Live Streamming TV: SARAWAK VS SIME DARBY. ( Suku Akhir 2 - Piala Malaysia 2013 ) 5 October 2013.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pada Perlawanan Suku Akhir Pertama iaitu Pasukan Sarawak bertandang ke tempat lawan untuk menentang Sime Darby berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kali ini giliran Sime Darby berkunjung ke Lubuk Puaka Bujang Senang di Stadium Negeri Sarawak. Dianggarkan puluhan penyokong Sarawak akan memberikan semangat kepada pasukan mereka dan juga diramalkan limpahan penyokong bakal berlaku.

Mari kita saksikan Pasukan manakah yang berjaya untuk ke Pusingan seterusnya iaitu Separuh Akhir.

 SARAWAK VS SIME DARBY
Suku Akhir Kedua
( Penentuan ke Separuh Akhir )

Mari kita saksikan Siaran Langsung dibawa oleh RTM di TV1 pada pukul 8.40 malam nanti.



Sejarah Info Bolasepak Sarawak : 
Pada Tahun 1989 Insiden Hitam berlaku kepada Pasukan Sarawak sewaktu menentang Kuala Lumpur di Stadium Merdeka iaitu pada Pusingan Suku Akhir. 

Awang Mahyan ( Jurulatih Sarawak 1989 Ngap Sayot Slogan ) dikasari Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan. 

"Saya tak kenal siapa dia masa itu, akibat terlalu marah saya meludah muka Zaman Khan," katanya sambil menjelaskan perlawanan berkenaan dihentikan dan Kuala Lumpur diberi kemenangan percuma. 

Persatuan Bolasepak Sarawak juga pernah menarik diri dengan tidak mahu menyertai FAM ketika itu kerana sentimen nasionalisme diantara Sarawak dan Tanah Melayu agak kritikal ketika itu. Baca Selanjutnya di Ngap Sayot.


- Mr.J

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©