Terkini 5 May 2013: Video Hantu yang ingin Mengundi ditahan di sewaktu di tempat Undi.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Siapa kata pengundi hantu tidak wujud , insiden ini dikatakan berlaku di kawasan cheras. 

Hantu-hantu tersebut bukanlah persoalannya yang menjadi persoalan penting adalah siapakah yang membekalkan hantu ini dan siapakah yang senang lenang untuk membuatkan kad pengenalan untuk mengundi .







Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video Lintas Langsung Pembubaran Parlimen 3 April 2013 , Rabu .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.




Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bos adalah Rakyat manakala Pekerja adalah Kerajaan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam 2 Malaysia eh , 1 Malaysia ehh Salam Malaysia jelah..

Kali ini Mr.J nak bercakap pasal pra politik sebagai seorang pengundi anda berhak membincangkan siapa "pekerja" anda yang bakal anda 'upah' untuk memajukan Negara.

Bos = Anda / Rakyat / Pengundi / 
Pekerja = Kerajaan yang dipilih oleh Rakyat / Yang di Undi oleh Rakyat 

Definisinya adalah "Kerajaan adalah Bekerja di bawah Arahan Rakyat" dan bukannya "Rakyat yang memilih selepas itu rakyat jugalah bekerja untuk kerajaan".


Inilah senario yang banyak berlaku di sesebuah kawasan yang diwakili oleh sesebuah parti politik. Berbeza pula yang terjadi di Sarawak, Borneo dimana yang tertindas tidak berani kehadapan kerana risau atas keselamatan diri ( hanya orang Sarawak yang faham ) tetapi sekarang kita boleh melihat satu per satu kebangkitan rakyat di Sarawak khasnya masyarakat Cina , Dayak , Melanau serta yang lebih 50 etnik lain.

Isu yang paling sensitif di Sarawak khasnya di Kawasan Pendalaman adalah Isu yang melibatkan Maruah iaitu Isu Pemilikkan Hak Tanah Adat ( NCR ) yang kini banyak dicemari 'kekotoran' daripada pihak yang tidak bertanggungjawap.

Wakil Rakyat hilang dan menyepi bila telah diberikan mandat selama 5 tahun muncul menunjukkan muka 'kebodohannya' setelah puas 'merogoli' kawasan sendiri , wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat tidak ubah umpama 'Pagar Makan Padi' . 

Maka bila waktu Pilihanraya semakin dekat maka kita akan melihat ramai wakil rakyat menyibukkan diri maklumlah 5 tahun sekali, sibuk dengan janji inilah itulah dan akhirnya selepas menang mandat diberi maka hilang gagal dikesan.

Senario Politik Sarawak amat berbeza sekali.

Generasi Muda Sarawak ramai semakin tidak endahkan kawasan sendiri iaitu Sarawak kerana kebanyakkan generasi muda semakin banyak keluar 'berhirjah' ke tempat lain seperti ramai ke luar negara kerana tidak tahan atas 'kongkongan' hidup seperti mininum gaji dan sebagainya.

"Anang Ngelaban Tokey" bak kata sebilangan menteri di Sarawak.

Terbaru kisah Sarawak adalah munculnya sebuah Video penyelewangan yang melibatkan 'orang-orang penting'.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Berita Tanah NCR: United TeamTrade Sdn Bhd mengupah Samseng untuk 'cubaan' membunuh Penduduk Danau Melikin di Serian.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Inilah yang berlaku di Sarawak sekarang bagi yang mempertahankan tanah adat NCR dari diceroboh oleh syarikat-syarikat yang kebanyakkan mengupah 'samseng' untuk menghalau dan mengertak serta menakutkan penduduk.

Mungkin anda berminat untuk membaca kisah "Kejadian Bakong di Sarawak dahulu" .

Tidak dinafikan banyak kes yang melibatkan Syarikat Perladangan di Sarawak dikatakan berkompromi 'orang-orang berkuasa' bagi meneruskan aktiviti kekejaman dan merampas Tanah Adat penduduk dan segala berita ini tidak akan mampu dapat disalurkan kepada media-media Perdana yang dikuasai oleh kerajaan Sarawak dan hanya disiarkan oleh Media Alternatif UNITED DAILY NEWS sahaja.



Tetapi Tidak lagi , satu persatu pembongkaran dan kekejaman syarikat perladangan kelihatan banyak 'bersekongkol' dengan 'individu' yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah 'parti politik'.

Danau Melikin iaitu dipegang YB bahagian tersebut ( tidak perlulah dinyatakan atas keselamatan penulis ) kelihatan 'tidak berupaya' malah banyak membuat sikap 'lepas tangan' dalam hal ini.

Sepertimana kes yang dinyatakan oleh YB See Chee How dibawah : 

Rosni ( Isteri Surik ) menunggu di luar hospital kelihatan sedih dan letih.

Seorang petani berusia 67 tahun dan penduduk kampung Kampung Tasik Krangas, Serian Surik Anak Muntal, diserang kejam di luar Sekolah Sg Menyan semalam, segera dimasukkan ke hospital Serian dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius yang dialami, dengan pergelangan tangan patah, kedua-dua kaki luka patah dan pelbagai.

Menurut kepada isterinya, Rosni Langap, Surik mengalami patah pergelangan tangan apabila beliau memegang tangan beliau untuk menyekat parang yang mengayunkan ke arah lehernya.

Mangsa Surik ak Muntai yang mengalami kecederaan parah di kaki, lutut & tangan.

Eksekutif Pentadbiran Syarikat Perladangan United TeamTrade Sdn Bhd, yang Surik kenalpasti kepada polis, sebagai salah satu penyerang, telah ditangkap dan ditahan selama 3 hari.

Perkara mengenai tanah NCR penduduk di Danau Melikin telah dibawa ke Mahkamah Tinggi di Kuching.

Saya ( YB See Chee How ) telah menulis surat kepada Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak dan Tan Sri KPN, dengan harapan bahawa mereka akan mengambil notis peribadi perkara ini.

Sumber YB See Chee How.



Update: (pics yang diambil di hospital Serian pada hari kejadian)

Pembedahan di Hospital Umum Sarawak mengambil masa hampir 5 jam semalam. Pakar bedah yang baik dibaiki tendon yang telah dipotong dan bersalut patah pergelangan tangan beliau. 

Juga mereka dibaiki kecederaan lututnya. Dia perlu hidup tetapi kekal pada risiko jangkitan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sebagai hasil daripada serangan kejam, Surik mempunyai pelbagai kecederaan termasuk patah teruk berpecah kedua-dua tulang di pergelangan tangan kanan, dengan luka luka tercalar dari 4cm x 2cm parang. Dia mempunyai patah bersalut. Beliau juga mempunyai tendon cut dibaiki.



Beliau juga mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut. Terdapat keretakan di kedua-dua tempurung lutut dan pakar bedah telah dikeluarkan tendon terperangkap dalam salah satu keretakan tempurung lutut. Rupa-rupanya kecederaan lutut disebabkan oleh trauma tumpul, dipukul dengan objek keras.

Pada masa ini, lengan kanan dan kakinya adalah dalam cast plaster.

Menurut kepada rakan doktor yang melawat Surik pagi ini, kecederaan serius. Beliau memuji pakar bedah di SGH untuk kerja-kerja baik mereka tetapi tidak boleh pasti sama ada Surik akan dapat menggunakan tangan kanannya seperti biasa dan berjalan biasanya dalam masa depan. 

Beliau, bagaimanapun, optimistik bahawa Surik mempunyai peluang yang baik pemulihan penuh dengan fisioterapi yang baik dan galakan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

PI Bala @ P Balasubramaniam meninggal dunia.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini (15 March 2013), kata peguam R Sivarasa.Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.


Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Malaysiakini

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video #TanyaNajib Bajet 2013 Hangout On Air di Youtube mendapat "Dislike" terbanyak ( angka terus meningkat ).

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Berita yang kami terima daripada individu yang mengatakan Video Youtube #TanyaNajib di Google Hangout mempunyai "Dislike" yang banyak sekali dan dianggarkan jumlah angka akan terus meningkat anda boleh merujuk sekali di http://www.youtube.com/watch?gl=US&v=c5VGha5iuzo .


Kemaskini kiraan :

575 likes, 1,302 dislikes - 10:33PM 3/10/12
589 likes, 1,398 dislikes - 10:55PM 3/10/12
ehhhh.. video dah tak ader? 

Selepas menjangkau banyak yang dislike maka Video tersebut telah di ' private ' kan atas sebab - sebab tertentu . Kita lihat Surat Khabar esok mahupun dikaca TV apa komen atau berita yang disampaikan mengenai program #TanyaNajib ini .

Ramalan Keterangan :
1: Pembangkang kemungkinan telah mengunakan khidmat 'serangan cyber' keatas video tersebut.
2: Video tersebut adalah sesi 'cubaan' sahaja .
3: ( Sila komen Sendiri dibawah )...

This video is private.Sorry about that. - 11:22PM






Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Alahai... Kami Generasi Air Hujan & Tangki Biru .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Al-Kisah Bila Robin Hood nak jadi penyelamat di tempat orang..

Baiklah kenapa pula Tradisi Kami adalah Tradisi atau Generasi Air Hujan dan Generasi Tangki Biru ( buat nama band ok juga ni ) .

Anda semua akan tahu setelah habis membaca entri Mr.J kali ini dan kali ini Mr.J nak 'tembak-menembak' individu biarpun Mr.J tidak menyiarkan nama  tapi 'biarlah rahsia' kita semua di Borneo ini.

Alahai... hebat juga semangat bila dekat Pilihanraya kali ini dan masing - masing menunjukkan 'belang serta taring' sendiri . 


Kebajikkan warga Borneo memang 'dibajikkan' setiap kali menjelang pilihanraya maka semua parti berebut - rebut untuk menjadi "robin hood" tetapi salah tempat. 

Dengan istilah "Sabah & Sarawak" merupakan "Aset Tetap" oleh sesebuah parti politik maka setiap kali menjelang Pru maka Pendalaman Sabah & Sarawak akan menerima ( sudah boleh diramal setiap kali ) Tong Biru , Atap Zink , Beras sekapit untuk 5 tahun dan pembaikkan jalan raya ( jalan yang dijanjikan 30 tahun dahulu ) . 

Alahai.... Janji Tetap Sama atau Janji ditepati? .

Hairan kenapa selama berpuluh tahun memerintah tidak dapat menyalurkan batang paip saluran air bersih ke pendalaman? Oh lupa pula , 'mereka' bukannya pernah melalui perjalanan yang mengambil masa beberapa hari untuk ke destinasi . Datang dengan Helipkopter serta Jet untuk menabur janji - janji keramat .

Alahai..... ( sila sambung perkataan anda di komen dibawah)


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Siaran Langsung Perbahasan Bajet 2013 daripada Keadilan Rakyat. 11:30 Pagi 1/10/12.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Nota Admin: Dato Seri Anwar Ibrahim akan berucap untuk sesi Perbahasan Bajet 2013 hari ini,Isnin 1 Oktober 2012, Jam 11:30 pagi. 

Klik Video dibawah untuk mengikuti siaran perbahasan langsung dari Parlimen Malaysia. 

Atau anda boleh terus ke laman PKR di http://anwaribrahimblog.com/2012/10/01/video-siaran-langsung-perbahasan-bajet-2013-oleh-dato-seri-anwar-ibrahim/
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Ini Kalilah! Timbalan Menteri Lajim letak jawatan Umno, Pengerusi BN

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa
serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.


"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. - Bernama

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Perjuangan PKR ke atas "Rompakan" tanah NCR di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sejak kebelakangan ini , negeri Sarawak amnya banyak dibelengui masalah - masalah mengenai Kes - kes NCR iaitu tanah adat.

Semenjak PKR iaitu diketuai Baru Bian dan juga rakan seperjuangannya maka Hak Tanah adat semakin diberi perhatian khususnya dikawasan pendalaman yang dimana sejak pemerintahan Taib tidak pernah diberi perhatian .

Dengan adanya "leader" yang berilmu seperti Baru Bian, Abun sui dan rakan - rakan maka penduduk di kawasan pendalaman semakin terbela.

Dengan beberapa kemenangan telah dikecapi. Tidak sekadar itu juga masyarakat pribumi Sarawak yang berilmu saling menolong bangsa dan juga rakyat Sarawak , dengan itu wujudnya sebuah stesen Radio iaitu Radio Free Sarawak yang tiada atau tidak pernah mengunakan Iklan di akhbar ataupun media perdana Malaysia tetapi dengan kesungguhan rakan - rakan PKR seperti Zulhaidah Suboh , Peter John Jaban iaitu DJ Radio Free Sarawak , veteran DJ iaitu Christina Suntai dan rakan maka Radio Free Sarawak telah banyak membukakan banyak mata penduduk pendalaman.

Kalau dahulu Radio Free Sarawak hanya boleh didengar melalui laman sesawang mereka iaitu http://radiofreesarawak.org/ tetapi kini ia boleh didengar terus ke radio di rumah anda dengan freakusi SW 15420 .

Kini Radio Free Sarawak yang keudara dari jam 6 petang hingga 8 petang semakin banyak pendengar dan kebanyakkan masyarakat Bandar amnya Sibu , Kuching , Bintulu dan juga Miri semakin terbuka mindanya sambil membandingkan mana satu manifesto yang boleh diterima.

Kalau setakat ini semenjak lebih daripada 40 tahun Sarawak diperintah oleh kerajaan Taib dan semenjak itulah Sarawak iaitu negeri yang paling banyak sumber mentah seperti Balak , Petroleum dan lain - lain merupakan negeri yang dikategorikan termiskin.

Ini seharusnya tidak terjadi tetapi agihan daripada kerajaan persekutuan di "manipulasi" maka rakyat Sarawak tidak mendapat agihan yang sepatutnya untuk pembangunan.

Mungkin Mr.J telah banyak terkeluar daripada tajuk utama tetapi ini adalah luahan hati seorang pemuda iaitu Mr.J sendiri setelah mencuba nasib di Negeri sendiri iaitu Sarawak tetapi dengan basis gaji iaitu hanya Rm650 dan itu adalah berlipat ganda daripada di Semenanjung Malaysia dan disebabkan itulah saya telah berhirjah ke Semenangjung untuk mencari rezeki dan kemungkinan akan ke luar negara untuk nasib yang lebih balik.


Seperti mana kejadian yang lepas iaitu penduduk rumahpanjang Tuai Rumah Sigan telah diarahkan mengosongkan kediaman mereka atas alasan itu adalah Tanah kerajaan sedangkan tanah yang mereka duduki adalah semenjak sebelum Negara "Malaysia" ditubuhkan iaitu 1947 .

Begitu juga seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report dan Radio Free Sarawak , pelibatan "Gangster" yang diarahkan oleh orang "atasan" juga berlaku iaitu seperti kes 2 hari lepas iaitu yang berlaku di Ulu Dijih, Selangau , iaitu dilaporkan "langgar dan lari " oleh "genster upahan".

Photo: After ‘cheating’ some 3,000 hectares of NCR lands and hired gangsters to harass landowners, a BN-linked plantation company now begins more horrible ((( brutal attacks –gunshots and hit-and-run))). Sarawakian Should listen http://radiofreesarawak.org/2012/07/kill-me/
Kesan kecederan di muka akibat mempertahankan Tanah Adat .

Kes ini sama sekali tidak akan mendapat liputan media Malaysia Khasnya "TV3 , RTM dan sebagainya" bak kata simpulan bahasan " menjaga periuk nasi " . Banyak lagi kes - kes yang besar tidak pernah dilaporkan di media "kerajaan" seperti contoh iaitu lebih 500 penduduk daripada 10 buah kampung ditebedu "berperang" dengan syarikat pembalakan dan beberapa buah kenderaan berat sawit dibakar demi menjaga maruah tanah Adat mereka tidak pernah mendapat liputan Media Malaysia.


TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut. Baca selanjutnya .
Adilkah kerajaan Malaysia dalam kebebasan bermedia? jawapannya tanyalah anda sendiri . Di zaman ini semua manusia akan lebih peka dan tidak akan tertakluk dalam satu media sahaja. Internet , Blogger dan Facebook sharing serta sebagainya telah banyak membukakan mata rakyat Malaysia .

Ingat ! ini bukan zaman 70an 90an dimana sebaran Risalah berlaku. Ini adalah dunia tanpa sempadan! . Jadi masa depan di tangan anda sendiri.

Salam ,
Mr.J
Freelance Bloggers .

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Vote for www.pengeRindu.com Now.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Minggu ini Mr.J dan Fanpage Fb akan memulakan Kempen di facebook dan juga beberapa laman sosial yang lain. Amboi~

Undian akan ditutup pada 13 May 2012 . Jadi kepada anda yang membaca laman ini bolehlah membuang undi anda di http://goo.gl/3ch9w .

Klik http://goo.gl/3ch9w untuk mengundi sekarang.


Ini adalah Anugerah dimana dibuat oleh Digi wwWoWw Award pada setiap tahun dan Tahun ini www.pengeRindu.com turut serta dalam Kategori 'Blogger of The Year' .

Saingan cukup sengit sekali , apa - apa pun Mr. J selaku ketua dalam www.pengeRindu.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua.

Klik untuk Undi Blog ini.
Undian DIBUKA Sekarang!
23 APR -13 MAY 2012
vote for Blogger of the year


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Rekod Dunia Wanita Tertua masih Hidup Milik Malaysia? WONG KWAN MOY 159tahun.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pagi ini Mr.J diberikan maklumat bahawa SPR iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya ada "sedikit kecelaruan minda" di bahagian semakkan daftar Pengundi . Baiklah dibawah ini adalah Info yang diberikan untuk disemak di Semakkan Online SPR.


Nama: WONG KWAN MOY
Tarikh Lahir: 23 Aug 1853
Kad Pengenalan: 530823040010 / 4498480

Dengan itu kita akan melayari laman web SPR iaitu http://www.spr.gov.my/ dan pergi kebahagian "Semakan Daftar Pemilih".


Setelah itu Masukkan No. IC "Wanita Tertua" tersebut. Kad Pengenalan: 530823040010

gambar diatas adalah screen shot dan masih lagi sama ketika saat entry ini dipublish 9.26am 4May2012

Dan gambar diatas adalah hasilnya. Taniah kerana Malaysia juga mampu melahirkan Wanita Tertua dan mengatasi Rekod Dunia yang dipegang oleh Besse Cooper warga Amerika yang lahir pada 26 August 1896 dan meninggal ketika usia 115 tahun .

Cekap dan Telus? atau Xcekap dan Xtelus?

Jadi tidak hairanlah kenapa Perhimpunan Bersih 3.0 membuatkan kehadiran rakyat Malaysia semakin meningkat. Untuk itu , kita hanya mengalu - alukan kedatangan para Pegawai World of Guiness Record dan ini akan menjulang nama Negara terus ke peringkat antarabangsa.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Laporan Khas perhimpunan BERSIH 3.0 di Seluruh Negara. Bergambar & Video

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.



Tidak kelihatan Perkasa , Pekida , Jati atau mana-mana Panglima yang mencabar Bersih 3.0 selepas tempoh hari mereka membuli anak muda Bersih di Dataran Merdeka .

Bagaimanapun Pihak kami akan cuba untuk mendapatkan maklumat Perhimpunan di sekitar Sabah & Sarawak terutamanya di Kuching , Sibu dan Miri.

Live Report : Sila layari Malaysiakini.com/bm untuk laporan bertulis terkini.

3.00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

- Bersih 3.0 tiada mendapat Sambutan di Sabah & Sarawak ( Kuching & Sibu ) hanya sebilangan kecil di Miri.-

Miri , Sarawak . Sebilangan Kecil berhimpun secara aman .


Al-Jazeera 2nd News.



2pm : Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Dianggarkan bilangan perserta Bersih 3.0 meningkat kepada 75 ribu orang dan jalan ke Dataran Mederka dipenuhi oleh rakyat yang inginkan "bersih" dalam PRU akan datang!. facebook

Melaka : Dataran Pahlawan

1.40pm Polis keluarkan kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.

Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.

"PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik.

Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.

1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.


Bersih 3.0 Jalan Sultan

Bersih 3.0 di Central Market.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

Benteng Polis pecah akibat kemaraan Rakyat!

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.

Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "




12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.

12:03pm: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira
35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000

Turut Serta North Borneo ( Sabah ).


*Segala sumber dan lintas langsung di sini adalah dikumpul daripada beberapa maklumat seperti Malaysiakini serta beberapa warta online mahupun lintas langsung daripada rakan di Facebook .

11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.

11.35am Brickfields - Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka.

Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang

Mampukah Polis menyekat kemaraan rakyat sendiri?

11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

Petaling Street

11.15am Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang

Sekitar KLCC semakin ramai hadis , jelas rakyat menolak rasuah dalam PRU akan datang.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.

10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Biarpun Himpunan Hanya Akan Dimulakan Pada Pukul 2 Petang... Rakyat Sudah Memenuhi Hadapan Dataran Dengan Duduk Dan Bantah. Facebook

9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.

9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

pix Zulhaidah Suboh Bersih 3.0 countdown day at Miri, Sarawak. East Malaysia Borneo.


9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta

Khas untuk Bersih 3.0 di Sarawak :
BERSIH 3.0 URGENT ARREST TEAM FOR SARAWAK

If you or witness anyone arrested during the DUDUK BANTAH on 428 in Sarawak, please contact the number or SMS to the number as below so they can arrange the lawyers to assist you:

Miri,
Lawyer team:
Majen panyoh 013-8390969
Abun Sui 016-8881502
Harrison ngau 013-5640236
Roland engan 012-8905524
Dominique Ng 016-8661718

Report to
Eric 016-8767117
Gannie 013-8407725
Bruka 019-8768702
Jamal 016-8650657

Sibu,
hotline 012-8470524 or 013-8176016

Kuching,
Ahmad Awang Ali 019-4383706

You only have to type:

a. Name
b. IC Number/passport number
c. Police station that the person being taken to or detained

Released by,
BERSIH 3.0 Sarawak

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Anonymous Operation Malaysia

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20 am MASJID JAMEK Jalan dari Jalan Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT. Facebook

9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup. Malaysiakini

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai. Malaysiakini

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.Malaysiakini

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".Malaysiakini

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.Malaysiakini

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.Malaysiakini

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.Malaysiakini

Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.Malaysiakini

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.Malaysiakini

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.Malaysiakini

8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk

851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.Malaysiakini

8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.Malaysiakini

840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.Malaysiakini

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.Malaysiakini

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.Malaysiakini

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.Malaysiakini

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.Malaysiakini


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©