PELIK : Ular lumpuh akibat serangan "Hama" / Kutu Penghisap Darah..eh.."ama ukoi" kok kami Iban. - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
PELIK, mungkin inilah salah satu contoh daripada peribahasa malaysia iaitu "Bersatu Teguh Bercerai Roboh". Selalunya "Ama Ukoi" ini berada di sekitar celah telingga anjing dan juga di badang kucing, kerjanya adalah menghisap darah sehingga kembung dan ia akan melepaskan "lovebite" seterusnya berehat apabila sudah kekenyangan.
"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"
Gambar diatas diambil daripada perkongsian di laman sosial facebook dan menunjukkan ratusan "Ama Ukoi" menyerang kepala ular sehingga mengakibatkan "lumpuh" seketika.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

LIMBANG : "Lawaaaaa Dek Uuuu..", Kisah Luang Si Pengumpul tin kosong.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kalau di Sarikei ada Leha seringgit, di Limbang pula ada nya seorang istimewa bernama Luang yang selalu memeriahkan suasana.

Beliau sering kelihatan merayau rayau di sekitar bandar limbang dengan memakai uniform yang kadangkala kelihatan seperti securiti guard, dan kadang - kadang boleh sampai ke Batu Danau yang jarak nya lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Limbang dengan hanya berjalan kaki. 

"Lawa Dek You"
Luang dengan Slogan "lawa dek u' 
Walaubagaimanapun, Luang tidak pernah menggangu orang awam dan tidak juga meminta duit, bahkan kadangkala jika bernasib baik, Luang akan memberi sesiapa sahaja secara rambang Nombor Ekor 4D untuk di beli. Mengena atau tidak itu saya tak pernah siasat. 

Luang sering menghabiskan masa nya merayau rayau di bandar dengan mengumpul tin-tin kosong untuk di jual dan yang paling penting adalah Trademark atau Slogan Luang ialah :

Semoga Luang sentiasa sihat walafiat dan rezeki yang baik bagi membolehkan beliau menjalani hidup nya seperti org lain. Amen.

"Lawaaaa d uuuuu...!! hikhik.."  - #mizzDjp

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

HUKUM ADAT IBAN: "Ngintu Adat Jadi Mali" atau "Perkahwin Terlarang". - Ms.DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Terlebih dahulu, sebelum mengupas cerita ini lebih lanjut, saya terpaksa berfikir beberapa jam samada hendak menulis artikel ini dalam Bahasa Iban atau melayu, ini kerana selepas membuat sedikit temuramah dalam bahasa iban bersama beberapa warga emas untuk mengorek cerita mengenai adat ini termasuk lah menemuramah ibu saya sendiri.

Ibu saya yang pernah menyaksikan adat ini dilakukan di kampung saya beberapa tahun lalu, tapi saya percaya, bukan hanya orang iban sahaja yg ingin tahu mengenai adat ini, tapi mungkin juga saudara dan sahabat kita yang lain nya berbangsa melayu, india  atau mungkin dusun dan kadazan dari sabah. Jadi, biarlah saya mengambil langkah yang adil untuk kefahaman semua.

'Jadi Mali' atau perkahwinan terlarang ini boleh kita definisikan sebagai perkahwinan di antara dua orang yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat dekat seperti contoh : 
Ibu/bapa saudara yang hendak mengahwini anak saudara nya (anak kepada adik atau kakak/abang) dalam adat kaum iban, pada mulanya, apabila ahli keluarga mula mengetahui hubungan pasangan ini, langkah pertama ialah hubungan itu HARUS di tentang dan di halang terlebih dahulu. 
Namun, apabila keadaan menjadi tidak dapat di elak kan utk menghalang mereka dari berkahwin, sebagai contoh: si gadis sudah pun hamil maka adat ini harus di lakukan untuk mengelakkan semua bencana dan malapetaka yang di sebabkan oleh 'jadi mali' ini berlaku pada masa hadapan.

Adat ini bermula dengan pasangan pengantin harus di lakukan di sungai di mana mereka akan dimandi kan dengan Darah Khinzir (seperti dalam gambar). Pasangan pengantin di payungi dengan 'Pua Kumbu' oleh dua orang wanita dan kedudukan pasangan ini haruslah berada pada sebelah hilir sungai. 

Sementara dua orang lagi yang di ketuai oleh penghulu kampung dan ketua adat menyembelih seekor khinzir pada hala yang sama namun dari hulu sungai untuk membolehkan darah khinzir itu hanyut dan melalui pasangan pengantin yang duduk di sebelah hilir sungai. 

Sambil menyebut beberapa kata-kata 'sampi/doa' semoga kehidupan pasangan tersebut sentiasa selamat dan di lindungi dalam melayari alam rumah tangga. 

Adat mandi darah khinzir ini juga turut di sertakan dengan hukuman berupa sebuah kebuk, piring kaca, dan duit hukuman dalam jumlah RM200-300 mengikut berapa dekatnya jarak hubungan kekeluargaan di antara pasangan tersebut. Walau bagaimana pun perkahwinan di antara sepupu tidak termasuk dalam kategori 'mali' dalam masyarakat iban.


Setelah habis mengorek cerita mengenai acara adat jadi mali daripada ibu saya, saya juga turut bertanya, bagaimana jika adat ini tidak di lakukan, dan pasangan itu hanya meneruskan perkahwinan seperti biasa?

Info Tambahan:
Dahulu kalau, "Jadi Mali" ini boleh dikenakan hukum Adat lama iaitu kedua - dua akan dibunuh dengan buluh runcing.

"..nitih ke tusut, ukum iya kena bunoh kadua dua iko seduai ke ngaga penyalah nya, jalai munoh seduai ti jadi salah serak tauka jadi mali tu iya nya enggau buloh aur pantang ke udah di lancham tajam bendar lalu dipantang ka ba tubuh seduai ti di pegulai ka betangkup dalam siti lubang.." - Adat Bansa Iban Blog

Ibu saya menjawab, menurut kepercayaan nenek moyang dulu kala, perkahwinan yang terhasil daripada 'jadi mali' akan mengundang bencana besar seperti 'kudi' atau tanah runtuh. Kehidupan pasangan yang jadi mali juga tidak tenteram atau tidak sihat dan kurang mendapat rezeki dalam kehidupan seharian. Jika mereka di kurniakan anak, kemungkinan anak mereka akan lahir dengan cacat anggota badan atau otak.

Oleh itu, adat mandi darah khinzir di lakukan untuk membatalkan semua bencana tersebut. Bagaimanapun, seiring peredaran zaman yang semakin moden dan canggih adat ini sehingga kini masih di lakukan oleh masyarakat iban.

Namun saya percaya jika adat ini tidak di lakukan sekalipun, secara saintifik dan fakta dari aspek genetik dan biologi manusia, perkahwinan di kalangan sesama saudara terdekat adalah tidak di galakkan kerana tidak berapa elok perkembangan nya dalam melahirkan zuriat.

Namun, siapalah kita untuk menolak takdir kerana setiap kejadian adalah ketentuan kuasa Tuhan yang Maha Kuasa.

Panduan:
Sampi = Doa
Kebuk = Sejenis tajau yang bentuknya kecil.
Kudi = Bencana ribut kuat atau puting beliung.

P/s: Jika anda mempunyai info yang lebih mendalam mengenai adat ini boleh lah singgah di ruang komen. Komen anda amat di hargai. - #‎mizzDjp‬ 

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Upacara "Piring Baya Batang Rajang" (Jamuan Buaya Sg.Batang Rajang). - MsDJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pengawa nganjung piring tu dikereja tumu pagi ari ketebal agi maya ari gawai, kebuah ngintu pengawa miring tu nitih ke pengarap lama, laban di kena nyaga serta ngemata kitai anak mensia, ngambi ka enda kena kachau, kena regau sida jagu kaban baya. 


Laban enti nitih ke ripih jerita dendam peturun bujang senang sigi deka munuh serta makai anak mensia laban kitai dulu mungkal bebunuh ke peturun jagu bujang senang. Nya alai datai ke saritu, nyema bisi anak mensia tasah bebadie ketegal di regau jagu dalam sungai, kitai agi betiu jerita ketegal suku juru bujang senang malas dendam.

Tang ungkup ke diatu enda nemu agi meruan ke enda ngintu pengarap piring baya batang rajang tu maia gawai. Nyema bisi pan, engka tunga pelilih menua batang rajang agi ngembuan pengawa tu.

Ni kita.. org batang rajang..?? Crdt to: personal infomer.

- # mizzDjp
- Akan di'update' dalam bahasa malaysia sekiranya ada permintaan. - Mr.J
____________________________________________________________________________

EKLUSIF!! Isu Penipu bernama Benny Zachariah atau Donny Anak Patrick Nyangon.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Benny Zachariah atau Donny
Pendedahan ini bukanlah yang pertama Mr.J telah kupaskan bahkan turut dikupas oleh beberapa pelakon dan penerbit dari Sarawak dan ada diantara daripadanya menangungi kerugian.

Benny Zachariah (Donny Anak Patrick Nyangon) semakin dikenali dan bukannya dikenali daripada apa yang telah dia sumbangkan bahkan Mr.J boleh mengatakan bahawa dia tidak menyumbang apa - apa dalam Industries Filem Sarawak.

Mungkin anda diantara anda khususnya Warga Sarawak pernah mendengar beberapa tajuk 'Filem' yang bakal diterbitkan bahkan dikatakan akan mewarnai kemeriahan filem Sarawak. Tapi sebelum itu Mr.J mengajak anda menyelidik rekod lampaunya iaitu pada Tahun 2009

Benny pernah melakukan pelbagai kesalahan iaitu pada Tahun 2009 satu Laporan Polis pernah dibuat atas satu kes peminjaman barangan kamera dan tidak dipulangkan. Untuk membaca laporan penuh boleh terus ke Artikel Mr.J yang lepas iaitu "Bongkar!! Penipuan oleh Seorang "Pengarah" Filem Dayak Sarawak
A police report has been made against Monita Anak Saming (IC: Kampung Stabut, Jalan Padawan, 94000 Kuching, Sarawak) and her husband Donnie Anak Patrick Nyangon a.k.a Benny Zach (IC: No. 77, Lot 1718, Lorong 6, Taman Dirgahayu, 93300 Kuching, Sarawak) as they ran away with my camera package, which was loan to them free. 
To all production people out there, please be aware of this couple who are cheaters and not to be trusted. I enclosed attached the police report, their IC and also a copy of the fraud namecard that he printed...I would also like to make it clear that we (s2s) have no dealings with him and should he give you a fraud namecard of ours - we will not be held responsible. Instead, please contact us or the police. Rujuk Salinan laporan Polis di sini.
Filem "DUNYA GANGSTER"
Sebuah Filem Iban Aksi pertama di pawagan 'Dunya Gangster' menelan perbelanjaan yang besar dan dirakam di Miri dan Bintulu. Akan tetapi sampai hari ini tiada berita. 

Benny Zach yang mempergunakan duit investor dan sponsor untuk kepentingan diri sendiri. Filem tersebut bukan sahaja tidak ditayang malah banyak penyelewengan oleh benny keatas kewangan syarikat serta masalah intergriti beliau dan sikap miang keladi yang hampir membawa padah kepada beliau sendiri. 

Benny Zachariah @ Donny Nyangon ( berbaju kuning )
Benny Zach telah membawa lari banyak aset penting seperti soft copy filem tersebut, kereta, dan banyak lagi. Ini lah jenayah Benny Zach di Bintulu. 

Bukan itu sahaja, kerugian juga kepada para pelakon yang bersungguh - sungguh mahu menjayakan filem tersebut tapi sebaliknya berlaku malah ada dikalangan pelakon tidak cukup makanan sehingga hari ini ada yang masih belum menerima gaji mereka.

Apai Saloi The Movie - Penyelewengan Benny Zach 
Saya ( Producer "Apai Saloi The Movie" ) adalah mangsa pertama Benny Zach @ Donny Ak Patrick Nyanggon. 

Namun Saya belajar dari kesilapan dan saya akan cuba mencegah orang lain daripada tertipu oleh penipuan Benny Zach.  Filem Saloi The Movie Bukan saja rugi malah langsung tidak menepati standard Audio dan video kualiti. 

Sungguh memalukan jika beliau menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang profesional. Yang sebenarnya beliau telah memakan banyak duit hasil kutipan sponsor semasa menjayakan filem Saloi the movie. 

Duit hasil kutipan sponsor dan meja serta dari pihak hotel telah digunakan oleh beliau sendiri tanpa pengetahuan Management ATTSB ( Allen Tinggie Trading Sdn Bhd ).

Pengakuan Penerbit Apai Saloi The Movie 

Penipuan dalam UjiBakat Mencari Pelakon
Mereka yang konon audition di Sibu Oleh Benny Zach yang telah dihutang sebanyak RM100 oleh Pengarah Filem Terkenal Benny Zach. Sampai sekarang Benny Zach tidak mengeluarkan Filem. 

Benny Zach atau dikenali sebagai conman di Sarawak
"anda harus membayar sejumlah wang untuk menyertai ujibakat tersebut"
Ini modus operandi Benny Zach atau nama sebenar Donny Ak Patrick Nyanggon untuk menipu orang yang ingin berlakon.

Terkini 
Setelah lebih kurang 2 tahun dia menyembunyikan diri akhirnya pada awal september iaitu di tanggal 6 haribulan lepas dia muncul kembali

Keratan Akbar The Borneo Post 6 September 2014
Para Penerbit dan juga Pelabur harus berjaga serta berwaspada dengan Benny Zach @ Donny kerana dia kini sedang kembali aktif di sekitar Sibu, Sarawak. 

Modus Operandi dia adalah seperti kebiasaan, cuba mengaburi mata anda tentang "kejayaan" dia yang tidak pernah wujud sehingga anda terperdaya lantas akan cuba mendapatkan anda sehingga bersetuju untuk melaburkan sejumlah kewangan untuk sesuatu projeknya selalunya melibatkan filem dan dokumentari.

Untuk pengetahuan semua, di bulan July tahun lepas iaitu 2013 dia "menganjurkan" satu maljis yang grand ala hollywood yang bertajuk "Sarawak Film Awards 2013" .

Keratan Akbar The Borneo Post 28 July 2013
Tetapi dia gagal setelah dikecam oleh beberapa 'testimoni' daripada orang ramai bahkan daripada penyanyi serta penerbit yang pernah ditipu olehnya sehingga tersebar menjadi viral kepada seluruh pengguna facebook khususnya di Sarawak.

Dimana dengan itu dia boleh mendapatkan seberapa banyak 'sponser' daripada orang kenamaan , persatuan ataupun individu persendirian ( ini adalah modus operandi yang biasa dia guna ). Hasil jualan meja jamuan sehingga apabila sampai tempoh tertentu dia akan lesap dengan semua keuntungan tersebut. 

Beberapa pengakuan daripada mangsa yang telah ditipu oleh Benny Zach @ Donny
Bukan setakat menipu tetapi dia pernah memberi 'syarat' yang pelik sekiranya mahu menjadi pelakon di filem arahannya, berikut adalah pengakuan seorang wanita .
Nemu kita nama kedeka iya? Mai aku ngaga sex ba bilik rumah aku atau ba hotel tekalanya sebagai bukti aku sanggup nerima syarat, nama asai ati kita enti urang luar yang datai kerumah kita alu minta ngaga sex? Jelu deh enda bakanya, sitan Benny kelalu desperate ka ngambi ulih, mantai mua enda malu. Tang aku pandai nyeliah peminta iya, thanks God.  
Mula ari point nya aku nemu Benny Zachariah tu kanji & enda ulih dpecaya, baru betemu alu mai ngaga sex, deh apaiiiiii !! Puiiiiihh !! Semadi amat ku ngenang hal nya. Ngenang gamal pan aku ka mutah. Aku nanya iya, nama kebuah aku perlu membuktikan kesanggupan aku enggau cara bakanya? Nadai cara bukai kah ko aku ngemelika iya.

Kepada anda yang mengenali Benny Zachariah atau Donny Anak Patrick Nyangon atau ada perkara yang ingin disampaikan atau untuk dikongsi di blog ini anda boleh email kan kepada Mr.J di admin@pengerindu.com bersama kita BONGKAR sebelum lebih ramai lagi mangsanya.

- Mr.J

BONGKAR! Pembunuh Kucing yang sebenar, Kontroversi Kucing dipijak dengan Kasut Tumit Tinggi hingga MATI.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Seorang penguna laman sosial yang berdaftar dengan nama samaran iaitu "Amoyy Mongek" telah mengemparkan para pengguna laman sosial facebook yang lain terutamanya daripada Malaysia, ini berikutan beberapa gambar anak kucing yang dibunuh diseksa dengan kejam sehingga mati malah dipijak dengan kasut tumit tinggi di bahagian mata sehingga pecah.

Gambar tersebut telah menaikkan kemarahan kepada para pencinta haiwan di malaysia khususnya para "cat lovers". Tetapi , setelah Mr.J meneliti gambar tersebut dan mengenalpasti bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang wanita dipercayai lokasi di China dan bukannya gambar asli milik akaun ""Amoyy Mongek" yang meng upload di akaunnya.

Baca berita mengenai Perempuan China ini di http://adf.ly/rlani
Tidak dapat dipastikan apakah motif utama pengguna laman sosial tersebut mengupload gambar orang lain dengan meletakkan kapsyen seaakan 'dia' membunuh kucing tersebut kerana mencuri makanannya.

Setelah diselidik dan disiasat oleh Mr.J, maka itu hanya satu "gurauan" budak sekolah yang kehausan menambah followers dan like facebooknya.

- Mr.J

Percaya atau Tidak? "Tol" termahal di Sarawak dengan kadar RM150 - RM2000 sekali melintas.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tahukah anda bahawa di Sarawak mempunyai satu tol yang 'murah' , yang pasti hanya penduduk dikawasan 'Metalun Murum Belaga' tahu segala macam cerita. 

Menurut beberapa sumber  Info terkini dari GB SK Metalun mengatakan tol jambatan RM800 manakala jalan RM300 .

Sekiranya apa yang dipaparkan ada benar maka pihak sepatutnya harus menjalankan siasatan atas sebab kenapa dan mengapa. Ada kemungkinan ianya adalah hak milik tanah persendirian tetapi wajar atau tidak dikenakan kadar "tol" sedemikian rupa.

Menurut sumber "Berita Belaga" kadar 'tol' ini masih beroperasi. 
Jika menurut apa yang ditulis didalam gambar tersebut ianya adalah dari pihak Teh Leh Ngou Ferry Contractor maka siasatan perlu dijalankan dengan kadar segera jika ada penyelewangan atau penipuan maka lesen operasi tersebut harus dibatalkan dengan kadar segera.

Mungkin kawasan tersebut dikawasan pendalaman hingga tidak ada sesiapa yang tahu sehingga menyebab 'pengusaha' menekan 'penduduk' ataupun mungkin penduduk dikawasan tersebut masing - masing memilikki lombong emas masing - masing. 

- Mr.J

Persatuan Legasi Kongsi Gelap Melayu diantara yang dikehendaki oleh PDRM.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hanya bertahan beberapa bulan ditubuhkan iaitu Persatuan Legasi Kongsi Gelap Melayu ( LKGM ) kini ketuanya berada dalam ketakutan bahkan bakal kehilangan keyboard berserta diharamkan untuk mengunakan mana - mana perkhidmatan jalur lebar.

Bermula dengan beberapa kekalahan teruk akibat sebilangan terkena renjatan elektrik daripada wayar usb yang tiba - tiba melilit kaki angota LKGM.

Kini para anggota bawahan yang berpisah daripada cabang utama mula beraksi untuk mengangkat martabat sendiri LKGM 2 tapi malang sekali ternyata akibat kecuaian seekor kucing telah menyebabkan air milo tertumpah ke atas komputer riba salah seorang ketuanya akhir terkena strok.
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat pemilik Facebook dan seorang lelaki di YouTube bagi membantu siasatan membabitkan penghinaan terhadap agama dan sensitiviti perkauman.  
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pemilik Facebook itu adalah Vignamona VM, Kelvin Yap, Persatuan Kongsi Gelap Melayu dan Mohd Adam Asyiq Balasubramaniam. Selanjutnya di Harian Metro 8/8/2014
Pelbagai kata kata kesat yang dilemparkan di laman sosial tersebut.
Anak didik LKGM yang dikenali sebagai Amran cuba bertahan untuk memimpin atau dengan erti kata lain mengangkat telur sendiri. Kali terakhir Amran dan pimpinannya dilihat berada dilokasi tapak pelupusan najis khinzir atau lebih mulia disebut sebagai babi.

- Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

"Jump from the building is crazy thing.. i will close my eyes forever.." status terakhirnya..dan siapakah Gulam Larkins?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia serta Salam 1Borneo,

Terbaru berita yang amat mengejutkan berlaku di Central Point Kota Kinabalu pada 9 Mei 2014, Sabah dimana seorang wanita bertindak terjun daripada bangunan tersebut dan mengakhiri episod cintanya kepada seorang pemuda yang dipercayai bernama Gulam Larkins ( mungkin nama samaran facebook ).

Undi Blog ini sekarang di > Digi Wwwow Awards 2014 <

Wanita yang bernama Hasrina Chee ( Takziah kepada saudara keluarganya ) dikatakan sempat mengemaskini status terakhirnya di facebook peribadinya dengan beberapa tulisan yang kelihatan seperti putus asa dengan seorang pemuda yang bernama Gulam Larkins.

"Jump from the building is crazy thing..... i will close my eyes forever.."
Mr.J tidak mahu mengadili sesiapa dalam kejadian ini, bahkan agak sebak bila membaca status facebook nya. 

Mungkin ramai diantara anda akan mengatakan bahawa ini satu tindakkan yang tidak rasional dibuat oleh wanita tersebut dan ramai juga akan menyalahkan si lelaki dalam hal ini. 

Wanita mempunyai hati yang lemah dalam soal percintaan dan acap kerap sekali mendengar berita yang kurang enak yang melibatkan wanita dalam mengenai soalnya cinta kerana ianya melibatkan sebuah perasaan yang amat tinggi sekali. 

Salam Takziah,
Mr.J

Sabah & Sarawak Menjawap Soalan "Typical Malayan" mengenai Bin Binti, Tatu, Nama Melayu tapi bukan Islam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Good Friday untuk para penganut Agama Kristian dan Salam 1-Malaysia,

Selamat bercuti kepada Rakyat Sabah dan Rakyat Sarawak pada hari ini iaitu 18 April 2014 yang juga merupakan Hari Cuti Umum di kedua - dua negara rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia. 

Rasanya tidak perlu untuk Mr.J memperjelaskan mengenai kenapa 'mereka' cuti umum dan tidak perlulah anda beriya - iya mengatakan kepada Mr.J bahawa "Bukankah Ini Negara Islam" , hal ini kerana agama Islam adalah hanyalah agama Rasmi di setiap negeri di dalam "Persekutuan Tanah Melayu" . 
"Persekutuan" Tanah Melayu dan Negara "Persekutuan" Malaysia adalah dua Perkara yang berbeza" - Mr.J
Sila rujuk kembali Perkara Pertama tentang Agama Rasmi di Sabah & Sarawak. "Perjanjian Perkara 18 - 20 Sabah dan Sarawak" dimana perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh para pemimpin lampau dalam 'usaha' memujuk Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju membentuk sebuah Negara "Persekutuan" yang dinamakan Malaysia.


Baiklah, berbalik kepada "Menjawap Soalan Typical Malayan" tetapi terlebih itu Mr.J memohon maaf kepada sesetengah pembaca kerana isu persoalan ini bukanlah kepada mempertikaikan sesuatu perkara tetapi Mr.J hendak bawa anda semua memahami serta melihat apa sebenar di Sabah dan Sarawak.

Ramai rakan dari luar kedua - dua negara tersebut keliru dengan status nama , agama serta bangsa mereka disini Mr.J tidak menyalahkan anda tetapi ini adalah kesilapan besar sistem pendidikkan malaysia semenjak penubuhan negara persekutuan malaysia. 

Kenapa Mr.J berkata demikian, ini kerana Mr.J telah melalui sistem Pendidikkan yang kebanyakkan hanya mengajar atau mendidik para pelajar hampir 95% sejarah dari Tanah Melayu manakala tentang Sabah dan Sarawak hanya boleh dibahagikan kepada 2.5% sepertimana mereka mengorbankan peratusan minyak terbesar kepada Tanah Melayu untuk mendirikan Menara Berkembar Petronas.

Nampaknya Mr.J dah tersasar jauh dari tajuk utama mungkin akibat keradangan otak apabila memberikan penjelasan yang berkali - kali. 

Ronny Harun pemain Bolasepak Pasukan Sarawak yang cukup lincah asal berkelahiran Sabah. Selalunya perkara pertama yang di 'spot' oleh kebanyakkan 'malayan' adalah pandangan luaran serta namanya , seperti Ronny Harun yang bertatu dan namanya agak ada bunyi 'kemelayuan' sehingga ramai yang membuat spekulasi tertentu bahkan ada yang menjadi uztad dan uztadzah dalam kadar segera tanpa membuat semakkan biodata pemain tersebut.

Tidak seperti Ronny Harun seorang lagi pemain Sarawak iaitu Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan yang juga mengangotai Pasukan Bolasepak Malaysia pernah diselubungi spekulasi dikatakan 'kafir' bahkan tuduhan 'murtad'  mungkin ketika itu hos bolasepak mengulas serta lebih senang memanggilnya sebagai "Putera".

Putera Nadher atau Junior Eldstal terpaksa membuat open letters untuk menjelaskan status agamanya.
Jika anda ada rakan daripada Sabah dan Sarawak bertanyalah kepada mereka tentang budaya dan sebagainya tetapi jangan terkejut sekiranya nama penuh rakan anda adalah Halimah Cristy Binti Kadir atau Johanes Ringgai Bin Mathew Sambek dan tiada tanda Islam kerana Bin dan Binti tidak merujuk kepada Agama Islam di Sarawak serta Sabah.

Inilah sebabnya jika ramai yang berangapan bahawa apabila 'Agama di Bangsa kan' . - Mr.J

Bila ejen perang siber diantara parti politik mengaitkan blog "Pengerindu.com" .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
PengeRindu.com | www.pengerindu.com disenarai Top 4 sebagai "Red Bean Army (RBA)" dalam List "Gelombang Angkatan Ombak Rindu Biru" atau lebih dikenali sebagai "Blue Wave Army (BWA)".

Tapi kalau nak Resepi Babi Masak 4 rasa boleh try search di Weblog www.pengerindu.com taip "Resepi babi" ty..

Nampaknya Pendapat serta Perkongsian kisah - kisah dari Sabah serta Sarawak dan juga kebangkitan anak muda borneo yang dikongsi di PengeRindu.com .

Hanya Sarawakian & Sabahan sahaja yang tahu apa yang ada di www.Pengerindu.com





Apa itu "Tajau" serta kegunaannya dalam Masyarakat Iban di Sarawak. - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Benda yang seakan - akan berbentuk pasu bunga gergasi ini di namakan sebagai Tajau ( bahasa iban )
Salah satu benda yang wajib ada di dalam sesebuah pintu bilik atau keluarga di dlm rumah panjang org iban.

Tajau melambangkan keistimewaan dan bakat kreatif orang zaman dulu - dulu dalam mencipta barang antik dengan menggunakan tangan dan bahan - bahan semula jadi seperti tanah atau kayu sahaja.

Tajau cukup bernilai tinggi dalam 'Darjat'.
Lazimnya, tajau yg akan anda jumpa di rumah panjang orang iban adalah seperti yg ada di dlm gambar: berwarna putih dengan ukiran naga berwarna biru atau berwarna jingga seakan2 warna tanah. Boleh juga kita lihat dalam pelbagai saiz, bentuk, warna serta ukiran nya.

Pada zaman dahulu tajau ini sangat berguna untuk menyimpan barang2 berharga ataupun barang makanan seperti beras ataupun pekasam dan sangat bagus untuk menyimpan air pengayu/tuak supaya tahan lama dan selamat.

Sehingga kini sebahagian rumah - rumah panjang org iban masih lagi menyimpan tajau dari zaman nenek moyang mereka dulu2. Itupun kalau rumah panjang lama belum hangus lagi.

-MizzDjp- zaman kecik2 suka bersembunyi berjam2 lamanya dlm tajau nenek yg paling besar kalau merajuk.

Twitter "Zhalif hakim" (zhalif32) sungguh bangsat! - Dikehendaki Hidup ataupun Separuh Mati.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Berikut adalah Wajah Si Penagih Siput Babi.
Ada yang mengatakan bahawa kesewelan budak ini disebabkan terlebih pengambilan siput babi yang diketahui umum boleh menyebabkan keradangan pada Sarat Oblogata. 

Dalam seluruh umat negara sedang meratapi ratusan jiwa yang terkorban dalam nahas MH370 tiba - tiba muncul seorang kanak - kanak yang boleh dikatakan agak kurang siuman berikut mempunyai masalah mental akibat daripada daripada sejarah lampau iaitu tertelan Siput Babi.

Tetapi agak malangnya Sindrom Siput Babi tersebut tidak banyak mempengaruhi dari segi pemikirannya yang menariknya Sindrom BABI pula yang menular ke pemikiran Kanak Bawah Umur tersebut.

Penagih Siput Babi iaitu Zhalif berkelakuan tidak bertamadun.

"Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Zhalif hakim (zhalif32) telah dilihat memaki hamun anak kepada ketua pramugara pesawat MH370 iaitu Maira Elizabeth Nari."

Motif sebenar Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun rata-rata pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.


Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Apa yang anda harus tahu apa Tekanan yang dialami oleh Lelaki Kacak? - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ramai wanita berangapan Lelaki Kacak adalah seorang yang tidak boleh didekati dengan dekat kerana mereka bijak menyusun kata andai leka maka dengan senang 'wanita' berada dalam 'dakapan' Lelaki Kacak.

Ternyata itu adalah gambaran ramai wanita kerana banyak menonton drama di TV , tapi pada realitinya Lelaki Kacak ini sebenarnya mereka berasa amat kesunyian (ini yg mr.j rasa nih) kerana sering dijauhi oleh kebanyakkan wanita .

Mr.J adalah Putera Katak asalnya.. Jika dicium dua kali Mr.J menjadi Katak semula.
Tidak diketahui sebab sebenar wanita tidak mahu mendekati Lelaki kacak mungkin kurang yakin "iyalah .. orang kacak tipulah tak ada gf" tapi sebaliknya setiap wanita impikan mendapat bf yang hinsum mcm si admin lelaki di PengeRindu.com . ( lelong - lelong )

Apa yang anda harus tahu apa Tekanan yang dialami oleh Lelaki Kacak?
1. Seringkali dibawa menjadi penyebab pengaduhan dua orang wanita di pejabat / jiran tetanga / anak dara sebelah rumah sewa paling kurang pun masam muka dengan kawan sendiri.

2. Selalu cuba untuk mengelakkan untuk bergaul bersama rakan - rakan wanita kerana risau akan menyebabkan diperguna oleh rakan wanita tersebut menjeleskan rakan wanita yang lain.

3. Biarpun Lelaki Kacak kata "I still Single" tetapi jawapan tersebut hanya menjadi bahan gelak si wanita sahaja.

4. Lelaki Kacak juga sering dipergunakan oleh si wanita untuk membalas dendam dan juga untuk menunjuk-nunjuk dihadapan rakan wanita yang lain.

5. Sering berasa putus asa hendak bercinta .. padahal baru sahaja hendak cuba 'mengayat' di sms..perkenalkan diri status 'single' terus dikata .."yerlah tak caya sungguh, muka hinsum pun xada tmn".

6. Lelaki Kacak lebih senang tergangu emosinya dalam percintaan, ini kerana apabila dalam hubungan cinta selalunya lelaki kacak lebih suka bermanja sangat sangat dgn kekasihnya..bahkan boleh merajuk walaupun hanya kerana sesuatu perkara yang remeh.

7. Lelaki Kacak tidak suka ditanya soalan yang sama berkali-kali dalam 1 hari .

8. Lelaki Kacak tidak suka bila mendapat tahu kekasihnya bangun lebih lewat daripadanya.
".. Dahlah Lewat Bangun lepastu suruh saya pigi tapau nasi pula.."

9. Jangan Pernah menipu hubungan anda, mungkin Lelaki Kacak 'anda tidak berduit' tapi jangan menipu perasaan anda.. Wang atau Cinta.. kerna sekiranya anda kantoi maka dia tidak teragak - agak menghalau anda ketika itu juga.

10. Lelaki Kacak memang agak senang jatuh cinta 'satu malam' kerana mereka ini sering dianggap 'playboy' oleh kaum wanita. Mungkin sebab seringkali mendengar perkataan Playboy dikaitkan dengannya maka , apa salahnya saya menjadi Playboy yang betul.

- Mr.J "betul kan.. "

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Cara membuat "Tuak" Perisa Nanas, Uniknya pembuatan 'Wain' Masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". Ms.DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Uniknya Pembuatan 'wain' masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". -bersama MizzDjp.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Dayak, kaum Iban Khasnya terkenal dgn pembuatan 'wain' mereka tersendiri yang lebih di kenali dengan nama 'air tuak' atau lebih realistik dan mesra alam di sebut sebagai 'air pengayu'.

Air "Tuak" juga mempunyai Perasa Nanas
Air tuak adalah sejenis minuman tradisi yang beralkohol 'semulajadi' oleh masyarakat Iban sama ada untuk sebarang perayaan, aktiviti tradisional atau sekadar untuk menyambut tetamu yg datang. 

Kenapa saya mengatakan ianya semulajadi? Ini kerana ia di perbuat drpd bahan-bahan yg cukup simple dan mudah diperolehi tanpa bahan tambahan pengawet seperti alkohol yang anda beli di kedai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit resepi tradisional dalam pembuatan air tuak ini. Namun, apa yang uniknya kali ini saya membongkar sesuatu yang di luar kebiasaan dalam pembuatan air tuak berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa hari yang lepas. 

Lazimnya, air tuak ini di perbuat daripada nasi atau pulut tapi kali ini Air Tuak MizzDjp di perbuat daripada buah nenas. Anda tidak yakin? Baik lah.. sila cuba resepi ini untuk puaskan hati anda sendiri.

Bahan utama:
Buah Nenas (yg sudah masak dan rasanya manis)
- Ragi
- Gula
- Sedikit air

(Kuantiti kesemua bahan2 di atas adalah terpulang kepada berapa banyak yg anda rancang nak buat dan saiz buah nanas anda)

Cara - cara :
1. Kupas buah nenas dan kisar sehingga halus.

2. Kemudian rebus dan tambah kan sedikit air (secukup rasa, sebab kalau terlampau byk air nenas jadi tawar dan kurang rasa)

3. Semasa merebus nanas, rebus sehingga kandungannya agak mendap kebawah dlm anggaran setengah tunjuk kemudian padamkan api. (dalam sejam atau lebih) menggunakan periuk besar.

4. Biarkan seketika sehingga sejuk. Kemudian, masukkan gula dan ragi yang telah di tumbuk halus dan kacau sehingga betul2 sebati. Sukatan gula dan ragi juga secukup rasa bersama kuantiti buah nenas tadi.

5. Akhir sekali simpan di dalam bekas yang bersih dan selamat. Dalam masa 2 atau 3 minggu atau mungkin kurang dari itu, wain nenas anda sudah boleh di hidangkan kepada tetamu.

TIPS;
- pastikan buah nenas anda adalah jenis nenas yg manis dan bukan nya masam. Ketepatan pemilihan buah nenas amat mempengaruhi keberjayaan wain pengayu anda dari segi rasa.

- pastikan nenas yg di rebus tadi betul2 telah sejuk sebelum menambahkan gula dan ragi.

- pastikan bekas untuk menyimpan wain pengayu anda kering dan bersih. Kalau boleh jemur terlebih dahulu.

- selain daripada nenas, wain pengayu tadi boleh di perbuat daripada buah pisang, apple atau anggur dengan cara yg sama. Asalkan anda mampu.

Sekian. Selamat Mencuba.


Flashback : Bolasepak Sarawak , penjaring gol terpantas (5saat) disimpan oleh Pengiran Bala dari Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bolasepak Sarawak, Pengiran Bala Pemain Bolasepak Sarawak berbangsa Kelabit , sekiranya dia bermain maka "bala" menanti pasukan lawan.


Pemilik Rekod penjaring gol paling pantas iaitu 5 saat selepas perlawanan bermula. Dijaringkan ketika Sarawak menewaskan Pahang 2-0 pada tahun 1989.

- Mr.J via Sarawak Football

Sabah & Sarawak menyahut Cabaran "Keluar dari malaysia" .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selepas Pelbagai isu "Tidak suka malaysia maka keluar dari malaysia" yang dibangkitkan oleh NGO-NGO khususnya dari Tanah Melayu suatu ketika dahulu. 

Tetapi kini Rakyat Sabah dan Sarawak menerima & menyahut Cabaran tersebut , pelbagai reaksi dibuat seperti contoh mengadakan petisyen online bahkan membuka page di laman sosial untuk melihat reaksi rakyat Sabah & Sarawak.

Sarawak for Sarawakians dan yang pasti UMNO tidak dibenarkan bertapak di Bumi Borneo
Jelas keputusan sangat mengejutkan kerana rata - rata suara rakyat Sabah & Sarawak menerusi alam maya bersetuju dengan petisyen bahkan undian online.
Menurut laman fmtborneoplus.com :
Pengguna Facebook Sabah dan Sarawak, memberi reaksi menyokong dan menyifatkan kerajaan persekutuan telah menafikan hak Borneo selama 50 tahun. “Status Sabah dan Sarawak tidak sama taraf dengan negeri-negeri Tanah Melayu, dan kerajaan Persekutuan perlu kembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai negara,”

"Sentimen keluar dari Malaysia semakin kuat dalam kalangan penduduk Sabah Sarawak dengan lahirnya kesedaran terhadap hak-hak yang selama ini ditutup.

Malah ketegangan agama dan kaum yang semakin meningkat di S.Malaysia meresahkan majoriti warga Borneo. Wujudnya sebuah kumpulan di media sosial dikenali sebagai Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang mempunyai 10,000 lebih ahli menguatkan lagi sentimen terbabit.."
Disini Mr.J kongsikan apakah yang membuatkan rata - rata penduduk Sabah & Sarawak berkata / bertindak sedemikian? jawapannya adalah royalti minyak , gaji minimun yang tidak selaras , penyelewengan kuasa pemimpin dan banyak sekali isu terutamanya melibatkan Perjanjian Perkara 18 - 20 Sabah & Sarawak sewaktu membentuk Negara Persekutuan yang dinamakan "Malaysia".

Salah satu Perkara dalam 20 Perjanjian diantara Sabah & Sarawak dengan Malaya. SSKM 

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Sindiket Sex Scam "Pelacur Tipu Pelangan" di Sibu, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sibu, Sarawak nama yang tidak asing lagi bagi 'masalah' sosial . Sibu sering dikaitkan dengan tempat 'penjenayah' suatu ketika dahulu dan juga merupakan 'sarang' kepada dunia gengster di Sarawak tetapi Mr.J tidak mahu mengulas dengan lanjut kerana Pihak Berkuasa tahu apa yang mereka buat dan akan buat serta tengah buat.

gambar hiasan
Kali ini Mr.J hendak mengulas mengenai modus operandi yang berkaitan dengan Sindikit Scam Pelacuran , kejadian ini sudah lama berlaku tetapi mungkin tiada laporan polis dibuat akibat si mangsa tidak mahu menangung aib ataupun malu atas sikap 'melangan pelacur' terbongkar.

Atas dek Nafsu maka hilanglah segala duit, maruah bahkan segalanya, hal ini telah berlaku apabila seorang pemuda 'forever alone' mengajak seorang wanita seksi yang berkeliaran di kaki lima ke sebuah hotel berdekatan tetapi malangnya ianya adalah sebuah 'umpan' untuk memancing si lelaki tersebut sepertimana Mr.J mengunakan umpan roti untuk mendapatkan Ikan Lajong di Sungai Rajang berdekatan Waft Express Sibu .

Setelah itu , wanita tersebut naiklah ke bilik hotel dan tidak sampai beberapa minit kemudian maka muncul susuk lembaga lelaki iaitu dipercayai adalah suami kepada wanita tersebut dan maka bermulalah babak drama sinetron iaitu mendesak si mangsa untuk membayar sejumlah wang sebagai 'pembebasan' daripada dibelasah atau dimalukan dikhalayak ramai.

SIBU: Seorang lelaki berusia 20-an mengalami kerugian RM2,000 selepas melanggani seorang wanita di sebuah hotel di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 10 pagi, lelaki terbabit terserempak dengan seorang wanita di kaki lima dan kemudian mempelawanya ke sebuah hotel bajet yang berdekatan. 
Semasa berada di bilik hotel tersebut, wanita terbabit sedang menanggalkan pakaian pengadu selepas mereka bercumbu-cumbuan di dalam bilik hotel. Tanpa disangka, tiba-tiba mereka berdua terdengar ketukan pintu bilik memaksa pasangan tersebut terkejut dari lamunan untuk membuka pintu bilik hotel tersebut. 
“Kenapa awak bawa bini saya?” kata salah seorang daripada empat lelaki yang berada di luar pintu tersebut. Rujuk Borneo Post 5/2/14
Untuk melengkapkan sebuah drama harus ada pelakon sampingan bergitu juga dengan kes ini si 'suami' akan memanggil seorang lelaki yang telah ditetapkan memegang watak sebagai seorang anggota polis maka dengan itu si mangsa semakin gelabah dan menurut apa sahaja kehendak mereka ( trio-scam ).

Akhirnya si mangsa menyerahkan barangan kemas atau apa sahaja barang yang bernilai kepada 'mereka'. Jadi pengajaran disini adalah umpan roti adalah yang cukup mujarab untuk memancing Ikan Lajong.

Apa itu AMBAL / SIPUT BULUH , bersama Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
~AMBAL/SIPUT BULUH~ bersama MizzDjp.

Ambal -atau lazim nya di kenali sebagai siput buluh atau lala atau nama lain nya berbeza-beza sebutan, bergantung kepada sesebuah tempat dan bangsa adalah sejenis makanan laut yang boleh di temui di sekitar pantai laut.

Di sarawak, ambal seringkali di temui di sekitar pantai asajaya, Kuching terutama pada musim ambal sekitar bulan october hingga februari. Siput buluh ini amat mudah di cari dan memerlukan 'teknik tertentu' kerana ianya bersembunyi di pasir pantai dan jumlah ambal yg bersembunyi bergantung kepada pasang surutnya air laut.

Secara teknikal, pencari ambal akan menggunakan sejenis kayu di reka khas yang di namakan sebagai 'PENUNGGAL' untuk melancarkan proses pencarian ambal dan sejenis buluh kecil kira2 sebesar sebatang pensil yang sudah di isi dengan serbuk kapur untur memaksa ambal keluar dari persembunyian di dalam pasir pantai.

Lazimnya, ambal seringkali mendapat sambutan yg menggalakkan dan boleh di beli di pasar2 basah sekitar kuching sarawak. Pencari ambal dikhabarkan boleh menjana pendapatan seharian yg agak lumayan dengan menjual ambal dan harga pasaran di anggarkan boleh mencecah sehingga RM18 hingga RM30 sekilogram bergantung kepada jenis ambal tersebut.

Di Kuching, ambal boleh kita temui di jual oleh peniaga ditepi-tepi jalan sekitar kawasan tabuan dan kota samarahan dengan harga rm18 sekilogram. Ambal atau siput buluh ini amat Sedap di makan di masak kari, atau kukus cicah bersama sambal,limau dan cili atau cara lain nya bergantung kepada selera individu. Rasanya seakan akan siput sungai dan mudah di makan tanpa perlu menyedut nya terlebih dahulu.

Siput Buluh atau disebut "Ambal" di Sarawak.

~MizzDjp teringin nak mencuba mencari ambal suatu hari nanti. Ambal ialah feveret seafood mizzdjp selain ketam, sotong dan obor-obor.

#MizzDjp
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©