lamas ini dijumpai pada pokok durian yang telah habis daunnya dimakan Lamas. Lamas ini akan jatuh dari daun-daun atas pokok durian ke atas tanah. Jadi Lamas ni perlu dicari dengan cara menggali sedikit tanah pada pokok durian itu.


Laksa Sarawak  
laksa ini sungguh berbeza daripada mana - mana laksa di malaya kerana laksa sana mee dia gemuk di Sarawak Laksa mee dia kurus hehehe ..
Laksa Sarawak , Resepi asli hanya di Sarawak

Ulat Sago
Inilah makanan esotik yang agak mahal di Sarawak dan harganya adalah RM1 untuk seekor rasanya pula lemak berkrim dan disukai ramai . Ulat ini tidaklah beracun ataupun kotor kerana ianya hanyalah memakan isi daripada Pohon Sago yang terdapat banyak di sekitar Sungai Rajang hingga ke Mukah dan Daerah Dalat.

RM10 1Mangkuk dianggarkan mempunyai 10 ekor.
Umai Sarawak
Umai adalah dimana Ikan ataupun Udang dimakan dengan mentah sebelum itu diperam dengan air limau nipis , cili , bawang merah dan sebagainya .

Mr.J tahu membuat umai udang.. :)

Linut

Linut - slluurpppp..daripada tepung Pohon Sago banyak terdapat di Mukah serta Dalat - Makanan Tradisional Orang  Melanau.


Linut , daripada Tepung Pokok Sago.

Baiklah , bab makanan Mr.J dah hidangkan. Bagaimana pula dengan sikap penduduk Sarawak? masihkah mereka tinggal atas pokok dan memenggal kepala manusia? * yang ini siapa bagi soalan macam tu kat Mr.J siaplah ko kena ceramah free .

Baiklah sekiranya anda ingin merasai tinggal atas pokok .. kununnyalah kan sebab ramai sangat epic yang mengatakan orang sarawak tinggal atas pokok. Maka anda perlulah sediakan lingkungan RM1000 untuk merasai bagaimana tinggal atas pokok oh ya , dilengkapi dengan kemudahan Internet , Air Panas, dan sebagainya.
A Tree House at Permai Rainforest Resort, Sarawak
Baiklah kita tinggalkan pasal "Orang Sabah & Sarawak tinggal Atas Pokok" cuma yang budu sahaja tanya soalan macam itu.

Bagaimanakah Muka Orang Sarawak?
Orang Sarawak dah lah tinggal atas pokok mestilah wajah macam Orang Utan kan. , korang tengoklah sendiri gambar dibawah dan sila abaikan gambar ketiga kerana dikuartiri sebilangan wanita trauma .


( Pemuda Sarawak ) Mr.J pun tumpang interframe sikit okay.. 

Akan Bersambung .... kalau Mr.J rasa rajin nak sambunglah... 

Bayi dikorbankan menjelang Hari Raya Aidil Adha?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sedang Masyarakat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha lain pula terjadi di Kangar iaitu Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.


Menurut Laporan daripada Kosmo Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Terkini: Tiga parah selepas dua gerabak Ekspres Wau tergelincir di Merapoh.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

KUANTAN:11 penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada jam 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui.


Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian.

Abdul Razak berkata, punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Sumber : Bharian

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Hari Gawai Dayak 2012 Update : Gambar sekitar Sambutan Gawai Dayak di Sibu, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Lama sungguh Mr.J tidak membuat "update" pada weblog ini, bukan apa Mr.J telah pun berada di Sarawak pada tanggal 31 May lepas untuk menyambut Hari Gawai Dayak dan reunion kecil - kecilan dengan sahabat lama di kampung.

Disini Mr.J memuatkan beberapa gambar yang diambil oleh Jurugambar pengeRindu iaitu Mr. Remy dan Mr.J memohon maaf kerana tiada Video kerana ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

Dari kiri : Lutek , Phusus , Mr.J

Gambar diatas adalah pada 8 June 2012 iaitu Reunion bersama rakan - rakan lama di kampung dan ada yang tidak pernah jumpa sejak 3 tahun lepas.

Dari kiri : Nobert , Remy, Lutek , Ramus , Phusus . - Berdiri : Mr.J & Aran

Dari kiri : Lutek , Remy & Nobert



Sila jangan meniru aksi "lasak" ini.

Mr.J Akibat terlebih Minum Tuak & Bir dan banyak lagi .

Pokok Ranyai iaitu kemestian ada di setiap rumah panjang , pada 1 June Mr.J sempat melawat Rumah panjang rakan Mr. Remmy di Melangan Bawang Asan.

Mr.J bersama Mr. Boney

Sekali lagi aksi ini tidak sesuai untuk ditiru hanya pakar sahaja.


Jejak Kasih : Mr. Noberth dan Mr. Remmy yang terpisah 3 tahun lepas. - Reunion Geng
Mr. J sempat mengambil beberapa gambar menarik di sekitar Rumah Panjang di Melanggan , Bawang Assan Sibu , Sarawak. Gambar diatas adalah berlatar belakangkan "piring" .

Mr. J bersama Pahlawan Iban dengan Baju tradisional .

Gambar diatas adalah korban untuk upacara "Sandau Ari" . Seekor Babi akan dikorbankan . yum yum...

Para penduduk Rumah Panjang memalu gong pada Hari Gawai. Tradisi yang harus diteruskan dan kini semakin berkurangan anak muda Sarawak khasnya kaum Iban Dayak memperlajari Seni alat musik tradisional ini.

Dan ini dia Jurugambar Mr. Remmy yang bertungkus lumus memastikan pembaca weblog ini dapat melihat bagaimana Hari Gawai dirayakan.

Secara amnya Sambutan Hari Gawai Dayak tahun 2012 boleh dikatakan meriah kerana Mr.J sendiri setiap malam agak tidak "sedarkan" diri atas penangan Air Tapai atau Tuak .

Mr.J akan kembali ke Negeri Sembilan pada minggu depan. Sentiasa merindui kampung halaman. Jumpa lagi Gawai Dayak 2013.

*Mr J : Aram ngirup baru kitai!

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©