Undi pembangkang maka semua bantuan di Sarawak dipotong!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hari ini Mr J seperti terpanggil untuk mengulas mengenai apa yang terjadi di Sarawak yang sekarang ini merupakan Isu yang panas dan penuh sensiviti antara Golongan Kurang Upaya atau OKU.

Mesti ramai dah mengetahui kisah Menteri Muda Pertanian Sarawak iaitu Datuk Mong Dagang yang menyekat bantuan kepada Individu yang bernama Frusis Lebi (OKU) .

Salah satu daripada kata Datuk Mong yang dipetik daripada Media Malaysiakini:
"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Andai itu menjadi jawapan "selamat" untuk Datuk Mong "menyelamatkan" diri daripada Isu ini. Tidakkan Datuk Mong tahu bahawa wang bantuan itu adalah kepunyaan RAKYAT yang selama ini membayar cukai , tax dan sebagainya. Seolah - olah itu Duit "Mong" sendiri .

Isu ini bakal menjadi "Isu Pancingan atau Isu Meraih undi" pada PRU di Sarawak akan datang nanti dan disitulah rakyat Sarawak akan mendengar pelbagai Isu yang akan menjejaskan pretasi BN di Sarawak yang "dikatakan" merupakan "Deposit" tetap BN .

Kepincangan SUPP di Sibu Khasnya dan Sarawak Amnya pengolakan dalaman masih lagi belum selesai dan ini menandakan Kiamatnya Parti SUPP pada Tahun ini dah kebangkitan DAP di Sarawak, ini terbukti apabila DAP berjaya merampas beberapa kerusi di SIBU , Bintulu dan juga Miri serta kejatuhan Presiden SUPP sendiri ditangan anak muda DAP Sarawak.

Berbalik kepada isu diatas , "Undi perbangkang , maka semua bantuan di Sarawak dipotong" . Hal ini semakin menampakan sentimen rasis antara parti di Sarawak terutamanya ..... (tidak perlu dinyatakan) .

Siapa Towkey Sebenar? Rakyat adalah Towkey dan Rakyat akan menumbangkan mereka kali ini.


Isu ini bukanlah baru di Sarawak malah telah berkurun diamalkan oleh Parti Pemerintah di Sarawak , sejak Mr J kecil dahulu sering kedengaran di Rumah - rumah panjang dimana jika undi pembangkang maka Tuai - Tuai Rumah "gaji" dan bantuan seperti "atap rumah" , "baja serta jalan tidak akan dibekalkan dan itu yang merupakan impak yang menyebabkan ramai penghuni takut serta risau dan ada juga berlaku dibeberapa tempat dimana "Tuai Rumah" terpaksa mengugut penghuni supaya mengundi "Sesebuah Parti" dan sekiranya tidak mereka akan dihalau daripada menundukki rumah panjang tersebut.

"Mereka" ingat mereka masih lagi berkuasa dengan Media sendiri? Tidak lagi pada zaman ini , Lihatlah seperti contoh dimana calon SUPP/BN ditumbangkan di Sarawak dan kesemua calon DAP mempunyai akaun Facebook dan Twitter sendiri untuk menyampaikan maklumat serta mendengar masalah - masalah yang berlaku dikawasan mereka .

Tidak seperti calon "pemerintah" yang banyak menggunakan "saluran" mereka sendiri yang dikatakan telah "lapuk" dan tidak diterima masyarakat muda sekarang. "saluran" penyebaran risalah nampak "kuno" .

Kini Boleh dikatakan hampir kesemua calon PKR mempunyai akaun Facebook dan Twitter sendiri inikan pula Ketua Menteri Sarawak Tiada akaun Facebook? bagaimana rakyat ini menyatakan masalah mereka pada zaman ini? adakah melalui saluran "Surat Rasmi" yang perlu menunggu berbulan - bulan lamanya.

Bangkitlah rakyat Sarawak anda tidak bersendirian , ini bukan zaman "sebaranlah" risalah rumah ke rumah , ini adalah zaman IT zaman Maya dan tiada apa yang dapat menyekat maklumat .


Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©