Anak Orang Asli di Kelantan ditampar kerana Tak Mahu membaca Doa walaupun bukan Islam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sedih Mr.J membaca berita lanjutan daripada Malaysiakini, setiap agama mementingkan persefahaman dan tolenransi diantara agama lain , sedang Umat Islam bersedia menyambut Hari Raya Korban lain pula kisahnya di Kelantan dimana Seorang Guru yang beragama Islam menampar anak orang asli kerana enggan membaca doa walaupun anak orang asli tersebut bukan Islam. 

Mr.J tahu tidak salahkan agama islam dalam konteks ini tetapi Guru tersebut sekaligus telah mencemar agama Islam .

gambar hiasan google


Berita pautan malaysiakini:


Sekumpulan ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan.


Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.


Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka turut ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan dari Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.


Pos Bihai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.


Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.


Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya. 


Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.


Video dibawah tiada kena mengena dengan berita diatas.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©