Berhati - hati membeli Ketam jangan sampai membeli Ketam "Botox".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ketam merupakan satu juadah dari lautan yang cukup menyelerakan tapi tidak bagi Mr.J kerana mempunyai alahan terhadap hidupan ini. Kali ini Mr.J bukan hendak berkongsikan mengenai alahan jauh sekali mengenai bolasepak skuad harimau malaya.

Ketam yang ada "lubang" adalah kesan suntikkan.
Pernah tak anda membeli ketam tetapi agak sedikit berbanding yang anda selalu beli tetapi harganya sama, jika ya ini bermakna kemungkinan besar anda merupakan salah seorang pembeli ketam yang berjaya ditipu oleh penjual ketam.

Ketam yang kurang "segar/lembik" akan menjadi kelihatan keras setelah disuntik air dan dibekukan.
Pelbagai cara digunakan untuk mengaut keuntungan khususnya dari segi "berat" KG ketam tersebut. Dengan hanya menyuntikkan air dalam badan ketam maka beratnya akan berubah, sepertimana kejadian daging - daging ayam yang disuntik dengan air seupaya kelihatan "gebu".

Jadi, kepada anda diluar sana berhati - hati yer.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Ulat Sagu, Ulat Mulung atau Butod serta Khasiatnya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.


Ulat Sagu, Tinduh, Ulat Mulung ( Panggilan di Sarawak ) atau Butod ( Panggilan di Sabah ) itulah nama bagi sejenis Ulat yang didapati di dalam pohon sagu yang telah tumbang atau reput. Ianya tidak seperti ulat yang anda cuba bayangkan dengan pelbagai "imaginasi" jijik anda itul. 

Kempen Protes Bangladesh ke Sarawak
Ulat Sagu ini adalah diantara ulat yang paling "bersih" kerana hanya memakan isi sagu manakala isi sagu merupakan protein yang tinggi.

Kalau tak silap Mr.J beberapa tahun yang lepas di Pasar Tamu Serian, ulat mulung ini dijual seharga 20 sen seekor atau RM30 sekilogram tetapi kini ia melonjak kepada 50sen seekor. Rasanya cukup enak dan berlemak adalah faktor utama kenaikkan harga ulat sago.

Ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut. Bukan itu sahaja, pengambilan atau makan Ulat sago secara berterusan dapat mencantikkan kulit muka kelihatan gebu dan semakin cerah.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Gambar Keganasan Penyokong Malaysia dijangkit Wabak Sawan Babi apabila Tidak dapat menerima kekalahan ke atas Vietnam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MALAYSIA - Kalau minggu lepas Penyokong Harimau Malaysia bergitu riak sekali mengejek pasukan lawan dengan "keeper kat mana ..keeeper kat mana" tetapi kali ini Harimau Malaysia telah mengalami KETULAHAN akibat perangan sebilangan Penyokong yang tidak bertamadun.

Penyokong Malaysia bertukar menjadi Seekor Babi yang terkena sawan Tapir dengan mengherdik dan memukul penyokong Vietnam.







____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Dua "Sahabat" Mati dibunuh oleh sikap fanatik Ahli "NGO" Ketuanan Bangsa.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MALAYSIA - Sebuah Persahabatan dari perbezaan darjat, bangsa serta budaya tidak menghalang kedua mereka menjalin satu persahabatan. Tetapi atas keakraban mereka berdua ini telah menyebabkan beberapa NGO yang berteraskan perkauman, bangsa dan agama yang fanatik cuba untuk meleraikan mereka. 

NGO Perkauman khususnya Ketuanan Bangsa, tersebut percaya bahawa sikap dan perbuatan mereka itu memalukan dan bukan budaya timur. Tetapi mereka berdua tidak mempedulikan NGO bangsat yang dikenali ketika musim - musim tertentu.

Dua Sahabat Tanpa ada rasa berbeza dibunuh di tempat persembunyian.
Akhirnya, kedua sahabat tersebut terpaksa meninggalkan tempat mereka kerana ideologi NGO Ketuanan Bangsa telah mula memupuk disemai di kalangan penduduk kampung.

Pada satu malam, di tempat persembunyian sementara sebelum keluar daripada kampung tersebut salah seorang ahli NGO Ketuanan Bangsa telah menyedari persembunyian mereka berdua dan membawa rakan yang lain untuk menghalau.

Tapi, tindakkan agresif, fanatik dan pelampau ahli ngo tersembut dengan membakar persembunyian mereka. Kedua sahabat tersebut mati di tempat kejadian.

- Mr.J, Artikel ini tidak menyatakan NGO mana dan hanya NGO yang makan cili maka dia rasa kepedasannya.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

e-Blog Kedai RM199! Terhad - Pek Ekonomi

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Lebarkan Perniagaan anda serta tingkatkan kewibaan anda dalam dunia perniagaan online serta bukan hanya sekadar dalam facebook dimana anda tidak ubah kelihatan sama diantara ribuan perniaga lain yang hanya sekadar mampu upload produk dan pos di setiap mana - mana facebook page, tapi malangnya perbuatan anda itu hanya mengundang rasa tidak senang dikalangan pemilik facebook page dan akhirnya anda akan di ban.

Demo WeBlog Online Shop boleh dilihat di : e-Niaga.com
Bergitulah lumrah seorang perniaga online, yang hanya berpandukan 100% promosi jualan daripada facebook. Kenapa tidak untuk mencuba menaiktarafkan perniagaan khususnya yang kecil - kecilan.

Disini Mr.J menyediakan perkhidmatan membina, menginstall bahkan semuanya untuk anda memilikki 1 WeBlog online shop yang cuma berharga RM199 ( December PROMOSI ) . Di situ pelbagai Kategori Barangan Produk anda boleh listkan supaya lebih teratur.


Rujuk Demo WeBlog Online Shop : e-Niaga.com
CEPAT!!! Dapatkan Sebuah e-Blog Kedai Online sendiri dan Milikki url domain sendiri hanya RM199 sahaja!! ulangi RM199 sahaja. - Watasp Saya sekarang di 011-12036471 !!!

## Apa yang anda akan dapat? ##

URL sendiri - cth : kedaisayangku,com atau apasajajanama,com
Email sendiri -cth : admin@kedaisayangku.com atau sales@kedaiaku.com

Pastinya Pelangan @ Pengujung tidak was-was dan kelihatan Profesional!

###  Terhad!!!! TAWARAN HARGA RM199 INI AKAN BERAKHIR BILA-BILA MASA ###

Whatapps Saya sekarang di 011-12036471 !!!

Tahukah anda Harga sebenar pasaran untuk sebuah web kedai? anda boleh semak sendiri di carian google.. lingkungan rm2k - rm5k.

Tapi jangan risau, saya boleh membantu anda 24/7. Dan saya sendiri akan lakukan editing,coding.installing .. domain registration, webmail ah~ .. boleh dikatakan anda tidak perlu buat apa2 dan hanya perlu masukkan gambar setiap produk serti deskripsi sahaja. Lihat DEMO di http://www.e-Niaga.com

KADAR HARGA SEMASA : RM 199.00
KADAR HARGA AKAN DINAIKKAN BILA - BILA MASA DI HARGA ASAL : RM 699.00


TANIAH!! Anda Masih lagi berada pada Nilai Kadar Harga SEMASA Iaitu pada RM 199.00 Jangan sehingga Harga naik kembali ASAL di RM 699.00 baru hendak mendapatkan Harga promosi, Peluang Tidak datang berkali - kali. 

e-Blog Kedai  RM 199.00 ( HARGA PROMOSI )

MAYBANK BANK BERHAD
Maybank Account Holder : Jacky Juing Jonathan 
Maybank Account Number : 112148172870 
Contact Number : 011-1478 9406 / 011-1203 6471 / 011-23234661
E-Mel: jacky_juing@yahoo.com.my
Facebook di : e-Niaga.com Facebook

Cara - cara membuat Minuman Arak Jenama BLACK LABEL dengan mudah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pernah minum Arak Black Label? Jika tidak pernah mungkin anda sendiri boleh cuba membuat Arak berperisa seakan BLACK LABEL tetapi jika ingin mendapatkan "feel" seakan menikmati Arak Black Label Original dan berprofil tinggi mudah sahaja. 

Pergi ke kelab - kelab malam ambil botol kosong Black Label yang dibuang dan bawa ke rumah. Setelah itu isilah dengan Pelarut Thinner dan ianya sudah sedia untuk dihidang berapa rakan - rakan.


Musim Perayaan ini, pembelian Arak cukup popular sekarang! sila jauhkan daripada arak berjenama ini dan Keep Calm & Drink Tuak atau Tapai sahaja yang pasti tidak memudaratkan kesihatan anda diperakui dari ribuan tahun dahulu.

Berminat untuk belajar membuat Air Tuak berperisa Nenas? Mr.J kongsikan resepi dari Ms.DJP.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

RENTAP terpaksa menentang lebih 3000 Orang Iban dan 500 Melayu Sarawak yang telah dihasut oleh Rajah Brooke.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Membaca kisah Rentap sedikit sebanyak membuatkan Mr.J terasa sedikit hiba jika ketika itu berada di antara Pengikut Rentap serta mendapat tahu bahawa lebih 3000 Iban dan bukannya 3000 orang kulit putih, bukan 3000 Gurkha ataupun 3000 Gipsi tetapi 3000 IBAN yang mengalir darah yang sama dengan Keturunan Bangsanya sendiri mengkhianati dan menentangnya.

Tahun 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok adalah merupakan Peperangan Besar diantara Rentap dan Legasi Pemerintahan Brooke. ( 25 Sept 1841 adalah tarikh dimana James Brooke menguasai dan menjadi Rajah Sarawak )

Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok, Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

Bukan mahu merendahkan martabat Iban tetapi mahu masyarakat Iban yang sekarang mengambil kisah ini sebagai iktibar supaya Iban terus melangkah maju bersama - sama masyarakat lain. Baiklah, kita teruskan kisah ini. Adalah disyarakan bahawa tiada unsur provokasi diantara "bangsa" jauh sekali "politik" di dalam Kisah ini.
Perahu Perang Iban dengan "Tengkorak" diselitkan di celah ukiran.
Pemacha Dana atau lebih dikenali sebagai "Bayang" iaitu seorang Pahlawan Masyarakat Iban dan juga Ketua Perang. Dikisahkan bahawa kawasan "Bayang" cukup besar dari sekitar selatan Sarawak sehingga ke kawasan Muara Sungai Kapuas di Kalimantan, Borneo .

Disebabkan usia Pemacha Dana semakin meningkat tua maka "Rentap" telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk mengantikan tempat Pemacha Dana dan disitulah bermulanya era Rentap. Untuk pengetahuan pembaca semua, nama sebenar Rentap adalah "Libau" iaitu bermaksud "Penggoncang Dunia".

Rentap tidak memerlukan banyak masa untuk menyakinkan pengikutnya apabila berjaya menguasai kawasan lautan di sekitar Sambas dan juga kawasan Pontianak dimana kini berada di Kalimantan, Borneo. Lantas nama Rentap menjadi sebutan kerana keberaniannya.

Tahun 1843 sekitar pertengahan tahun, jeritan tangisan memecahkan suasana alam tidak dapat digambarkan dengan kata yang hanya adalah linangan airmata mereka. 
Rumah Panjang itu adalah milik Pemacha Dana "Bayang" bekas ketua perang sebelum digantikan dengan Rentap telah dibakar oleh James Brooke & Keppel di Nanga Padeh, Saribas.

Brooke meneruskan serta memusnahkan Rumah Panjang yang lain iaitu Rumah Panjang Linggi atau dikenali dengan nama "Mali Lebu" di Kerangan Pinggai, Paku. Jeritan tangisan para wanita dan anak kecil serta ketakutan yang amat sangat dan berlari ke dalam hutan.

Belum lagi bara api kayu dari Rumah Panjang Linggi, Brooke dan pengikutnya ke Rumah Panjang Rekaya Antau "Linggang Neneri dan Rekaya Gun "Mangku Bumi" di Sungai Tawai, Rimbas juga dibakar.

Melihat kejadian itu, Rentap berasa sangat marah dan memanggil seluruh Pemuda Iban yang dikatakan anggaran anggota sebanyak 10 ribu orang melancarkan serangan ke atas Brooke, kenapa Brooke tidak menyukai Rentap? ini kerana Rentap mempunyai kekuatan yang boleh menumbangkan sistem kerajaan Brooke ketika itu tetapi Rentap tidak mahu tanah dia dikuasai oleh "Rajah Brooke" iaitu orang luar.

Gambaran Perahu "Perang" Rentap dan Pengikutnya - British colonist's sketch picture
Tahun 1853 Rentap dan seluruh kekuatan Pemuda Iban menuju ke Kubu James Brooke di Nanga Skrang, diceritakan angkatan Rentap yang Gah serta bersedia untuk memenggal semua kepala - kepala pengikut James Brooke, di dada mereka tidak terungkap satu perkataan dan digambarkan wajah mereka menyimpan beribu kemarahan dan tidak kira jika menghadapi Orang Iban sendiri yang di "beli" oleh James Brooke.

Diketika kisah ini, Mr.J terasa sedikit kecewa dan marah kerana amat mudahnya masyarakat khususnya Iban telah berpaling daripada saudara sedarah mereka sendiri dan menentang Rentap. 

Mungkin anda tidak percaya dan sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya menguris hati sebilangan pembaca diceritakan hampir 3000 Orang Iban berjaya di hasut oleh Charles Brooke, Mr.J ulangi 3000 Orang Iban berjaya dihasut dan menjadi pengikut kepada James Brooke.

Peristiwa Penentangan

  • 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
  • pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
  • kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
  • 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
  • pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
  • perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
  • tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
  • Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
  • Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
  • tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
  • kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
  • tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
  • pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
  • James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
  • James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
  • Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke
  • Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
Sungguh amat menyedihkan sekali bila mendengar dan membaca kisah ini 3000 Orang Iban dan  500 Orang Melayu di Sarawak diperdayakan oleh Pengaruh Luar iaitu Charles Brooke ini dibuktikan pada Tahun 1857. ( rujuk di Peristiwa Penentangan )

Sejarah tetap Sejarah, tidak dapat untuk dinafikan dan hanya dapat dikenang dan diambil sebagai pengajaran dan bagi kita Masyarakat Iban bergitu juga Mr.J. 

Seandainya 3000 Orang Iban dan 500 Orang Melayu di Sarawak tidak menyokong Rajah Brooke mungkin Orang Iban mampun mencipta sebuah Sejarah yang lebih hebat malah agak tidak mustahil jika Rentap dan Pengikutnya mampu menawan kerajaan Majapahit, sekiranya tiada yang mengkhianati Darah Bangsa sendiri. Who's Know?

Rentap pernah berkata "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah!!!"

Pada tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya Rentap telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sakit tua.

Dua Zaman yang berbeza, setelah Rentap menentang Legasi James Brooke, dan pada tahun 1949, Muncul seorang Perjuang Sarawak kali ini dari masyarakat Melayu Sarawak.

Sepertimana Rentap menentang James Brooke bergitu juga Rosli Dhoby tapi yang ini Rosli Dhoby berjaya membunuh Sir Duncan George iaitu Gabenor Sarawak yang kedua setelah James Brooke. 

Mungkin lain hari Mr.J akan cerita mengenai Rosli Dhoby. 

Wira Melayu Sarawak Rosli Dhoby dihukum mati kerana membunuh gabenor sarawak ke dua iaitu Sir Duncan George.
- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Terperinci mengenai Masyarakat IBAN di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Wanita Iban dengan pakaian tradisi
Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak.

Menurut perangkaan pada pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau 603,735 orang daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban. 

Kebanyakan Orang Iban yang juga dikenali sebagai Dayak Laut mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Mukah dan Betong. 

Sebenarnya nama Dayak Laut yang diberikan kepada orang Iban sebenarya mengelirukan dan tidak sesuai kerana kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan tanah tinggi yang jauh di pedalaman dan ekonomi mereka bergantung sepenuhnya pada pertanian.

Buat beberapa lama istilah Dayak Laut telah diterima dan dianggap oleh masyarakat Barat sebagai istilah yang paling sesuai untuk orang Iban. Hal ini semikian kerana kebetulan pada awal kedatangan James Brooke Orang Iban telah mula melakukan ekspedisi melalui laut setelah mengadaptasi kemahiran orang Illanun dan Bajau. 

Sebenarnya bagi orang Iban pada peringkat awal istilah Iban itu bukan digunakan untuk merujuk kepada bangsa mereka sendiri tetapi bermaksud orang atau manusia. Kini Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu suku, iaitu kaum Iban sahaja.

Tatu adalah Kemestian
Menurut sejarah mereka berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada pertengahan kurun ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah Kumpang, lalu mendiami Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di negeri Sarawak.

Apabila James Brooke mula datang ke Sarawak dalam tahun 1 839, orang Iban kebanyakannya tinggal di Bahagian Kedua. Namun demikian pada penghujung abad ke-19 mereka terdapat di seluruh negeri Sarawak. 

Salah satu aspek penting tentang orang Iban ialah kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan sehingga kini kekal sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun di sesetengah negeri ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang.

Pelbagai Pingat telah diberi kepada Iban Sarawak juga banyak membantu dari segi ketenteran di malaysia
Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama.  

Satu perjumpaan di antara tuai-tuai rumah, lemambang, tuai burong dan penghulu Iban dari kawasan Batang Lupar, Batang Ai, Saribas dan Batang Krian yang diadakan di Simanggang (Sri Aman) dalam tahun 1961 untuk membincangkan adat-istiadat, kebudayaan dan ritual Iban, didapati bahawa mereka sependapat tentang banyak perkara berkenaan dengan adat-istiadat, cerita dan sastera lisan walaupun selama ini mereka mereka dipisahkan oleh jarak dan masa yang luas dan tidak pernah bertemu sereta berbincang tentang perkara- perkara berkenaan. 

Suku dayak yang paling hampir menyamai Iban daripada segi bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam ialah bangsa Dayak Muallang dan Dayak Desa di Kalimantan, Indonesia.

Tun Jugah (kiri) Iban Sarawak 
Bagi orang Iban yang pagan pada zaman dahulu ketika mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme hampir semua aktiviti kehidupan, termasuk adat resam dan kepercayaan mereka dikaitkan dengan upacara-upacara tertentu. 

Oleh itu, selain daripada mempunyai tuai rumah setiap rumah panjang juga biasanya ada tuai burong, lemambang dan manang. 

Tuai burung ialah orang yang yang bertanggungjawab menilik dan meramal mimpi, mentafsir bunyi burung atau binatang dan petanda-petanda alam yang lain yang berkaitan dengan aktiviti harian. 

Namun demikian, generasi Iban kini mungkin sekadar mengetahui sedikit sahaja tentang kepercayaan itu dan tidak mengamalkannya lagi atau mungkin sekali-sekala pada hari gawai sahaja.

Pada zaman dahulu Lemambang pula adalah individu yang penting kerana bertanggungjawab menjampi dan membaca mentera ketika upacara tertentu seperti gawai umai, gawai batu dan gawai sakit. Manakala manang pula adalah dukun atau bomoh yang bertanggungjawab mengubati orang sakit. Dari segi ekonomi, pada masa dahulu orang Iban bergantung sepenuhnya kepada ekonomi sara diri dengan menanam padi bukit besar-besaran secara pertanian pindah. 

Seperti masyarakat Iain di Malaysia, kini orang Iban juga telah mengalami banyak perubahan dan pembangunan daripada segi sosial, ekonomi dan politik sejajar dengan pembangunan negara. Pertanian pindah tidak lagi sepenting dulu buat mereka. Nilai-nilai, norma-norma dan kebudayaan serta adat Iban yang tidak sesuai, kini sudah tidak diamalkan lagi.

Orang Iban rnempunyai berbagai-bagai jenis tradisi lisan yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun-temurun. Seperti masyarakat Malaysia yang lain, tradisi lisan masyarakat Iban juga mempunyai sastera rakyat yang berbentuk prosa dan puisi. Sastera lisan yang berbentuk puisi kebanyakannya adalah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan mereka. Manakala sastera lisan yang berbentuk prosa pula adalah merupakan kumpulan cerita- cerita lisan yang mengandungi mitos dan legenda orang Iban.

- Blogger Tusun Terabai

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Sipnopsis SUMPAHAN PERJANJIAN 1963 - Cinrta Palsu MAT LAYA, terhadap madunya SARAH WATTS, SHALVAL & SII NGA FUA.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SUMPAHAN PERJANJIAN 1963 - Kisah hidup Pemuda yang bernama Mat Laya dan tiga madunya iaitu bernama SARAH WATTS, SHALVAL & SII NGA FUA. kini tidak lagi seakrab seperti dahulu , tetapi sebelum Mr.J menceritakan selebih lanjut kisah mereka disini Mr.J memperkenalkan siapa Pemuda yang bernama Mat Laya

Sebelum itu Mat Laya mempunyai tiga orang isteri iaitu yang ketiga adalah bernama SII NGA FUA seorang gadis kerdil dan comel . Pada 16 September 1963 mereka membentuk sebuah keluarga bernama 'Malaysia' .

Cik SII NGA FUA. kini lebih selesa dan berjaya berbanding SARAH WATTS, SHALVAL 
Tetapi hubungan Mat Layadengan Isteri ketiga iaitu SII NGA FUA hanya bertahan selama dua tahun iaitu tahun 1963 hingga 1965 sahaja ekoran SII NGA FUA telah mengetahui bahawa Mat Laya tidak menyintainya sepenuhnya dan hanya mempergunakan dia ini kerana Mat Laya  tahu bahawa SII NGA FUA adalah seorang gadis yang cerdik akal .

SII NGA FUA menasihati madunya yang lain iaitu SARAH WATTS, SHALVAL tetapi mungkin kerana pujukkan si Malaya menyebabkan  SHALVAL dan  SARAH WATTS yang ketika itu masih mentah lagi terus lena dengan rayuan Mat Laya.

Sekarang sudah 50 tahun Perkahwinan Mat Laya dengan SHALVAL dan SARAH WATTS , pelbagai kontroversi dicetuskan oleh Mat Laya dan mungkin inilah yang dinamakan 'habis madu sepah dibuang' .

Segala harta pusaka SHALVAL dan SARAH WATTS telah banyak dilaburkan untuk Mat Laya  membuka perniagaannya seperti Petrokadas dan sebagainya.

Sekarang Mat Laya dengan lantang mencemuh untuk menukar segala 'status' HALVAL dan SARAH WATTS dan pelbagai hinaan serta cacian juga dileparkan kepada mereka berdua , andai mengetahui SHALVAL dan SARAH WATTS  mempunyai 'harta' maka mereka disayang kembali.

Bagaimana dengan nasib bekas isteri Mat Laya iaitu  SII NGA FUA. ?  SII NGA FUA kini tampak lebih berjaya dan membangun dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa 'ganguan' daripada orang lain bahkan  SII NGA FUA. menjadi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaannya sendiri dan menguruskan segalanya lebih 'terlus' dan 'tanpa rasuah' .

Umpama menangisi sebuah 'kematian' , SHALVAL dan SARAH WATTS terus dihina , dipinggir bahkan dipergunakan untuk mengaut keutungan berganda kepada Malaya sedangkan SHALVAL dan SARAH WATTS terus dibiarkan sehelai sepingan.

16 September adalah bukan lagi tarikh ulangtahun yang mengembirakan kepada SHALVAL dan SARAH WATTS  kerana ianya telah berubah menjadi sebuah tarikh 'berkabung' daripada tarikh perkahwinan.

Sebelum itu , SHALVAL dan SARAH WATTS telah membuat surat 'akujanji' yang meliputi pelbagai aspek sebanyak 20 Perkara tetapi ternyata ianya seperti melepaskan batuk ditangga .

Keinginan SHALVAL dan SARAH WATTS untuk bercerai dengan Suami mereka semakin melonjak ekoran terlalu banyak 'parasit' seperti spesis katak dan yang lain menjangkiti Suami mereka MAT LAYA , sering mengabaikan Nafkah yang seharusnya diberi kepada Isteri-Isterinya.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Untuk pengetahuan UMNO tidak dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyebarkan Ideologi "Dakwah" mereka jauh sekali bertapak kerana ianya dilihat kepada lebih bersifat "bangsa" simbolik "Keris" serta "Ketuanan Melayu".Tidak dapat melambangkan etnik lebih dari 40 kaum di Sarawak.

Mantan KM Sarawak berkali - kali pernah berkata "Pastikan Politik RASIS UMNO" tidak dibawa ke Sarawak.
Mari Kita lihat dari Presepsi Manakah UMNO tidak dibenarkan di Sarawak melalui rekod Arkid Berita

Melayu Sarawak harus bersatu- Utusan Borneo August 29, 2014 , Jumaat
Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, bukan sahaja parti pembangkang tetapi Sarawak turut tidak menerima kewujudan UMNO, yang juga merupakan parti berasal dari Semenanjung Malaysia, meskipun ia Barisan Nasional (BN).
1:  Ketua Menteri Sarawak yang LAYAK menjadi Perdana Menteri - Rujuk Sumber 12: Taib kata UMNO Parti RASIS - Rujuk Sumber 23: Sinisnya Kritikan Menteri Sarawak terhadap UMNO -Rujuk Sumber 3
Perlukah Umno ke Sarawak?
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan akan bersara pada 28 Februari ini (8 hari dari sekarang) selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak.

Beliau berkata jangan beri parti rasis, Umno bertapak di negeri bumi Kenyalang itu.Kenapa Taib begitu marah kepada Umno?

Dibawah ini adalah petikan berita harian 29/11/14 tentang individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan segelintir individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan hanya akan berunding dengan kumpulan kecil ini jika mereka mendesak isu royalti atau kuasa dibincangkan.

"Kita tidak akan sesekali biarkan isu Sabah dan Sarawak ini diperbesarkan.

"Apa yang penting, jika mereka fikir ada hak tertentu seperti royalti dan kuasa yang perlu dibincangkan, kita boleh runding tetapi untuk bawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia... kita tidak akan benarkan sama sekali," katanya pada sidang media selepas berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Peningkatan & Kelantangan Kumpulan - Kumpulan "Bersuara" untuk "Keluar".
Mungkin ini adalah malapetaka kerana suatu ketika dahulu, ngo pro kerajaan pernah berkata "Jika tak suka Malaysia Sila keluar Malaysia!" , maka inilah simpulan bahasa termakan kata sendiri.

Dengan rasa sakit yang amat sangat dikalangan anak Sabah & Sarawak akhirnya satu demi satu, sikit demi sedikit akhirnya membentuk satu "Pengikut" yang kini dijumlahkan lebih puluhan ribu walau tiada angka rasmi dicatatkan bagi penyokong reforendum "Sabah Sarawak Keluar Malaysia". 

Dari Individu ke kumpulan, satu masa nanti bakal "mengoncang" dunia!.
Ini tidak dicampurkan sekali dengan beberapa pecahan kumpulan "Pro - Reforendum" di Sarawak contohnya Pertubuhan yang semakin menjadi sebutan rakyat Sarawak sekarang iaitu "S4S" ( Sarawak for Sarawakians ) , SAPA, dan beberapa lagi kumpulan lain. 

Dari dahulu lagi, Anak Watan Sarawak sudah merasakan akan "ditindas" jika bersama dalam Pembentukkan Malaysia.
Tujuan mereka nyata iaitu menuntut kemerdekaan buat kali kedua mutlak, kerana selama ini dalam pembentukkan malaysia tidak ubah seperti Sabah & Sarawak "dijajah" dalam pelbagai sektor bermula dari hasil minyak dan eko pelancongan sehingga ke jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam. 

JADI PERSOALANNYA Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©