MH17 : Jenazah Meling anak Mula akan tiba di Bintulu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebak rasa didada apabila melihat gambar keluarga mendiang Meling anak Mula yang terbabit dalam nahas di dalam Kapal Terbang Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak antarabangsa.

Beliau meninggalkan keluarganya iaitu Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8. 

Menurut khabar daripada Berita Harian, Jenazah Meling Mula akan tiba di Bintulu esok iaitu pada 3 Oktober 2014 manakala waktu masa tidak dipastikan. - Mr.J

BINTULU: Jenazah seorang daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, Meling Mula yang akan tiba di Bintulu esok akan disemadikan di tanah perkuburan Batu 2, Jalan Bintulu-Miri, Sabtu ini.

Isteri mendiang, Simbut Kedit, berkata sejurus selepas tiba di sini, jenazahnya akan dibawa ke kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Tanjung Kidurong dan seterusnya ke Dewan Sungai Plan untuk urusan penghormatan terakhir.

"Saya belum lagi dimaklumkan waktu sebenar jenazah suami saya akan tiba di Lapangan Terbang Bintulu tetapi setelah menanti sekian lama saya bersyukur akhirnya jenazah dapat dibawa kembali ke Bintulu," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Simbut meminta kerjasama semua media untuk menghormati privasi keluarga apabila jenazah dibawa ke kediaman mereka dengan tidak membuat sebarang liputan di sana nanti.

"Saya memohon kerjasama media untuk menghormati privasi keluarga kami tetapi media boleh membuat liputan di Dewan Sungai Plan," katanya.

Anak - anak mendiang Meling anak Mula sebak ketika ditemui media.
Simbut berkata, beliau setakat ini belum memutuskan sama ada mahu kembali ke kampung halaman sendiri atau mencari pekerjaan untuk menyara hidup.

"Tumpuan kini ialah untuk memastikan anak-anak saya terus bersekolah," katanya sambil menambah setakat ini beliau belum menerima sebarang bantuan daripada kerajaan setelah suaminya disahkan meninggal dunia.

Mendiang Meling ialah pekerja luar pantai untuk syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur dan telah bertugas dua tahun enam bulan di luar negara.

Beliau berasal dari Betong manakala Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam satu kenyataan, berkata jenazah Meling bersama dengan empat lagi jenazah mangsa MH17 akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.30 pagi esok.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©