Jerunai atau Kelideng upacara pengembumian seram Masyarakat Melanau di Sarawak suatu ketika dahulu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Negara Sarawak terkenal dengan pelbagai kaum serta bermacam - macam kepercayaan tersendiri , baiklah kali ini Mr.J hendak bercerita serta berkongsi sedikit mengenai Orang Melanau dan juga ritual 'seram' mereka suatu ketika dahulu . 

Terlebih dahulu Kaum Melanau moden sekarang terdiri daripada 3 kepercayaan iaitu Melanau Islam ( Majoriti sekitar Daro ) , Melanau Kristian ( Majoriti di sekitar Dalat , Igan ) dan Melanau Asli ( masih kepada adat lama ).

Tulang si mati dipindahkan ke dalam lubang di bahagian tengah Jerunai (keranda) setinggi kira-kira 10 meter. 

Disini Mr.J hendak mengkhususkan satu upacara yang boleh dianggap agak 'keterlaluan' ( maafkan saya ) iaitu apabila seseorang Bangsawan Melanau meninggal dunia maka akan disemadikan di satu tiang yang cukup besar dan kuat iaitu daripada Kayu Tebelian manakala akan diletakkan korban manusia ( selalunya  'hamba' akan disemadikan bersama.
Bagi mengiringi roh bangsawan Melanau yang telah mati, seorang gadis daripada golongan hamba atau 'dipen' dalam bahasa Melanau akan dikorbankan. Si gadis tersebut diikat di atas puncak Jerunai tanpa makanan dan minuman. 
Mereka percaya apabila si gadis mati kebuluran, rohnya akan menjaga tuan iaitu golongan bangsawan yang disemadikan di dalam lubang Jerunai. 
Mengikut cerita lama masyarakat Melanau, mereka yang menyusuri sungai akan memercikkan air untuk diminum oleh si gadis yang merintih meminta dilepaskan dari puncak Jerunai. Itu kisah yang disampaikan dari generasi lama kepada generasi muda dan buktinya masih ada sehingga kini.
Amalan tersebut dikatakan telah dilakukan semasa "Kerajaan Malano/Melanau" ratusan tahun yang lampau, dan pada abab ke 19 sedikit demi sedikit amalan tersebut tidak dilakukan setelah kedatangan Agama Kristian di Sarawak.

Ini adalah sebahagian daripada sejarah Kaum Melanau suatu ketika dahulu yang masih kekal diingati , andai anda ke Sarawak Khusunya ke kawasan Dalat dan Mukah anda akan melihat pelbagai makanan menarik contohnya Tebaloi dan juga makanan esotik seperti Ulat Sago turut dijual di pasar - pasar berdekatan.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©