4 Panggilan Penting dalam Hubungan Cinta serta kenali identiti pasangan anda.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebuah alunan musik mampu membuatkan sesseorang itu merasai kedalaman maksud yang tersirat sekiranya apa yang dihadapinya kini membelengui segala benak fikirannya , dia menjadi serba salah adakah segala keputusan yang dibuat itu merupakan jalan yang terbaik bagi diri masing – masing ternyata ianya masih baru lagi untuk disahihkan.

Rasanya lama juga Mr.J tidak bercerita mengenai Info tentang Cinta . Jadi Kali ini Mr.J cuba untuk menterjemahkan Cinta melalui 'prilaku' pasangan . 

Sebuah perhubungan tidak akan kekal sekiranya tanpa pemahaman dan tolak ansur akan tetapi sekiranya hanya sebelah pihak yang selalu mengalah maka sebelah pihak haruslah perlu memahami apa yang harus dibuat iaitu segera untuk bertolak ansur dan bukannya terus ‘degil’ seperti menunjukkan kepada sebelah pihak bahawa ‘ego’ dan ‘kemampuannya’ untuk tidak pernah ‘mengalah’ walaupun sedar bahawa kesilapan mungkin dari dirinya sendiri.

Mengalah & Tolak Ansur serta Egois 
Harus diingati bahawa pihak yang selalu mengalah mungkin akan mengalami keresahan yang mungkin menyebabkan mereka menjadi ‘rendah diri’ serta “panas baran” yang keterlaluan sehingga menyebabkan rasa ‘keyakinan diri’ hilang tapi harus diingati juga sekiranya Pihak yang selalu mengalah dalam konteks bertolak ansur dalam cinta menyedari bahawa pasangannya bersikap ‘lebih’ daripada apa yang sepatutnya maka jangan pandang rendah kepadanya kerana anda mungkin akan mendengar satu ‘keputusan’ yang akan membuatkan anda terasa ‘bahangnya’ atau kemungkinan anda akan ‘kehilangannya’.

Komunikasi 
Memainkan peranan yang penting, mungkin anda agak sibuk bila waktu berkerja tetapi tidak salah jika anda menghantar sms ringkas mengatakan “saya rindu suara awak, balik kerja I akan call” dan bagi si penerima msj anda iaitu kekasih anda mungkin akan lebih bersemangat mengharungi kerjanya dan rasa sayang akan terus mekar tapi harus diingat ‘Janji” anda dan jangan sesekali lupakan janji anda.

Identiti Sebenar
Banyak perhubungan cinta bila telah menjangkau lebih 4-6 tahun iaitu tahun dimana ‘tahun krisis” dan tahun “Penampakan Identiti Sebenar” pasangan masing – masing . Mungkin tiada lagi ungkapan “Sayang / I Love You / Sayang awak” tidak seperti tahun pertama hingga ketiga. ( Banyak pasangan putus asa dalam tempoh tahun tersebut )

Meninggikan Suara/Menengking
Tidak pernah dalam hubungan yang telah terjalin sidia meninggikan suara kepada anda atau sebaliknya . Amat Pantang sekali bagi mana – mana pihak meninggikan suara seolah – olah menengking dan harus diingatkan sekiranya anda menengking / meninggikan suara kepada pasangan anda maka sidia akan tetap mengingatinya walaupun anda telah memohon maaf.


4 Panggilan Penting dalam Hubungan Cinta
Panggilan Waktu Pagi : menunjukkan bertapa pentingnya dia untuk kamu.
Panggilan Tengahari : menunjukkan bahawa anda tetap bersama dalam apa jua masalah.
Panggilan Waktu Petang ( Balik Kerja ) : Menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang sidia.
Panggilan Malam ( Sebelum Tidur ) : Menunjukkan bahawa hidup anda kosong tanpa dia.

Pastikan anda dan pasangan anda selang seli membuat panggilan dan jangan hanya daripada satu pihak sahaja. Kerana jika sebelah pihak sahaja yang sering menghubungi maka bersedialah untuk “Kehilangan Sidia” kerana salah seorang daripada anda kemungkinan “Cinta” telah pudar.

Salam , Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©