INFO bersama MizzDjp.
Nyabur/ilang (bahasa iban) mengikut pengetahuan setakat yang saya tahu (cerita di perolehi dari mendiang datuk saya sendiri) ialah sejenis 'parang puaka' yang di gunakan oleh pahlawan-pahlawan iban terdahulu untuk 'ngayau' atau memotong kepala musuh.
Nyabur ini ialah sejenis senjata yang amat penting bagi identiti masyarakat iban dahulu kala. Ia bukan sahaja melambangkan kekuatan seseorang pahlawan tetapi melambangkan mereka juga berani dan ada kalanya pemilik nyabur layak untuk di jadikan ketua dalam memimpin sesebuah masyarakat di sesuatu tempat untuk mengetuai kayau menyerang musuh.
Ilang / Nyabur yang dipercayai berusia ratusan tahun. |
Menurut pantang larang orang iban dahulu kala, Nyabur adalah sejenis senjata yg tidak boleh di cipta atau di simpan sebarangan orang melainkan orang tersebut pernah ada "dengah" .
Dengah bermaksud seorang lelaki yang pernah memotong kepala (ngayau) musuh lebih dari sekali.
Setakat itu info yang saya tahu. Sehingga kini segelintir rumah-rumah panjang masih menyimpan senjata ini sebagai warisan turun temurun.
Sesiapa ada info lebih banyak tentang 'Nyabur' boleh lah di kongsikan di ruang komen.
by #MizzDjp - dayak's woman headhunters.
Info Tambahan
Manakala di Kalimantan ianya lebih dikenali sebagai "Mandau" , Dayak Sarawak dan Dayak Kalimantan mempunyai hubungan persaudaraan yang erat.
Parang 'Ilang' (Dayak Sarawak) atau lebih dikenali sebagai 'mandau' (Dayak Kalimantan) . Dayak Adalah Penduduk Pribumi Asal di Kepulauan Borneo yang kini disempadankan dengan Sarawak, Sabah , Brunei dan Kalimantan. |