Berita Penuh: Feri Wawasan Perdana Terbakar . ( Labuan-Menumbok )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Feri perjalanan Labuan ke Menumbok iaitu Feri Wawasan Perdana Terbakar pagi tadi 2/10/12, punca masih belum dikenalpasti .

*Ada sesetengah sumber mengatakan bahawa Ferry tersebut membawa bahan mudah terbakar.

Berita penuh:

LABUAN - Sebuah feri penumpang terbakar di terminal feri Labuan di sini hari ini, menyebabkan beratus penumpang terkandas. Ketika kejadian pada pukul 6.10 pagi itu, terdapat kurang daripada 10 krew di atas feri Wawasan Perdana yang ingin memulakan trip pertama ke Menumbok.

Tiada kecederaan dilapor. Ketika kebakaran, difahamkan tiada penumpang dan kenderaan di atas feri itu. Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata satu siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian. Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian, mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran.

Berikutan kejadian itu, jadual perjalanan feri ke tanah besar dihentikan buat sementara. Feri yang dikendalikan Labuan Ferry Corporation (LFC) itu telah beroperasi sejak lapan tahun lepas dan boleh membawa 600 penumpang serta 60 kenderaan pada satu-satu masa.

Sebuah lagi feri LFC ialah Warisan Perdana. Ketua pegawai eksekutif LFC Samsul Sahari memberitahu Bernama bahawa kejadian itu adalah di luar jangkaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Satu-satunya cara untuk ke tanah besar buat masa ini ialah dengan Feri Kimanis yang dikendalikan Juta Bonus, sebuah syarikat berpangkalan di Sabah. - Bernama





Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©