Dendam Keturunan "Bujang Senang" menganas lagi! Buaya "Bujang Saribas" Betong kini membalas dendam selepas "Bujang Sebelak" Maut!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak pun sampai seminggu siri pembalasan terhadap Buaya "Bujang Seblak" di Roban maut di tangan manusia kini Keturunan Buaya "Bujang Senang" dari Saribas iaitu "Bujang Saribas" kini membalas dendam terhadap rakan mereka Bujang Seblak.


Ini adalah gambar sebenar 'Bujang Seblak' roban , Sarawak yang berjaya ditangkap mengunakan khimat Pawang Buaya Sarawak.

Disinilah tempat tempat Drahman Chali dilibas dan dibaham dibawa ke tengah sungai oleh Buaya Saribas.
BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.

Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.

"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sebelum ini Mr.J ada mengaitkan seri keganasan Buaya - Buaya di Sarawak atas kerana kemungkinan salah seorang "manusia" atau keturunan "manusia jelmaan" iaitu keturunan "Bujang Senang" telah melanggar perjanjian "lampau".

Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian" . Sila baca di "Perjanjian Bujang Senang dengan Masyarakat Sarawak Khasnya dan Sarawak amnya."


Update 8/7/2012 : Mayat Mangsa dijumpai .

PUSA: Mayat mangsa sera-ngan buaya yang diberi jolo-kan Bujang Saribas pada 4 Julai lepas, Drahman Chali, 55, dijumpai terdampar di kawasan Sungai Engkaras, seberang Kampung Medang di sini, pagi semalam.

Mayat Drahman ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Kampung Medang pada kira-kira jam 7.30 pagi di lokasi yang meng-ambil masa kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot laju dari lokasi serangan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Kampung Seberang Pusa sebelum dihantar ke Hospital Betong.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©