Apakah Maksud Ukiran Tatu 'Bunga Terung 'di Badan Masyarakat Dayak Khususnya Dayak Iban?.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Sejahtera , ramai yang bertanya kepada Mr.J apakah maksud Tatu 'Bunga Terung' yang selalu dicacah di bahagian Bahu orang Sarawak khasnya Masyarakat Dayak Iban.

Untuk pengetahuan semua , lelaki Iban yang mempunyai tatu Bunga Terung adalah kerana mereka dikatakan mempunyai tanggungjawap yang besar dalam sesebuah keluarga mereka .

Dahulu sebelum proses mencacah Tatu dibadan , maka harus ada upacara 'miring' diadakan seperti memohon keberkatan kepada dewa - dewa perang .


Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Selain itu corak 'pusaran' didalam tatu Bunga Terung tersebut dikatakan melambangkan sebuah kehidupan baru dan mendapat 'kuasa' daripada perut berudu.

Tatu ini juga penting bagi anak lelaki Dayak yang keluar merantau atau mengembara jauh daripada kawasan mereka dan ianya dikatakan sebagai azimat kekal 'mantera wheel'.


Dizaman moden ini tatu bercorak tradisional merupakan sebagai 'IC/Kad Pengenalan' kepada Masyarakat Dayak , seperti contoh sekiranya seseorang individu tersebut merantau atau mengembara dan tersempak dengan seorang individu lain yang mempunyai corak tatu 'Bunga Terung' maka dia tahu bahawa individu tersebut adalah daripada Kaumnya.

Tonton Dokumentari Mengenai Adat Bertatu


Kini Proses mencacah tatu tidaklah serumit dahulu dengan adanya mesin tatu sendiri .

Setakat ini sahaja yang Mr.J dapat kongsikan kepada semua pembaca dan Mr.J minta maaf sekiranya ada silap mengenai erti serta makna Bungai Terung tersebut , mungkin anda lebih mengetahuinya dan mungkin anda boleh kongsikan di ruangan komen di bawah untuk tatapan pembaca lain.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©