Sejauh manakah kepercayaan anda terhadap mimpi?
Hari ini Mr.J rasa mahu berkongsi sebuah mimpi bersama anda bahkan ramai yang mengatakan bahawa mimpi itu mainan saiton~ tapi Mr.J tidak peduli dengan saiton kerana saiton sendiri terbukti takut kepada Mr.J kerana risau akan menjadi sebahagian daripada koleksi simpanan Mr.J.
Baiklah, pernah tak anda mengalami situasi seperti "tersedar dalam alam mimpi tetapi masih lagi di alam mimpi" ataupun mengawal "mimpi" anda.
Semalam, Mr.J telah sedar dalam mimpi tetapi masih lagi di alam sebuah di dalam mimpi tersebut Mr.J seakan - akan tahu bahawa Mr.J berada di alam mimpi bahkan menyoal individu yang tidak dikenalan di alam mimpi tersebut dengan berkata "aku sekarang dalam alam mimpi jadi baik engkau bagi aku No 4D yang keluar esok".
Selepas menerima wahyu daripada mimpi tersebut maka aku lantas mencari kertas dan pen tetapi jiwa aku berkata dalam mimpi "aku sekarang di alam mimpi maka esoknya aku bangun kertas dan pen berserta no tersebut akan hilang" kataku.
Maka dengan itu aku berfikir sekali lagi , sekiranya aku mampu mengawal alam mimpi ini maka aku juga mampu untuk keluar daripada alam mimpi ini mengikut kehendak aku . Setelah nombor tersebut diberi maka aku pejamkan mata (masih di alam mimpi) dan buka mata (kembali ke alam nyata) aku terus bingkas mencapai telefon bimbit dan menekan 4 Digit Nombor sebentar tadi.
Seandainya apa yang dikatakan dalam "wahyu" tersebut benar maka malam ini no itu bisa pasti naik!
- Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in