Intergriti Nasional antara Semenangjung & Sarawak terjejas di laman sosial kerana Bolasepak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sentimen anti - 'negeri' diantara malaysia barat dan malaysia timur telah berlaku di fb-fb bolasepak di malaysia ini.

Hal ini tercetus semenjak sarawak dikatakan seolah - olah tidak layak untuk bermain di Piala Malaysia dan sekadar satu pasukan Cap Ayam.

Pada pusingan awal intergriti nasional tercemar bila dicetuskan oleh salah seorang dj radio di malaysia barat dan mula dari itulah 'intergriti nasional' dilihat memandang rendah pasukan daripada malaysia timur atau malaysia borneo seolah - olah Negara di Malaysia Timur tidak bermaruah .

Sekian lama penduduk di malaysia timur atau sabah & sarawak mendengar pelbagai cacian seperti memakai sirat , tidak bertamadun , duduk atas pokok atau tinggal dalam gua , kanibal dan pelbagai lagi cacian yang tidak enak didengar sehingga satu tahap masyarakat borneo iaitu Sabah & Sarawak menanam benih kebencian yang amat sangat kepada semenangjung iaitu malaya .

Dan ditambah lagi bila Pasukan Bolasepak Perak tidak puashati dengan kekalahan lantas dikatakan mengaitkan 'Sarawak' ada 'rasuah' maka tercetuslah sedikit sebanyak 'ketegangan nasional' . 

Sehingga tercetus sedikit 'ketegangan' di laman sosial dengan sentimen 'anti-malaya' ( merujuk kepada FAM & Menteri ) berlaku, adakah ini rentetan sejarah silam 'Ngap Sayot' yang dipimpin oleh Awang Mahyan suatu ketika dahulu bakal tercetus kembali.

Mungkin ini kerana , Sarawak selalu dipandang rendah sejak berkurun lamanya kini bangkit dan mula 'melawan kembali',

Ini semua berlaku kerana hampir segala sektor di malaysia akan di 'titikberatkan' atau diberi kepada orang 'malaya' sehinggalah jawatan - jawatan didalam kerajaan . Bukan itu sahaja , Gaji Minimun yang diusulkan oleh Menteri juga melebihkan orang malaya iaitu rm900 untuk malaya dan rm800 untuk Sabah & Sarawak.

Sehingga orang malaysia borneo atau Sabah & Sarawak merasa sangat dianak tirikan atau ketidakadilan berlaku terhadap mereka. 

Bagaikan sejarah 1988-1989 bolasepak sarawak, adakah ini pertanda Sejarah 'Awang Mahyan' bakal muncul kembali. Yang Pasti Stadium Sarawak pada 5/10/13 ini akan memperlihatkan kebangkitan penyokong yang tidak pernah dilihat. 

 - Mr.J

  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©