SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .
....peribadi luaran babi itu sendiri banyak yang perlu kita teliti dan fahami,sifat rendah dirinya....
by Ocha Vozvyshennyy |
Semua bahan bacaan yang aku jumpa tentang BABI adalah berbentuk mengheret penghinaan terhadap binatang itu,ini hanya kerana mahu membenarkan kitab-kitab agama mereka yang bercerita tentang BABI.
Aku faham kau mencari bukti terhadap kebenaran-kebenaran kitab dari agama yang dipegang masing-masing,tetapi kita perlu juga lihat bagaimana cara penyampaian yang kita sampaikan, agar tidak ketahap penghinaan terhadap binatang tersebut,ia cuma binatang yang diciptakan tuhan,atas apa segala yang telah tuhan ciptakan datang dari hasil tangan tuhan,sudah pasti ianya suci,apakah tuhan yang anda percaya membenarkan penghinaan terhadap benda-benda ciptaanNya? sekalipun batu, pokok, babi, anjing dan sebagainya.
Masalah ini telah lama wujud,kita boleh lihat penghinaan terhadap binatang babi ini telah menular sekian lama dalam gaya percakapan sesebuah masyarakat,kita juga boleh menilai masyarakat mana yang mempunyai sifat hormat kepada babi ini dan masyarakat yang tidak hormat kepada babi. apakah gelaran-gelaran binatang seperti babi dan anjing ini yang digelarkan(mencarut) pada manusia lain itu satu perkara terhormat? atau ianya secara tidak langsung menghina binatang tersebut,dan terus gelaran-gelaran ini di bawa turun temurun?
Bayangkanlah berapa lama kita semua telah menghina ciptaan-ciptaan tuhan yang kita percaya ini sejak sekian lama,oleh kerana kita sering mencari sudut negatiflah kita menjadi negatif terhadap sesuatu yang kita cari,
Seperti contoh sifat babi yang tiada perasaan cemburu jika pasangan seksualnya 5 minit yang lepas melakukan hubungan seksual bersama babi lain pula selepas 5 minit berikutnya,ya ini tidak berlaku pada binatang-binatang yang lain yang mempunyai perasaan cemburu, jika kita melihat ianya dari sudut negatif sudah pasti kita berfikir tentang gaya hidup bertukar-tukar pasangan yang jijik,bagaimana pula jika kita memandang dari sudut positif bahawa tiada sifat cemburu sesama mereka dan diterapkan dalam nilai-nilai murni insan kita,hapuskan sifat cemburu dan kurang pergaduhan sesama sendiri seperti babi,kita ikut cara babi,tuhan menciptakan alam dan kehidupan sekeliling kita dengan sifat mereka masing-masing untuk manusia melihat dan belajar.
Begitu juga nilai-nilai dan sifat babi yang lainya seperti gaya hidup berkumpulan, menyayangi keturunan masing-masing dan banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang sifat-sifat mulia babi. peribadi luaran babi itu sendiri banyak yang perlu kita teliti dan fahami,sifat rendah dirinya dengan makan tahi sendiri,macam aku cakap tadi,jika kita membaca sesuatu dengan nilai positif makan positif la diri kita, fizikal babi yang memandang kehadapan tanpa toleh itu juga antara sifat yang perlu dipegang,memandang kehadapan dengan cita-cita kita tanpa menangguh-nangguh pekerjaan yang kita ingin lakukan dengan menyibuk tentang hal-hal lain di kiri dan kanan, dengan itulah antara cara kita mahu mencapai sesebuah kejayaan.
Banyak lagi perkara kita boleh meneliti kembali akan gaya dan layanan kita terhadap perkara dan benda-benda kita keji selama ini, cuma kita diri sendiri mahu mencari dan menilainya bagaimana,ini juga boleh diterapkan pada pandangan kita terhadap sesama insan,sekali lagi aku tekankan, jika kita berfikir positif tehadap sesuatu,maka positiflah diri kita dan jika kita menilai negatif terhadap sesuatu maka negatif jugalah diri kita.
"Babi Itu Suci"
- Ocha Vozvyshennyy -