Berapa Peratuskan Buku Teks Sejarah di Sekolah menerangakan Sejarah Sabah dan Sarawak? 1%? Buku Sejarah tidak lengkap.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam 1Borneo dan Salam 1Malaysia ,

Fikir sejenak, tahukah anda bagaimana sebuah negara yang bernama 'Malaysia' dibentuk? mungkin ada diantara anda menjawap dengan penuh yakin bahawa Malaysia terbentuk apabila mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .


Anda pasti jawapan tersebut betul? tetapi malangnya jawapan tersebut salah dan disini tidak perlulah Mr.J tmemberitahu jawapannya kerana zaman sekarang anda mempunyai pelbagai medium untuk mencari jawapan, lainlah kalau anda masih mengharapkan kisah - kisah hikayat didalam Buku Teks Sekolah.

Mr.J tidak mengatakan bahawa apa yang kita pelajari dalam buku teks sejarah adalah perkara yang sia - sia, sebenarnya itu adalah satu kelebihan kepada Mr.J iaitu warga Sarawak khasnya serta warga Sabah kerana kita lebih banyak mengenali 'kisah' negara rakan kongsi kita dalam 'malaysia' .

Tetapi malangnya bagi 'mereka' maaf bukan semua cuma sebilangan sahaja tidak tahu keunikkan kita , kelebihan kita , sosio-budaya , sosio-agama serta banyak lagi . 

"beberapa tahu lepas , dimana seorang ahli politik 'menghina' apabila partinya bertanding di sarawak telah kalah dan mengatakan bahawa masyarakat Sarawak tidak tahu mengundi kerana masih pakai cawat"

Kita sering dipandang rendah kerana apa yang 'mereka' tahu tentang Sabah serta Sarawak adalah berciri atau berfantasikan latar belakang hutan , balak , tidak bertamadun , sumpit malah pakaian tradisional sesetengah etnik kita juga dihina.

Bukan itu sahaja, malah ramai berangapan masyarakat Sarawak mengamalkan ilmu hitam dalam kehidupan seharian mereka. Mr.J sering mengiyakan sahaja bila ditanya soalan seperti itu .

Pandangan 'ruai' Rumah Panjang.

Tinggal dalam gua , rumah atas pokok dan lebih heavy metal lagi bila ada yang ingat bahawa ada orang makan orang di Sarawak . Apakah perasaan anda bila diajukan soalan seperti berikut? .

Tetapi tidakkan 'sebilangan' mereka tahu bahawa rata - rata rakyat Sabah & Sarawak menggunakan pengangkutan udara sebagai pengangkutan yang dianggap seperti sebuah 'bas' ulang - alik sahaja . Rumah Panjang dilengkapi dengan penyaman udara serta menonton ratusan rancangan luar negara dengan menggunakan 'parabola' .

Kini telah 50 tahun Sabah dan Sarawak bersama - sama dengan Tanah Melayu membentuk 'Malaysia" adakah tiba rasanya untuk Negara Sabah ataupun Negara Sarawak mentadbir 'Persekutuan' dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia ataupun mungkin akan berlaku di 50 tahun yang akan datang.

Sebelum Mr.J akhiri disini adalah semoga rakyat Sabah dan rakyat Sarawak jangan terus alpa bahawa kita bukanlah berstatus Negeri ke 12 dan ke 13 , kita adalah sebuah Negara dalam Perjanjian Pembentukkan "Malaysia" . 

Telah termaktub dalam senarai 20 Perkara Perjanjian Pembentukkan Malaysia
  • Perkara 18: Nama Ketua Negara - Yang di-Pertua Negara. 
  • Perkara 19: Nama Negara - Sarawak atau Sabah.
- Mr.J Dum Spiro Spero

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©