Konsep 'Kuku Besi? : Tuai Rumah di Bawang Assan tidak sokong kerajaan akan dipecat.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Agak terkilan dengan salah satu statement yang Mr.J baca daripada akhbar harian borneo post iaitu mengenai dimana Ketua Kaum atau Tuai Rumah Panjang yang tidak menyokong kerajaan akan di 'pecat' dengan serta merta.
Andrew turut mengingatkan semua ketua kaum di Bawang Assan agar tidak ragu-ragu dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta wakil rakyat yang dilantik.
Adakah dengan memecat mereka akan menutup kelemahan sesuatu parti? jika bergini 'aturcara' permainan politik maka lebih baik seluruh masyarakat dayak khususnya di pendalaman 'memecat' ahli - ahli politik ini dengan kekuatan 'undian' mereka pada masa akan datang.

Ketua Kaum juga boleh MEMECAT Politik tersebut dengan Undi mereka. - Borneo Post 6/10/14
"Memalukan" sekiranya ada ahli politik sanggup berkata bergitu, kenapa tidak menggunakan pendekatan bertemu dan berkongsi masalah atas persoalan kenapa dan mengapa tidak mahu menyokong kerajaan. Bukankah dari sekolah lagi manusia telah dididik dengan sistem pendidikkan moral insan atau 'mereka' tiada nilai moral?

Semestinya ada penyebab kenapa mereka "Tuai Rumah" tidak menyokong, atau mungkin kemudahan seperti Elektrik, Jalan raya atau sebagainya masih tidak diuruskan oleh Ketua Parti N.47 tersebut. Atau kemungkinan tidak mengendahkan masalah pemilikkan Hak Tanah Adat mereka atau mungkin juga sebab yang lain.

Apa salahnya berbincang dengan mereka dahulu sebelum meletakkan satu hukuman. Ingat, setiap bicara anda diperhatikan golongan anak muda yang merupakan nasib "parti" itu.

Jangan kerana bila anda pergi kerumah panjang dilihat hanya golongan tua sahaja yang ada tapi anda lupa pengundi muda yang banyak berhirjah ke luar dan yang pasti mereka akan balik mengundi satu hari nanti!.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©