Perjuangan PKR ke atas "Rompakan" tanah NCR di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sejak kebelakangan ini , negeri Sarawak amnya banyak dibelengui masalah - masalah mengenai Kes - kes NCR iaitu tanah adat.

Semenjak PKR iaitu diketuai Baru Bian dan juga rakan seperjuangannya maka Hak Tanah adat semakin diberi perhatian khususnya dikawasan pendalaman yang dimana sejak pemerintahan Taib tidak pernah diberi perhatian .

Dengan adanya "leader" yang berilmu seperti Baru Bian, Abun sui dan rakan - rakan maka penduduk di kawasan pendalaman semakin terbela.

Dengan beberapa kemenangan telah dikecapi. Tidak sekadar itu juga masyarakat pribumi Sarawak yang berilmu saling menolong bangsa dan juga rakyat Sarawak , dengan itu wujudnya sebuah stesen Radio iaitu Radio Free Sarawak yang tiada atau tidak pernah mengunakan Iklan di akhbar ataupun media perdana Malaysia tetapi dengan kesungguhan rakan - rakan PKR seperti Zulhaidah Suboh , Peter John Jaban iaitu DJ Radio Free Sarawak , veteran DJ iaitu Christina Suntai dan rakan maka Radio Free Sarawak telah banyak membukakan banyak mata penduduk pendalaman.

Kalau dahulu Radio Free Sarawak hanya boleh didengar melalui laman sesawang mereka iaitu http://radiofreesarawak.org/ tetapi kini ia boleh didengar terus ke radio di rumah anda dengan freakusi SW 15420 .

Kini Radio Free Sarawak yang keudara dari jam 6 petang hingga 8 petang semakin banyak pendengar dan kebanyakkan masyarakat Bandar amnya Sibu , Kuching , Bintulu dan juga Miri semakin terbuka mindanya sambil membandingkan mana satu manifesto yang boleh diterima.

Kalau setakat ini semenjak lebih daripada 40 tahun Sarawak diperintah oleh kerajaan Taib dan semenjak itulah Sarawak iaitu negeri yang paling banyak sumber mentah seperti Balak , Petroleum dan lain - lain merupakan negeri yang dikategorikan termiskin.

Ini seharusnya tidak terjadi tetapi agihan daripada kerajaan persekutuan di "manipulasi" maka rakyat Sarawak tidak mendapat agihan yang sepatutnya untuk pembangunan.

Mungkin Mr.J telah banyak terkeluar daripada tajuk utama tetapi ini adalah luahan hati seorang pemuda iaitu Mr.J sendiri setelah mencuba nasib di Negeri sendiri iaitu Sarawak tetapi dengan basis gaji iaitu hanya Rm650 dan itu adalah berlipat ganda daripada di Semenanjung Malaysia dan disebabkan itulah saya telah berhirjah ke Semenangjung untuk mencari rezeki dan kemungkinan akan ke luar negara untuk nasib yang lebih balik.


Seperti mana kejadian yang lepas iaitu penduduk rumahpanjang Tuai Rumah Sigan telah diarahkan mengosongkan kediaman mereka atas alasan itu adalah Tanah kerajaan sedangkan tanah yang mereka duduki adalah semenjak sebelum Negara "Malaysia" ditubuhkan iaitu 1947 .

Begitu juga seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report dan Radio Free Sarawak , pelibatan "Gangster" yang diarahkan oleh orang "atasan" juga berlaku iaitu seperti kes 2 hari lepas iaitu yang berlaku di Ulu Dijih, Selangau , iaitu dilaporkan "langgar dan lari " oleh "genster upahan".

Photo: After ‘cheating’ some 3,000 hectares of NCR lands and hired gangsters to harass landowners, a BN-linked plantation company now begins more horrible ((( brutal attacks –gunshots and hit-and-run))). Sarawakian Should listen http://radiofreesarawak.org/2012/07/kill-me/
Kesan kecederan di muka akibat mempertahankan Tanah Adat .

Kes ini sama sekali tidak akan mendapat liputan media Malaysia Khasnya "TV3 , RTM dan sebagainya" bak kata simpulan bahasan " menjaga periuk nasi " . Banyak lagi kes - kes yang besar tidak pernah dilaporkan di media "kerajaan" seperti contoh iaitu lebih 500 penduduk daripada 10 buah kampung ditebedu "berperang" dengan syarikat pembalakan dan beberapa buah kenderaan berat sawit dibakar demi menjaga maruah tanah Adat mereka tidak pernah mendapat liputan Media Malaysia.


TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut. Baca selanjutnya .
Adilkah kerajaan Malaysia dalam kebebasan bermedia? jawapannya tanyalah anda sendiri . Di zaman ini semua manusia akan lebih peka dan tidak akan tertakluk dalam satu media sahaja. Internet , Blogger dan Facebook sharing serta sebagainya telah banyak membukakan mata rakyat Malaysia .

Ingat ! ini bukan zaman 70an 90an dimana sebaran Risalah berlaku. Ini adalah dunia tanpa sempadan! . Jadi masa depan di tangan anda sendiri.

Salam ,
Mr.J
Freelance Bloggers .

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©