'Allah' tetap bersama di Gereja Negara Sabah dan Negara Sarawak. Martabatkan Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan Kita.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam 1Malaysia dan Salam 1Borneo , bertemu kembali dengan Mr.J walaupun pada hakikatnya kita tak bersua tetapi skrin komputer mendekatkan kita.

Ramai rakan Mr.J rata - ratanya dari Sarawak ada bertanyakan mengenai 'Bahasa' yang Mr.J guna didalam penulisan blog ini dan kenapa tidak mengunakan Bahasa Iban. 

Membaca 'Kitab Injil' bagaikan anda mengikuti sebuah kisah dalam Novel , sungguh menarik dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di malaysia tetapi Umat Islam dilarang Keras untuk menyentuh apatah lagi cubaan 'membaca' kerana anda boleh menjadi 'Kristian' dalam masa 3 saat. 

"Martabatkan Bahasa Malaysia Kebangsaan Kita" maaf bukan bahasa melayu

Sebenarnya Mr.J pernah dan telah menggunakan Bahasa Iban sewaktu ketika dahulu sekitar tahun 2005 atau 2005 di sebuah blog yang bernama 'Bungai Pengerindu' tetapi ramai juga yang 'menasihati' Mr.J kerana banyak sangat kesalahan dari segi perkataan serta maksud dan juga penyusunan ayat dalam Bahasa Iban.

Tetapi setelah Kerajaan Malaysia memperkenalkan "Cintai Bahasa Malaysia , Bahasa Kebangsaan", Bahasa Malaysia adalah Bahasa yang mesti LULUS di Sijil Peperiksaan Menengah dan adalah perkara yang sia - sia sekiranya semua subjek SPM anda mendapat Grade 1 atau A tetapi Bahasa Malaysia anda mendapat E maka secara langsungnya anda telah gagal dalam SPM walaupun keputusan Subjek yang lain adalah +AAA.
KUCHING: Gereja Bumiputera Sarawak akan terus menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai asas kepada semua aspek kepercayaan dan amalan dalam agama Kristian. Borneo Post 14/11/13
Saat itulah Mr.J berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam subjek Bahasa Malaysia  maaf Bukan Bahasa Melayu iaitu dengan membaca Kitab Injil Bahasa Melayu daripada rakan Mr.J.

Menurutnya Kitab Injil Bahasa Melayu tersebut telah diwarisi sejak beberapa generasi iaitu semasa Sarawak berkerajaan Rajah James Brooke dahulu. Wahhh hebat Zaman Pengunaan Bahasa Melayu masa itu. 

Baiklah , Mr.J tidak mampu untuk mengulas dengan lebih dalam lagi tentang SPM , Kitab Injil , Bahasa Malaysia dan yang pasti anda tahu apa 'isi tersirat' yang ingin Mr.J sampaikan. 

Kebanyakkan isu yang melibatkan Perjanjian Pembentukkan Malaysia diantara Sabah & Sarawak telah banyak 'diceroboh' dengan sewenang-wenangnya oleh 'sebilangan mereka'.

Semua ini terletak kepada kepimpinan para menteri di Sabah dan Sarawak tanpa mengira aliran politik untuk bersuara dan tidak mustahil 'Kita Kuat' jika bersatu tetapi apa yang Mr.J lihat sekarang semuanya kelihatan menjaga 'manok pansuh' masing - masing dan khuatir akan kehilangan 'tabas'.

Tidak dinafikan ramai wakil - wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak berani bersuara tetapi cuma sekadar berani bersuara dihadapan penduduk di kawasan mereka sahaja tetapi bila berada di Parlimen semuanya bagaikan Patung Hiasan sahaja.

- Mr.J apa-apapun dari kau sabah bah itu!

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©