BELAGA : Bot Karam di Giam Mikai Belaga mengorbankan seorang Pembantu Kesihatan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
BELAGA, 15 Oktober 2014. Seorang Pekerja iaitu Albercher Aaron ak Albert MEDICAL ASST. berbangsa Bidayuh dari Jabatan Kesihatan Punan Belaga terkorban apabila sebuah Bot yang dinaiki sekumpulan staff Jabatan Kesihatan telah karam di kawasan Giam Mikai. Rakan mangsa Ngui Koh Hua serta Davis Deskeen ak Akang terselamat.

gambar hiasan
Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Ng Merit ke Punan Bah di Belaga, punca dikatakan akibat perahu bot dikatakan telah terlanggar dengan objek keras. 

Mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai tidak sedarkan diri dan terus diberi bantuan CPR bagaimanapun mangsa tidak dapat diselamatkan serta telah disahkan meninggal dunia di Hospital Bintulu, Sarawak.

Untuk rekod, kawasan sungai belaga telah meragut beberapa puluh nyawa. rujuk rekod Bot Karam

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Dimana Lokasi untuk "Buang Bayi" yang sesuai di Malaysia?. Hantar sahaja ke "BABY HATCH".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Malaysia sekali lagi terus maju kehadapan dari segi 'prikemanusian' apabila Pusat Perlindungan Bayi dikendalikan oleh OrphanCARE.

Dengan mengambil inisiatif khas membuka satu ruang terbuka diluar rumah perlindungan mereka iaitu ruang untuk para 'bakal' membuang bayi yang tidak bersalah atas 'sesuatu sebab' iaitu memastikan bayi tersebut dihantar ke pusat itu daripada dibuang ditepi - tepi jalan ataupun didalam sungai.

Cara - cara meletakkan Bayi di dalam "Baby Hatch" di Petaling Jaya.
Ini adalah kerana perningkatan gejala buang bayi di malaysia. Bagaimanapun ada sebilangan 'kera sumbang' yang lebih dikenali sebagai laksamana papan kekunci terlebih sambungan sel otak berkomen seperti : 
"Baby Hatch" ini akan mengalakkan remaja berzina, dah kalau dah rasa positif melahirkan anak luar nikah maka tak perlu risau dengan adanya Pusat Perlindungan ini." - Kata Kera Sumbang di sosial media.
Pusat Perlindungan ini ditubuhkan adalah dari segi prikemanusiaannya adalah mungkin kerana kesan pembuangan bayi yang semakin menjadi - jadi serta tidak 'terkawal' . Apapun mahukah anda melihat berita tentang bayi dihurungi semut, mati ditali air, dibuang dari tingkat 5 atau sebagainya? .

Sila Letak Bayi anda yang ingin "dibuang" itu disini.
Apapun ini semua adalah daripada "manusia" juga, fikirkanlah sebelum 'memproduk' sesuatu yang 'bernyawa'.


Baby Hatch atau Pusat Perlindungan Bayi dikendalikan oleh OrphanCARE Malaysia menyediakan ruang khas bagi menempatkan bayi yang tidak diingini oleh si ibu. Kewujudan Baby Hatch ini bagi memastikan bayi yang tidak diingini selamat dan tidak dibuang seterusnya diserahkan kepada keluarga angkat.

Lokasi : N0.6, Lorong SS 1/24A, Petaling Jaya, Selangor

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Gambar: Rumah Panjang di Engkalat, Sibu dan Rh Panjang Kayan di Nanga Telik, Saratok Terbakar.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SARAWAK : 3 April 2014 , Dua kejadian yang berasingan telah menyebabkan dua buah Rumahpanjang hangus dijilat api. Kebakaran yang melibatkan Rumah Panjai pada awal pagi tadi adalah di Engkalat, Sibu .

Dikatakan hanya selang beberapa jam kemudian satu lagi kebakaran yang melibatkan rumah panjang adalah di Rumah Kayan di Nanga Telik, Krian , Saratok .

Rumah Panjang di Engkalat , Sibu yang hangus dijilat api awal pagi tadi ( 3/4/14 )

RRh Panjang Kayan di Nanga Telik, Saratok turut terbakar. ( 3/4/14 )

Punca masih dalam siasatan dan laporan akan menyusul sebentar.

Miri: Misteri kehilangan coli dan seluar dalam pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida terbongkar!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Miri: Pengusaha dan pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida di sini, berada dalam kebingungan selepas mengetahui dalang yang terbabit bagi beberapa kejadian pakaian dalam wanita digantung di depan premis perniagaan itu sejak Disember lalu.

Pemilik premis yang dikenali sebagai Amie, 40-an, membuat penemuan mengejutkan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perbuatan itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang juga pekerja restoran bersebelahan premis itu.

Amie berkata, setakat ini kejadian sama berlaku sebanyak empat kali sejak pertengahan Disember lalu menyebabkan dia dan 10 pekerja wanita lain sentiasa berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan mereka diancam lelaki gila seks itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, Aimie berkata, dia dan beberapa pekerjanya terkejut apabila mendapati lebih 10 pakaian dalam wanita terpakai seperti coli dan seluar dalam digantung pada bidai di hadapan premis perniagaannya pada jam 9.30 pagi.

Katanya, dia tidak mengetahui motif individu yang melakukan perbuatan itu, namun hasil rakaman CCTV yang dipasang di luar premis itu mendapati ia dilakukan pekerja restoran bersebelahan.

“Saya tidak tahu apa niat lelaki itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau pekerja saya dan tingkah lakunya yang pelik itu membimbangkan kami,” katanya, semalam.

Katanya, tindakan lelaki terbabit menakutkannya, apatah lagi apabila dimaklumkan pekerjanya bahawa lelaki terbabit sering berlegar-legar di hadapan premisnya hampir setiap hari.

Berikutan itu katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan mendapatkan keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihaknya akan mendapatkan maklumat mengenai identiti suspek dengan majikannya, sekali gus mengenal pasti motif tindakannya.

- Mr.J via Hmetro

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Berita Iban : Taja sebangsa tang ati enda sama, berjimat meh kitai bala iban di menua uhang.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
PERAK: Siko lelaki bangsa kitai iban ti gaga diri nyadi pundan di perak diau numpang enggau bala family iban din , laban meda ke ia nya sebangsa pia mega laban kasih tang enda mukai - mukai ia enchuri barang kemas sida sebilik berjumlah RM10k lebih..

Gambar sumber sebedau ditangkap enggau pengudah ditangkap : Iban Ba Semenangjung Fb
Udah ditangkap pulis. Moral, taja sebangsa tang ati enda sama tang berjimat kitai bala iban di menua uhang.. anang meda bangsa peda dulu perangai sebedau 'kasih' tauka 'numpang' orang diau enggau kitai.

- Mr.J January 2014 kes. 


Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Miri: Pusat urut Golden Lily di Bom! Kes Terpencil sahaja.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MIRI : Sebuah Pusat Urut Golden Lily bergegar di percayai di 'BOM' ( 22/12/13 ) , bunyi dipercayai boleh didengari pada skala kecil di kawasan berdekatan . 

Kelihatan bahagian hadapan kedai 'pecah' teruk akibat daripada ledakkan bahan letupan.
Motif masih tidak diketahui dan ada kemungkinan melibatkan 'kongsi gelap' ataupun persaingan perniagaan.

Pandangan sisi yang menarik.
Bagaimanapun , penduduk sekitar tidak perlulah risau kerana negara masih lagi aman dan kadar jenayah semakin berkurangan serta ia hanyalah kes terpencil setakat ini.

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Gambar : Pembunuhan Paling Kejam di Sibu! Bunuh dan Kerat angota badan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
**** Tidak Sahih ***** SIBU: Kejadian dipercayai berlaku semalam di Daerah Durin iaitu pada 10/12/13 , dimana sekujur tubuh manusia dijumpai dikerat - kerat kepada tiga bahagian .

Dipercayai gambar ngeri berlegar-legar di facebook hari ini, disini Mr.J mendapat info lain bahawa gambar tersebut bukan berlaku disibu. Gambar tersebut dipercayai tersebat daripada pengguna facebook iaitu fan.rinnie ( https://www.facebook.com/fang.rinnie ).


Sumber Gambar : https://www.facebook.com/fang.rinnie 
"听说是Sibu Durin今天发生的命案个!!sibu已经没有安全了!!!太没人性了吧?他们怎么下得了手啊好恐怖好恐怖女生们,千万不要跟陌生人单独出去呀,就算不是陌生人也一样!!现在的人性难测啊!!这世界太没天理了!!!"



- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Bujang Sebelak dan Bujang Lubok Tewas, kini giliran Bujang Raja Hitam menyerah diri. ( Kisah Buaya Sarawak )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bujang Sebelak tewas, Bujang Lubok Tewas.. Bujang Raja Hitam Juga Tewas di Roban semalam 2/12/13 kurang beberapa jam selepas Bujang Sebelak Tewas. ada berapa Bujang lagi bakal tewas hanya dengan satu tamparan di kepala oleh pawang buaya. 

Bujang Raja Hitam ( bukan Suria Baja Hitam ) telah tewas di tangan pawang buaya terkenal ini selepas Bujang Lubok menyerah diri tempoh hari

Menurut Pawang Baya terkenal iaitu Indet , dia mengatakan bahawa Bujang Raja Hitam dipercayai mempunyai sejarah telah membaham 4 orang manusia ketika hayatnya ini kerana berdasarkan beberapa tanda yang terdapat pada tubuhnya iaitu pada ekor.

Pawang Baya Indet berjaya menyeru si persalah menyerah diri - gambar borneo post
Bujang Raja Hitam terdapat empat koyakan pada bahagian atas ekornya membuktikan bahawa terdapat empat orang manusia menjadi mangsanya.

Manakala dari segi usia adalah dianggarkan berumur lebih 100 tahun lebih , ini telah membuktikan bahawa masih banyak lagi baya bersaiz mega di sekitar sungai Sarawak.

- Mr.J

NCR: Syarikat 'Menghalau" penduduk kampung, 400 Penduduk di sekitar Simunjan berkumpul di Balai Polis Simunjan, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kali ini kita ke berita mengenai kes tanah adat (NCR) yang tidak pernah selesai bahkan semakin banyak berlaku, dan kini ianya berlaku di Daerah Simunjan, Sarawak . 

Dianggarkan lebih daripada 400 para penduduk dari kawasan kampung iaitu Entanggor ,Arus , Bajong , Sampun, Ensika , Kesindu dan Tungkah mengadakan satu protes aman untuk menentang pencerobohan ke atas tanah adat mereka semalam. 

Ini kerana sebilangan pekerja daripada syarikat yang mempunyai pegangan sementara telah mengangu dan membuat ancaman serta 'menakut - nakutkan' para penduduk disitu. 

Menurut laporan daripada akhbar tempatan Sarawak , Syarikat itu menghantar surat bertarikh 13 Nov tahun ini memberitahu beberapa penduduk kampung melalui JKKK mereka untuk keluar dari kawasan itu dalam tempoh masa yang tertentu dan juga menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan . 

Syarikat itu berkelakuan seperti watak dalam "video" yang mengemparkan rakyat sarawak dahulu dengan menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan .

Ini bukanlah kes pertama pencerobohan tanah bahkan beratus - ratus kes , malah tidak keterlaluan jikalau Mr.J mengatakan ada 'sedikit' penglibatan pihak 'tertentu' dalam kepentingan politik serta 'rasuah' juga merupakan 'sumbangan' kepada kes ini. 

Kesimpulanya, siapa disebalik dalang kes tanah adat di Sarawak? Parti Politik? Syarikat Perladangan? 

 - Mr.J

Isu Sebenar Kisah Kawin Muda & Cerai Talak Tiga? sebenarnya Kawin kerana telah diperkosa oleh...

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Diatas ini adalah satu berita yang dikeluarkan oleh astroawani sebentar tadi 29/11/13
Disini Mr.J melihat sedikit sebanyak Persoalan "Kawin Muda" bagi pasangan tersebut semakin terbongkar semenjak kisah cerai mereka diketahui ataupun diberitahu kepada media massa.

Terlebih dahulu beberapa hari yang lepas berita tersebut banyak mengejutkan ramai "kanak - kanak" yang bercinta dibawah umur dimana isteri Mohd Fahmi yang berusia 13 tahun telah diceraikan dengan talak tiga sekaligus menjauhkan jurang untuk mendekati dimasa akan datang. ( amboi macam ulasan bolasepak )

Bagaikan membuka "aib" sendiri dan itu yang dapat Mr.J katakan dalam kes tersebut apabila Ayah si perempuan "menjelaskan" perkara yang sebenar berlaku iaitu mereka dikahwinkan atas dasar satu kejadian yang sangat memalukan keluarga iaitu, “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa”kata ayah  remaja perempuan Nor Fazira Saad .

Siapakah yang telah "memperkosanya", itu menjadi persoalan besar dan secara amnya kita tahu bahawa barang sesiapa yang membuat hubungan seks dibawah umur 21 tahun akan disabitkan sebagai kes "Rogol" walaupun secara rela , cinta atau kasih.

Dalam laporan di astrowani, Bapa kepada remaja perempuan tersebut menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan polis pada 15 julai 2012 tetapi atas dasar "kasihan" atau "menjaga aib diantara keluarga" beliau telah menarik balik laporan tersebut.

Laporan itu ditarik balik bersebab iaitu apabila ibu bapa Mohd Fadmi ( si pemberi cerai talak 3 ) merayu kepada bapa Nor Fazira Saad serta memohon untuk menikahkan anak lelakinya dengan Nor Fazira Saad yang ketika itu Mohd Fami berusia 19 tahun dan Nor Fazira Saad 12 tahun.

- Mr.J

Misteri Villa Nabila, 'Roh' Nabila tiada kaitan dengan 'kehilangan' budak bawah umur itu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tertarik pula Mr.J dengan kisah Villa Nabila iaitu sebuah Banglo lama yang terbiar di Johor Bahru dan telah di iktirafkan sebagai sebuah tempat paling berpuaka di peringkat antarabangsa. Kerajaan perlulah berbanga dengan pencapaian ini , bukan calang - calang tempat dapat kenal hantu made in malaysia. 
Banglo Villa Nabila adalah tempat terseram lapor sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.   
Beberapa hari ini pelbagai situasi serta sebaran yang cukup menarik untuk dibaca di laman sosial dimana mengatakan lebih 20 budak bawah umur memasukki perkarangan Banglo Villa Nabila , mungkin kerana hendak mengambil 'feel' sebelum menonton filem 'Highland Tower' ataupun sekadar menguji daya tahan mental yang baru sahaja meningkat dewasa.

fb page dipercayai milik budak terencat akal
Jika anda 'google' mengenai Banglo Villa Nabila ini maka akan keluar pelbagai versi untuk dibaca dan yang pasti tiada sumber yang mengesahkan apa yang dicerita di sekitar internet.

Nabila dibunuh oleh orang gajinya.
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. 

Dirompak dan dirogol serta dibunuh.
Ada beberapa cerita banyak mengatakan bahawa Keluarga Nabila telah dirompak oleh sekumpulan penyamun. Ketika itu keluarga Nabila tiada dirumah dan hanya tinggal Nabila seorang, Nasib tidak menyebelahi apabila Nabila bukan sahaja disamun tetapi dirogol bergilir - gilir dan dibunuh dengan kejam kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut. 

Bapa Nabila Mengamuk lalu membunuh semua ahli keluarganya. 
Turut banyak diceritakan Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya ( seperti kebiasaan cerita seram ) Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Nama sebenar Nabila adalah Christine.
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Ini boleh 'disahihkan' dengan adanya pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit berdekatan dengan Banglo Villa Nabila.

Dan apa yang anda baca sebentar tadi adalah daripada beberapa sumber yang Mr.J cari di internet, terlalu banyak sub-story Villa Nabila ini. Seperti kisah - kisah yang lain juga semuanya dan perkara misteri harus dikaitkan dengan pembunuhan ataupun bunuh diri.

Baiklah , berbalik kepada kes terkini iaitu dikatakan seorang budak bawah umur yang ghaib selepas dikatakan mengikut rombongan pendek akal ke Villa Nabila sebaik sahaja mereka memasukki perkarangan Banglo tersebut dikatakan beberapa orang rakan mereka histeria dan kena rasuk dan budak - budak bawah umur tersebut terus berlari ketakutan.

Sehinggalah ketika itu dipercayai seorang lagi budak tertinggal di dalam Banglo tersebut dan hilang yang pasti Hantu Tetek tidak terlibat dalam insiden ini.

Teka - teki kehilangan budak bawah umur tersebut akhirnya terjawap apabila dia dijumpai disorokkan oleh Hantu Pontianak Harum Sundal Malam di Desa Mutiara pada sekitar pukul 2 pagi tadi 19/11/13.

Berikut adalah kenyataan daripada Ketua Polis Johor.
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi. Harian Metro

Masih menjadi Misteri bagaimana budak tersebut 'mengeluarkan' diri daripada kumpulan budak poyo sehingga muncul di Desa Mutiara dan berada di Desa Mutiara bersama teman wanitanya yang pasti telah disahkan bukan pontianak mahupun hantu tetek di kediaman kekasihnya itu.  Macam sweet jer pasangan kekasih bawah umur ini.

- Mr.J 

Isu pengunaan perkataan "Allah" hanyalah di Malaya dan tidak di Sabah & Sarawak kerana mereka lebih 'Matang'.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Malaysia terbahagi kepada dua Peraturan , Satu Peraturan dan Undang-undang khas untuk S.Malaysia (Malaysia Barat) dan yang satu lagi adalah khas untuk Sabah & Sarawak ( Malaysia Timur ) .


Ketua biskop Malaysia Timur berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan tetap menyembah "Allah".

Pihak Hakim dari Semenangjung Malaysia tidak boleh mempertikaikan mengenai 'Agama' untuk Sabah & Sarawak kerana itu telah termaktub dalam Perjanjian 18/20 Pembentukkan Sebuah Negara 'Persekutuan'. 
Perkara 1: Agama  
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.
Jadi, boleh atau tidak Pengunaan 'Allah' oleh orang Kristian di Semenangjung adalah bergantung kepada 'budi bicara' mereka disana. 


Manakala Di Sabah & Sarawak boleh tetap meneruskan menggunakan Perkataan "Allah" dalam kehidupan seharian sepertimana telah dipratikkan sejak lebih 100 tahun dan terbukti tidak pernah ada 'pengaduhan antara Agama' di Sabah & Sarawak 

Gambar Hiasan

Berkat Toleransi yang Tinggi diantara penduduknya yang lebih daripada 50 Etnik tidak seperti 'disebuah tempat' yang majoriti mempunya 3 Bangsa utama tetapi sering 'bertelingkah' serta mempunyai sejarah rusuhan 'kaum' dahulu.
Pendirian Sarawak dalam Isu ini. 
Penganut Kristian Sarawak tetap dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu daninjil bahasa tempatan serta dalam penerbitan gereja walaupun Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan sebaliknya, kata Menteri Pembangunan Tanah negeri Tan Sri Dr James Masing. 
Masing menyifatkan keputusan penghakiman tersebut sebagai "tidak asli" kerana asas penggunaan kalimah Allah wujud sebelum kedatangan Islam, serta menegaskan keputusan mahkamah itu akan memberi kesan negatif kepada bukan Muslim bukan hanya di Sabah dan Sarawak. The Malaysian Insider 

Rekod Dunia telah dicatatkan oleh malaysia hari 14/10/13 ini iaitu satu-satunya negara di dunia yang membuat 'undang-undang' menghakimi serta 'memilih' atau mengkhususkan bahawa 'Allah' itu milik mutlak sesetengah masyarakat.

Bahkan Nabi-Nabi yang lahir atau diturunkan di Negara Arab tidak menghalang orang Kristian untuk menggunakan 'Allah' dalam doa mereka.

Manakala , Masyarakat di Sarawak & Sabah khususnya berugama Islam tidak 'menyokong' serta gembira dengan keputusan tersebut kerana khuatir 'ideologi' dan 'fahaman politik agama' yang dimainkan oleh Ngo-Ngo semenangjung (malaysia barat) akan memporakkan serta merosakkan perpaduan etnik yang telah berkurun harmoni di malaysia timur (sabah&sarawak).

Anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia memberi pandangan mengenai isu ini. 

Bagi Mereka Isu seperti ini tidak perlu dikeluarkan kerana situasi di semenangjung malaysia adalah TIDAK SAMA sekali dengan keadaan persekitaran masyarakat di Sabah & Sarawak .


Rata-rata penguna laman sosial menyelar NGO yang bercita-cita mahu menyebarkan 'undang-undang' s.malaysia ke Sabah & Sarawak.

Kenyataan bahawasanya cara pemikiran Sabah & Sarawak lebih matang dalam Isu ini.

Jika ini berlaku maka Tanah Melayu (Malaya) telah secara tidak sedari melanggar Perkara 1 Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan diantara Sabah & Sarawak iaitu berkaitan dengan Agama.

Maka tidak mustahil Intergriti Nasional akan tergugat.

Ada yang mempersoalkan kenapa Sabah & Sarawak dikecuali , Tidak Perlu dipersoalkan Kenapa Sabah & Sarawak dibenarkan dalam isu ini. Andai anda rakyat malaysia dan pernah belajar sejarah  pembentukkan 'malaysia' maka anda tahu apa itu "Perjanjian Perkara 18/20 Sabah dan Sarawak" 1963  . Google dan Rujuk kepada Perkara Pertama iaitu 'Agama' .

Dr Asri Penjelasan Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam

Perkara 1: Agama  
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya TIDAK BOLEH diguna pakai di Borneo.

Kini hangat di laman sosial bahawa rakyat Sarawak mendesak Kerajaan Sarawak menghalang Kemasukkan beberapa NGO dari Malaya iaitu NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia dan PERKASA serta kumpulan fanatik agama lain dihalang dari memasuki negeri itu.


Seorang anak muda Islam di Sarawak juga menyelar / memberi pesanan kepada golongan Pelampau 'Agama' khusunya di Malaya.


- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Remaja lelaki nyaris maut terpelanting bermain permainan di FunFair Sarikei.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SARIKEI- Seorang remaja lelaki cedera parah apabila dipercayai terpelanting daripada sejenis mainan di funfair semalam iaitu 10/10/2013. Remaja tersebut mengalami cedera yang teruk dibahagian muka akibat terhentak simen lantai.

Gambar yang dikirimkan oleh Nick FridCake Ensem

Punca masih tidak diketahui samaada kecuaian pemilik pengusaha funfair itu ataupun remaja tersebut.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Dianggarkan 12 buah rumah Penduduk Kampung Tian Matu, Daro musnah dijilat api. 8/10/2013

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
DARO- Dianggarkan 12 buah rumah penduduk Kampung Tian di Matu , Daro musnah akibat kebakaran seawal pukul 2 pagi tadi - 8/10/13 . Menurut sumber , kebakaran adalah berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah . 


Tiadanya Balai Bomba dikawasan sekitar memaksa penduduk kampung menunggu Pasukan Balai Bomba dari kawasan daerah Mukah dan api berjaya dipadamkan pada pukul 6 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pada tahun ini juga , kebakaran yang terburuk berlaku adalah yang melibatkan penempatan penduduk masyarakat Melanau di Sibu iaitu Kampung Datu Lama serta membabitkan hampir 100 rumah .

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Ini Kisah Ustaz Bangladesh mengajar anak Malaysia Bahasa Arab, hukuman 15 sebatan rotan jika gagal.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Diluar pemikiran manusia , bagaimana seorang yang 'berstatus' disegani kerana gelaran 'ustaz' sanggup bertindak seperti kerasukkan iblis apabila dikatakan merotan bertalu - talu sehingga koyak kulit paha tanpa belas kasihan. 

Berikut adalah ringkasan daripada harian metro pada 7 October 2013 telah membuatkan Mr.J berfikir dari segenap arah serta pelbagai persoalan diantaranya ialah tiada tindakkan menghalang Ustaz Bangladesh tersebut walaupun ketika itu 'Adegan Tidak Perikemanusiaan' disaksikan oleh dua guru yang lain.

Bila membaca Tajuk akhbar Mr.J ingatkan kejadian berlaku di Bangladesh tetapi sebaliknya di Malaysia.

Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

- Mr.J via Harian Metro 7 October 2013

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

"Kopi" , anjing menyelamatkan Tuannya semasa kebakaran di JB.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Siapa sangka seekor anjing yang selalunya dipandang rendah serta jijik oleh sebilangan masyarakat Malaysia Khasnya kini mempunyai taraf yang lebih tinggi nilai daripada sebilangan manusia . 

Bukan itu sahaja , telah banyak kisah dimana anjing menyelamatkan tuannya , bergitu juga anjing menyelamatkan Pasangan Melayu daripada lemas dan sehingga kini telah membela hampir 500 ekor anjing. 

Semalam iaitu 2 Oktober 2013 , seekor anjing juga menyelamatkan tuannya daripada menjadi mangsa kebakaran .

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas diselamatkan anjing peliharaannya daripada turut menjadi mangsa kebakaran selepas rumah yang didiami sejak lebih 15 tahun lalu hangus terbakar awal pagi, semalam.

Kejadian sekitar jam 1.45 pagi itu ( 2 Oktober 2013 ), mengorbankan seorang mangsa yang tinggal sendirian dipercayai lemas terhidu asap tebal selepas gagal menyelamatkan diri.

Mangsa, Nagi Sakura, 40, yang berasal dari Sarawak ditemui di bahagian dapur rumahnya oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam operasi memadam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada rumahnya.

Jirannya, Lika anak Dugas, 67, berkata, dia bernasib baik kerana terjaga daripada tidur selepas baju dan rambutnya ditarik berkali-kali oleh seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kopi.

Menurutnya, walaupun sedih kerana rumah yang didiami sendirian sejak lebih 15 tahun lalu musnah dalam sekelip mata, namun lega kerana umurnya masih panjang.

Kopi yang menyelamatkan Tuannya.

“Nasib aku agak baik kerana terjaga selepas baju dan rambut ditarik Kopi seolah-olah memberi isyarat supaya aku menyelamatkan diri. Mulanya, aku marah kerana sepanjang lima bulan dibela, Kopi tak pernah bertindak begitu.

“Namun, selepas melihat api yang mula marak membakar rumah jiran sebelah, aku segera mendukung Kopi keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada  Sinar Harian, di sini, semalam.

Lika yang tinggal sebatang kara kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatannya hanya bergantung harap kepada upah mencuci taugeh selepas kematian suami sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang sudi membantunya.

“Upah mencuci taugeh sekadar lepas sesuap nasi, untuk menyewa rumah aku tak mampu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, seorang lelaki yang difahamkan berkerja sebagai pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan legam akibat kepanasan dan sedikit melecur.

Keadaan Rumah yang musnah dibakar api.

“Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang rumah, tapi terhalang oleh botol plastik yang banyak dikumpulkan di dalam rumah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Tahrin menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan barangan yang boleh menghalang pintu keluar selain menyimpan alat pemadam api dan alat pengesan asap.

- Mr.J via Sinar Harian .


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

8 Kanak-kanak bawah 15 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang Kanak 12 tahun di Rawang.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kesemua 8 perogol tersebut bukanlah berumur 18 tahun ke atas jauh sekali 21 tahun tetapi kesemua mereka adalah berumur lingkungan 12 - 14 tahun!. Terkejut Mr.J bila membaca laporan yang dipaparkan di laman sosial hari ini .

Kejadian ini telah berlaku pada 19 - 20 September, sebelum itu Mr.J ada membaca satu artikel di surat khabar mengatakan bahawa kanak perempuan yang berusia 12 tahun tersebut dikatakan 'Menipu demi seks......" Mr.J tidak percaya kerana adalah agak 'mustahil' ini berlaku.


Selang sehari selepas itu akhbar mengemaskinikan berita tersebut dengan bertajuk 'mangsa bukan ketagih sex tetapi menjadi mangsa rogol' . Maka fikiran Mr.J semakin runsing mengenai apa yang berlaku dan kes ini semakin menarik minat Mr.J untuk 'mengetahui' serta membaca beberapa maklumat lain.

Berikut adalah Laporan yang diterbitkan di facebook page 'Wujud'

Ringkasan Kes:
Pada 19/9/13 Jam L/Kurang 0900 Hrs Pengadu telah ponteng dari bersekolah dan pergi kerumah kawannya nama ### dijalan Rampaisari Sg Buaya dan lepak di situ sehingga selesai waktu persekolahan kemudian pengadu seorang diri telah merayau2 di kawasan Sg Buaya kerana takut untuk pulang ke rumah sehingga waktu malam dan pengadu telah tidur di surau Al Angsa Sg Buaya.

Pada Keesokkan harinya (Hari ini) 20/9/13 Jam L/Kurang 7.30 Pagi apabila pengadu bangun dari tidur dan keluar dari surau pengadu lihat 8 Orang Lelaki Melayu yg dikenalinya sedang berkumpul berdekatan kawasan surau tersebut, pengadu telah menghampiri mereka dan mereka telah mengajak pengadu pergi ke sebuah rumah kosong.

Semasa berada di rumah kosong ##### (saspek) telah bertindak menutup Mata Pengadu dengan menggunakan baju T-Shirt. ### dan #### telah membuka baju Pengadu dan baringkan dilantai rumah kosong tersebut kemudian pengadu telah Dirogol/diraba Oleh 8 Lelaki Melayu yg dikenalinya.

Senarai Nama Saspek dan Peranan:

  1. ### 14 thn (Menutup Mata pengadu/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)
  2. ##### 12 thn (baringkan mangsa/masukkan Kemaluan dalam kemaluan pengadu)
  3. #### 14 thn (baringkan mangsa/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)
  4. ##### 12 thn (Raba mangsa)
  5. #### 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)
  6. ##### 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)
  7. ##### 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)
  8. ##### 14 thn(masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

Apa- apapun perogol harus dihukum sewajarnya tidak kira kecil atau besar!

Masalah berat nih! Zaman Mr.J dulu tak reti semua nih.  Siapa harus dipersalahkan? Penjaga / Kecanggihan Teknologi / Sekolah / atau Persekitaran/

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

SIBU: Rumah Panjai RH Dana di Jalan Bukit Penyau, Salim musnah dalam kebakaran. 29/9/2013

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SIBU: Seramai 24 penghuni Rumah Dana di Jalan Bukit Penyau, Salim di sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, pagi semalam. Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Abdul Mutalif Ja’afar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi. 

Bagaimanapun, katanya, ketika dua jentera pemadam api dan 16 anggota bomba tiba di tempat kejadian, api telah merebak lebih 90 peratus. 

“Kita hanya berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.10 pagi meskipun terpaksa berdepan tekanan air rendah yang dipam dalam jarak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian,” ujarnya. Beliau bersyukur kerana tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu dan hanya Tuai Rumah Dana dan anak perempuannya mengalami kelecuran. 


Kedua-dua mangsa telah dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kediaman yang musnah melibatkan empat pintu rumah daripada 12 pintu yang terletak di bawah pentadbiran Tuai Rumah Dana. Bibi Dana, 40-an, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia mungkin mengalami kerugian paling besar kerana tanaman kulat yang diusahakannya di bawah rumah turut musnah terbakar. 
Baca Lagi Berita mengenai Kebakaran Rumah Panjang di Sarawak.Selain Rumah Dana, sejak Ogos hingga semalam, tiga rumah panjang di sini musnah dalam kebakaran iaitu Rumah Franky Bawok (10 pintu) di Rantau Panjang, Rumah Das (40 pintu) di Stapang Oya dan Rumah Nyelayang Jamban (30 pintu) di Batu 28, Nanga Sekuau, Oya

“Saya dan suami saya telah mengeluarkan kos yang besar untuk mengusahakan tanaman kulat ini,” ujarnya. Seorang lagi penghuni, Cecilia Kebang, 52, berkata dia sedang menjemur pakaian apabila ternampak kepulan asap menyelubungi salah sebuah bilik di situ. “Saya tidak sempat menyelamatkan harta benda lain kecuali beg tangan sahaja,” katanya. 

Seorang anggota bomba, John Muli yang juga penghuni rumah panjang itu berkata, dia berada di bandar ketika mentuanya menghubunginya mengenai kejadian itu. “Saya bergegas ke Balai Bomba Sentral untuk memaklumkan mengenai kebakaran itu,” katanya. Namun, apabila bomba tiba di lokasi kejadian, rumahnya sudah musnah dijilat api, tambahnya. 

“Tiada sesiapapun berada di rumah kerana anak-anak berada di sekolah ketika itu,” jelasnya yang tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda mereka. 



mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

MIRI: Pemuda meninggal dipercayai mati dibunuh dengan senjata tumpul.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MIRI:  Kira-kira pukul 12.30 tengah hari ( 20 September 2013 ). Seorang pemuda dipercayai dipukul dengan senjata tumpul sehingga mengakibatkan kematian. Menurut Sumber daripada fb Sarawak Netiven Community lokasi tempat kejadian adalah di kawasan letak kereta Pasaraya Kenyalang yang berhampiran dengan Jambatan ke Pulau Melayu.


Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.


  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

SRI AMAN: Samei anak Epat @ DJ Sam dari RaSA FM cedera parah ditikam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

SRI AMAN – Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah ini cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun dekat Sri Jaya Park di sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dengan pisau di rumahnya.

Samei anak Epat @ DJ Sam dibawa ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.

- Mr.J via Kosmo



mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©