Resepi Mengoreng Kepala Ayam . - Tulu Manok , Palak Manuk

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tulu Manok itu bermaksud 'Kepala Ayam' dalam bahasa Kadazan Dusun dan Palak Manuk adalah dalam bahasa Iban . Jadi apa kena mengena dengan kisah kali ini? , Ayamas dilarang untuk masuk ke Sarawak ? 
Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas, Rosniza Baharum berkata, pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol. Kosmo
Eh, Mr.J bukan nak cerita pasal Ayamas jauh sekali pasal KFC dan kali ini adalah dengan Resepi mengoreng kepala ayam siri budget kempunan makan KFC.

Bagaimana untuk mendapatkan kepala ayam ? jika di Sarawak anda terpaksa ke market untuk membeli kepala Ayam yang berharga kemungkinan RM4 untuk 8 kepala Ayam tetapi jika anda menetap di salah sebuah negeri di malaya ( semenangjung malaysia ) maka hanya berbekalkan RM 3 untuk modal membeli 1 kepak ayam di Pasar Malam dan sambil anda membelek Kepak Ayam maka anda pun berkatalah kepada si penjual ayam itu seperti perbualan dibawah .

" Bang, kepala ayam yang tak pakai tu buang ke? " - Mr.J
" a ah , tak guna , kenapa?" - Penjual Ayam.
" kalau tak boleh bagi saya tak ?' - Mr.J
" bagi , RM 1 1 kilo amacam " - Penjual Ayam
" seringgit pun jadilah bang " - Mr.J

Jadi, kebanyakkan masyarakat di semenangjung malaysia tidak makan kepala ayam. Hasilnya pada malam tersebut Mr.J memperolehi Kepala Ayam dengan harga RM1 .

Eh, ini dah keluar tajuk ingatkan nak straight to the point pasal Resepi Mengoreng Kepala Ayam.


Bahan - bahannya:
1. Sediakan beberapa ekor kepala ayam .
2. Serbuk Pati Ayam
3. Garam , Ajinomoto
4. Bawang Putih yang telah ditumbuk

Cara menyediakan:
1. Potong bahagian paruh serta lidah ayam .
2. Gaulkan kesemua bahan - bahan diatas bersama kepala ayam.
3. Biarkan diperam selama 1 jam.
4. Dan Goreng sehingga masak .

* jika ingin lebih menarik , anda bolehlah goreng bersama tepung khas untuk mengoreng daging ayam.

Amacam ? nampak menyelerakan.


 Sekian , Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©