Terkini : Bekalan Air di Miri, Sarawak terputus.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Keadaan di Miri , Sarawak dilaporkan mengalami kesulitan dimana Bekalan Air Bersih telah terputus .

Turut dilaporkan ada beberapa kedai runcit mengambil kesempatan dengan menaikkan harga air mineral sesuka hati .


Lagi berita yang diterima kejadian ini atas kerana Tangki Minyak terbocor dan memasukki saliran Air Bersih . ( Berita ini belum disahihkan lagi)



Photo of the diesel oil spilage used for road construction at Sungai Liku today. About 14k liters has been identified to have leaked into the river.

Update : 7:50pm , Orang ramai berkejaran ke arah beberapa buah lori yang membawa Air Mineral yang dijual .


Update : 9:15pm Hujan dibeberapa sekitar tempat di Bandaraya Miri merupakan rahmat bagi penduduk miri . Sebilangan dengan segera menadah air daripada Hujan.


MIRI, 4 Mac – Sekitar 300,000 penduduk Miri dan Bekenu terputus bekalan air bersih beberapa jam selepas tadahan air di Sungai Liku dicemari oleh tumpahan minyak diesel yang digunakan untuk menurap jalan.

Jurucakap dari Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) yang ditemui di kawasan tumpahan berkata, dianggarkan sebanyak 14,000 liter minyak diesel yang disimpan dalam tangki milik syarikat swasta tumpah selepas saluran tangki berkenaan bocor tanpa disedari pekerjanya malam tadi.

Pengurus LAKU Management Sdn Bhd Kawasan Miri, Lo Su Onn berkata, pekerja di loji rawatan air LAKU menyedari pencemaran itu pada jam 8.30 malam apabila tercium bau diesel di kawasan tadahan air tersebut.

Sehubungan itu katanya, pihak LAKU pagi tadi telah mengesan punca pencemaran dan mendapati ia adalah tumpahan minyak dari sebuah syarikat swasta yang sedang melaksanakan projek menurap jalan, terletak kira-kira 2 kilometer dari loji rawatan.

“Sehubungan itu, LAKU telah menutup operasi loji serta-merta bagi mengelak air yang tercemar masuk ke takungan penapisan dan rawatan. Kita juga memaklumkan kepada pasukan ERT untuk mengendalikan tumpahan dan pencemaran itu.”

Katanya, LAKU terpaksa mengepam air dari Sungai Bakong untuk disalirkan ke Sungai Liku bagi membersihkan tumpahan minyak di sepanjang hulu sungai berkenaan.

Sementara itu ERT hari ini disertai oleh Sarawak Shell Berhad (SSB), Petronas Carigali dan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©