Tonton Online Filem Highland Tower 2013 , anda percaya hantu atau tidak? terpulanglah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Highland Tower, sebuah lagi filem terbitan MIG Metrowealth bagi tahun 2013 dan merupakan filem ke-84 yang akan ditayangkan di pawagam. Filem yang menampilkan konsep 'found footage' ini adalah sebuah filem yang bergenrekan seram yang mana dirakamkan dilokasi sebenar Highland Tower.

Filem ini bukanlah sebuah cerita yang merungkai kisah Highland Tower itu sendiri dan langsung tiada kaitan dengan tragedi tersebut. Filem ini diolah oleh pengarah yang sangat sinonim dengan filem seram iaitu Pierre Andre. Konsep sebegini jarang diketengahkan tidak kira melalui penerbitan MIG mahupun di Malaysia. 

Pihak MIG yakin ia mampu menarik minat para penonton terutamanya penggemar filem bergenre seram. Filem ini memaparkan aktiviti beberapa remaja yang nekad untuk masuk ke kawasan Highland Tower bagi merakam aktiviti paranormal di sana. Namun, apa yang mereka cari sebenarnya memang wujud dan telah mencabar keberanian mereka.

Mikail Andre dan Nizam Zaidi tidak menyangka projek dokumentari pendek mereka menjadi sebuah pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka lupakan. Filem ini turut dibintangi oleh Eddy Rauf, Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Zairi Zainal.

Setiap kejadian yang berlaku di Highland Tower berjaya diolah dengan baik oleh Pierre Andre yang pastinya membuatkan penonton pasti tidak senang duduk apabila menontonnya. Penerbit juga tidak berfikir panjang untuk mengambil projek ini untuk dijadikan filem tontonan umum.

Tonton Online dibawah



+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©