Resepi Ulaman Sarawak: Pisang Hijau ( Pisang Mentah / Kelat ).

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Buah Pisang, yumm... terliur Mr.J bila teringat makanan di Sarawak sewaktu tempoh bercuti balik kampung tempoh hari.

Mesti ramai yang tidak menyukai buah pisang yang masih hijau ataupun mentah kerana rasanya kelat tetapi tahukah anda ianya lebih banyak serta kaya dengan pelbagai vitamin contohnya untuk memcantikkan kulit kita.

Tapi kali ini Mr.J bukanlah hendak bercerita mengenai Vitamin Kulit tetapi mahu berkongsikan sedikit resepi ulaman yang menarik dari Sarawak. 

Sedap dan Pedas ..lebih power sekiranya ada campuran Buah Maram..
Buah Pisang Mentah atau yang masih hijau yang dikupas kulitnya sehingga menampakkan isinya yang putih selepas itu cuci bersih dan dipotong kiub dan rendam di dalam air untuk seketika.

Sambil itu sediakan belacan , cili padi , ikan bilis dan ditumbuk halus manakala kepedasan mengikut tahap level pedas sendiri.

Setelah semuanya siap maka sambal tersebut digaulkan bersama kiub pisang mentah tersebut sehingga rata , letakkan sedikit kicap manis dan kalau hendak lebih power hiriskan 'Buah Maram' dan gaul bersama dan sedikit ajinomoto dan garam.

Dan...siap untuk dimakan bersama mak cik - mak cik dan jiran sebelah sambil mengupas bersama tentang isu - isu semasa . Selamat Mencuba!

Mr.J
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©