Celah tilam, bawah tikar bilik, atas almari, disebalik lipatan baju, atau di reban usang ayam adalah lokasi untuk menyembunyikan Gambar Cinta. Kerana ketika itu atas dek khuatir dimarahi atau dipukul serta gambar cinta hati akan dirampas oleh 'Penguatkuasa' iaitu ibu dan bapa , paling teruk serta sayu dan perasaan hiba menyelubungi dunia kita bila gambar cinta hati dibakar dihadapan mata oleh 'Penguatkuasa' kita.
Semua itu adalah hukuman kepada remaja yang bercinta yang lahir sekitar tahun 70an serta 80an. Tindakkan hukuman seperti itu adalah wajar kerana ianya ketika zaman itu Ibubapa sangat mementingkan Pendidikkan anak mereka dan juga maruah keluarga adalah dipelihara dengan tinggi sekali ketika itu.
Itu kisah Remaja dahulu sebelumnya kedatangan teknologi internet serta belum wujudnya jaringan sosial seperti facebook sekarang .
Rata - rata mereka adalah Remaja 'Millineum' ( bukan semua cuma sebilangan sahaja ) kini khususnya yang perempuan seolah - olah semakin berlumba - lumba dengan rakan yang lain dengan meng'upload' gambar bersama kekasih mereka di facebook , pelbagai aksi boleh dilihat mereka seolah mahu menjadi yang terbanyak 'like' dan juga yang terbanyak 'friends' serta 'followers' dengan itu mereka merasa diri seperti seorang celebriti tetapi sekadar celebriti 'pencuci mata' oleh warga siber.
Yang menghairankan bagi Mr.J bukan sekadar gambar yang tidak senonoh malah kata - kata yang tidak sepatutnya digunakan oleh kategori bawah umur tersebut agak tidak bertapis .
Beringatlah bahawanya zaman ini bukan lagi zaman dahulu , remaja sekarang harus lebih peka dan berwaspada serta harus ada sensiviti kemasyarakatan biarpun hakikatnya anda tidak berdepan dikhalayak ramai di jaringan sosial.