Esotik Borneo : Bagaimanakah Rasanya Katak ( Pamak / Raong ) , sedap ?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Di Borneo terlalu banyak benda menarik untuk diceritakan , daripada masyarakat yang berbilang bangsa , kaum dan agama serta adat yang berlainan bergitu juga dalam bab makanan.

Kalau dalam posting yang lepas Mr.J menyenaraikan tiga jenis makanan kegemaran Mr.J yang agak 'memualkan' bagi sebilangan daripada anda maka kali ini Mr.J akan menceritakan sedikit tentang Bagaimana rasannya Isi Katak ? Ingat bukan sebarang Katak boleh dimakan .

Katak 'Pamak & Raong' diternak dan merupakan makanan Mewah di Restoran

Lazimnya ada dua jenis katak yang boleh dimakan dalam Bahasa Dayak Sarawak kami memanggilnya sebagai 'Pamak' dan 'Raong' , saiznya adalah berbeza dengan katak biasa dan saiznya adalah lebih besar daripada katak biasa.

Untuk mendapatkan "Pamak dan Raong" bukanlah sesuatu yang diambil mudah , selalunya ia akan muncul pada waktu malam selepas petang matahari terbenam . Lokasi kesukaan katak tersebut adalah di celah - celah batu sungai dan juga di sawah padi serta kawasan yang berair.

Rasanya Manis dan lebih sedap daripada Ayam .

Ramai yang ingin tahu rasanya bagaimana? bagi Mr.J rasanya cukup enak sekali walaupun dimasak dengan apa cara dan selalunya ia dimasak sup dan juga BBQ . 

Slurpp, terliur Mr.J sewaktu menaip mengenai Katak ini...

Harganya kalau di pasar basah bukanlah murah dan boleh dikatakan agak sedikit mahal , tetapi kalau nak murah maka kena rajin keluar malam - malam menyelusuri anak sungai sambil membawa lampu suluh , ini kerana lampu suluh merupakan satu cara yang menarik untuk 'melekakan' serta untuk menangkap katak tersebut . 

Katak Raong yang dijual di Pasar Selangau yang telah dibuang kulit.

Pelbagai persoalan diajukan kepada Mr.J samaada ianya Halal ataupun Haram bagi Muslim tetapi Mr.J tidak dapat menjawap soalan anda kerana Mr.J boleh makan semuanya :) , mungkin anda boleh bertanyakan kepada Pemimpin agama anda masing - masing.

- Mr.J boleh makan ular , katak , kura - kura , rusa , babi , kelawar ... semuanya boleh~ .. fear factor!

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©