Laporan polis dibuat oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) berhubung artikel hina budaya Kadazandusun dan Murut.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah blog yang didakwa sebagai menghina budaya masyarakat Kadazandusun dan Murut.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin di Balai Polis Penampang, dekat sini.

PBS mahu polis menyiasat artikel bertarikh 11 Sept dan penulis blog itu dan mengambil tindakan wajar kerana artikel itu didakwa telah menghina dan menyinggung perasaan masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sedang meneliti laporan PBS itu dan jika perlu akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.

"Jika didapati terdapat kesalahan di bawah Akta Hasutan ataupun mana-mana kes jenayah, polis akan bertindak.

"Namun jika tidak terkandung atau tergolong kepada sebarang akta, polis akan menyerahkannya kepada SKMM untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Hari Raya Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Hamza berkata polis dan SKMM sentiasa memantau isi kandungan semua laman sosial dan blog yang boleh menjejaskan dan memecah-belahkan keamanan negara.- Bernama


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©