Agama Facebook - The Religion Of Facebook.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kenapa Mr.J mengelaskan Facebook adalah Agama ? sekiranya anda kurang menyukai entri post ini anda tidak digalakkan untuk meneruskan bacaan kerana dikhuatiri anda bakal "murtad" daripada Agama asal anda seperti mana sebilangan "NGO" memboikot lagu Jacklyn Victor atas sebab JV menyanyikan dalam bahasa malaysia lagu kerohanian Kristian . Baiklah bukan isu itu Mr.J hendak bahaskan.

Seperti mana anutan agama lain , Agama Facebook mempunyai penganut yang universal yang kini merebak hampir ke seluruh pelosok dunia dan tidak ketinggalan juga di negara asia seperti malaysia.

Penganut Agama Facebook lebih ramai daripada Agama Lain di Dunia ini.
Kenapa Mr.J mengatakan "Penganut Facebook" , ini kerana sedar tidak sedar kita secara langsung melebihkan facebook dalam segala urusan 'nyata' di dalam facebook.

6 Rukun Agama Facebook:
1. Kemaskinikan Gambar Profile
2. Membuat Wallpost setiap hari
3. Wajib klik Like pada Wallpost rakan
4. Wajib Share sebanyak 1 kali sehari
5. Memasukkan Gambar terbaru setiap sebulan sekali .
6. Rekrut 1 Pengikut ( add friend ) seminggu sekali .

Senarai 6 Rukun diatas adalh satu kewajiban setiap penganut Agama Facebook , tidak payah untuk mengingatkan kepada rakan - rakan yang lain kerana penganut Agama Facebook cukup setia dan boleh dikatakan 98% penganut tidak mudah lupa 5 Rukun itu .

Bagaimana pula dengan Doa seharian?
Bagi penganut Agama Facebook mereka tidak perlulah keluar dan hanya perlu masuk ke rumah ibadat Facebook dengan "Log In" sahaja dan setiap pagi anda bolehlah meluahkan segala macam yang berada dihati anda di "wallpost" iaitu "Dinding Ajaib" yang mempunyai Mudjizat daripada Utusan Facebook iaitu Mark Zuckerberg dan sekiranya Doa anda dimakbulkan maka dijangka ada sebilangan "malaikat" facebook akan menasihati anda tidak lupa juga dengan "syaitan" kerana sering mengangu manusia untuk terus taat kepada facebook. 


Anda masih tidak percaya bahawa anda sekarang adalah juga sebahagian daripada Penganut Agama Facebook melalui UtusanNya ( Mark Zuckerberg ) melalui Rumah Ibadat alam Maya ? Sila lihat diskrin anda sekarang adakah anda membaca post Mr.J ini dengan membuka 'tab' di browser anda adalah Facebook?. 

* Artikel ini tidak bermakna menyinggung individu , pembaca yang mempunyai minda bawah sedar adalah tidak digalakkan meninggalkan komen. - Mr.J


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©