Antara Surat Cinta dan SMS yang mana lebih Romantik ?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Cinta adalah satu perkataan yang sangat selalu diperkatakan tetapi jarang sekali difahamkan dengan teliti , tapi Mr J tak nak bincangkan mengenai tersebut dan apa yang penting setiap individu mempunyai nilaian yang berbeza mengenai Cinta.

Baiklah , berbalik kepada topik utama iaitu mengenai perbandingan antara Surat cinta yang sangat popular suatu ketika dahulu iaitu sebelum kedatangan telefon mudah alih dan juga sebelum kadar bayaran SMS yang sangat murah seperti sekarang.

masihkah anda ingat surat cinta anda?
Surat Cinta memang telah lama meninggalkan zaman kegemilangannya pada sekitar penghujung tahun 90an, sekarang wujudnya teknologi canggih menyebabkan ramai pemuda - pemudi semakin kekurangan 'idea' untuk memupuk semangat cinta dalam hidup mereka sehingga Cinta menjadi lebih senang dan ringkas seperti mana bahasa SMS itu sendiri.

Banyak telco mudah alih telah memberikan pelbagai kemudahan mengenai ayat - ayat cinta seperti contoh " ON CINTA " dan hantarkan kepada 123456 dan dari situ mesej tersebut hanyalah di'forward'kan dengan hanya menambah sedikit ayat sahaja .

Dahulu , seorang pemuda yang ingin bercinta akan cuba untuk 'mengarang' sehingga larut malam ataupun ke subuh hanyalah untuk mencari ilham untuk digunakan dalam surat cinta yang khas ditujukan kepada insan yang dicintai .

Dari situlah kita boleh nampak bahawa Cinta dahulu memang memerlukan kreativiti dan khayalan cinta yang tinggi sehingga menampakkan keinginan ataupun usaha yang tinggi.

Cinta sekarang sangatlah murah dan bukan dari segi nilai tetapi murah dari segi akal dan minda. Nilai surat cinta yang sempurna yang diterima oleh insan yang dicintai akan tetap disimpan rapi sehingga bertahun - tahun dan masih lagi kekal asal dalam simpanan , tidak seperti sekiranya luahan cinta daripada SMS akan mudah pudar dan akan hilang sekirang ditekan butan "delete" .

Bila terbaca pantun "pecah kaca pecah gelas , sudah dibaca harap dibalas" teringat kembali kisah - kisah lucu dahulu. Zaman Mr J berutus surat dah berlalu dan sekarang Zaman SMS alahai... budak - budak sekarang senang je , dapat no hp terus dapat kenal ..


- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©