Takut berhadapan dengan Realiti - Ulasan Mr.J mengenai Sekatan ke atas Radio Free Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sungguh tidak dinafikan apabila kemunculan Radio Free Sarawak mendapat tempat dikalangan penduduk dalaman semakin meningkat diatas kesedaran mereka selama ini dalam pelbagai Isu dapat dikongsi bersama - sama dengan penduduk lain .

Klik Play untuk mendengar Radio Free Sarawak : 
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya kemunculan siaran Radio Kenyalang dan Radio Free Sarawak yang bersifat antikerajaan adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). - borneopost
Kini Ketua Menteri Sarawak dan juga beberapa Menteri dikatakan semakin gelisah dan risau atas sejak semenjak ini kebangkitan bangsa Dayak Iban menentang dalam pelbagai Isu seperti Isu Tanah Adat . 


Setelah Radio Free Sarawak ditubuhkan maka sekarang semakin banyak Bangsa Iban khasnya bangkit dan menyuarakan keluhan dan juga meminta bantuan peguam bagi menyelesaikan hal mengenai 'rompakan' tanah mereka ini terbukti apabila puluhan Kes Tanah Adat berjaya diselesaikan oleh Peguam Baru Bian iaitu juga Ketua Keadilan Sarawak dan juga Peguam Abun Sui. 
Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang dikritik oleh barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri terutama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing kerana cuba meracuni minda rakyat ter-utama masyarakat Iban di luar bandar dengan memburuk-burukkan kerajaan. - - borneopost 
Penubuhan Radio tersebut tidak dilihat sebagai 'mengancam' penduduk Sarawak bahkan banyak membantu mereka dari segi maklumat mengenai peraturan tanah dan juga keluhan serta masalah - masalah penduduk yang diabaikan oleh 'wakil rakyat' mereka.
Majoriti wakil rakyat yb BN / Komponen BN di sarawak buta IT , tiada akaun fb/twitter, bagaimana hendak berkomunikasi dgn rakyat sejajar dengan peningkatan teknologi canggih sekarang? - Mr.J
Apa yang hendak ditakuti oleh kerajaan Sarawak? mereka kini hanya berlawan dengan Radio Free Sarawak sedangkan mereka mempunyai banyak medium TV, Surat Khabar di Sarawak yang dikuasai oleh Kerajaan Sarawak.

Masyarakat Penan di Sarawak tidak akan mengubah ke siaran lain hanya Radio Free Sarawak.

Tetapi, generasi muda Sarawak kini tidak suka membeli dan membaca Surat Khabar kerana ianya 'ditapis' dan hanya menyebelahi 'sebelah pihak' sahaja . Masyarakat Muda Sarawak lebih cenderung kepada pengunaan media alternatif seperti Blog , Facebook dan laman sosial yang lain .


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©