MIRI: Seorang penjaga sebuah premis yang ditangkap kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin judi atas talian secara haram diperintahkan Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.Suspek, 25, dari Permyjaya di sini telah diperintahkan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur jenayah.
SIBU: Seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau selepas kehilangan seutas jam tangan dan dompetnya ketika sedang tidur di dalam keretanya di Jalan Pahlawan, di sini malam Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada jam 9 malam, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an sedang menunggu ketibaan abangnya dari Kuching di Terminal Bas, di sini apabila dia menyedari jam tangan dan dompetnya hilang.Menurut laporan, mangsa dikatakan tertidur di dalam kereta difahamkan tidak mengunci pintu keretanya.
KUCHING: Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa telah dirompak seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika dalam perjalanan pulang ke hostelnya, awal pagi semalam.Mangsa, 32, memberitahu, semasa kejadian dia berjalan seorang diri menuju ke hostelnya yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan kedai di Batu Kawah di sini sekitar jam 3.30 pagi.Menurutnya, ketika berada di tangga bangunan kedai tersebut, dia telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan terus mengacukan pisau di lehernya dari arah belakang.
KUCHING: Seorang remaja lelaki membuat laporan polis semalam mendakwa telah dibelasah sekumpulan lelaki di pekarangan sebuah sekolah menengah di Green Road, kelmarin.Mangsa, 15, memberitahu semasa kejadian dia baharu sahaja selesai sesi persekolahan sebelum didatangi lima lelaki yang juga pelajar sekolah berkenaan sekitar jam 1 petang.Kelima-lima lelaki tersebut kemudian telah meminta wang daripada mangsa dan mengugut akan membelasah mangsa jika mangsa enggan memenuhi permintaan mereka.
MIRI: Mahkamah Majistret, di sini telah mengeluarkan waran tangkap ke atas dua lelaki yang dituduh cuba melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki lain setelah didapati gagal hadir untuk sebutan kes semalam.
Pada masa sama, Majistret Lovely Natasha Charles turut mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas saksi kedua-dua tertuduh yang juga gagal hadir di mahkamah semalam.Mahkamah memerintahkan waran tangkap dan notis itu dikembalikan pada 18 Mac ini.Kenny Oii Cheong Sin, 34, dari Taman Kok Lian, Kuala Lumpur dan Johnny Balan Njau, 22, dari Jalan Kampung Bintang, Taman Bintang, Perak telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
0 comments:
Post a Comment