Pengenalan Ringkas "Pengerindu.com" Facebook Page.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selain penulisan di dalam blog, Mr.J juga mengajak anda bersama dengan rakan - rakan khususnya dari Sabah serta Sarawak untuk saling bertukar pendapat serta berkongsi apa jua pendapat anda.

Facebook Pengerindu.com merupakan satu - satunya platform online komuniti Sabah dan Sarawak di alam maya yang menggunakan pelbagai bahasa serta mempunyai 'likes' yang berbilang kaum, budaya serta agama sepertimana yang kita tahu bahawa Penduduk di Sabah serta Sarawak mempunyai lebih daripada 50 Etnik.

Ms.Djp (Sarawak), Ms.Tr (Labuan), Ms.Klin(Sabah) dan juga Mr.J


Di dalam facebook turut banyak dikongsikan serta bertukar pendapat adalah pelbagai isu terkini serta perkara - perkara dan 'budaya' yang tak sepatutnya dibawa oleh Pertubuhan Pro-'Agama', NGO Pro-'Perkauman' mahupun Politik 'Rasist' ke Sabah dan Sarawak.

Ini kerana Budaya Masyarakat Sabah dan Sarawak adalah sangat berbeza sekali , kita sememangnya telah lama tahu bahawa nilai persefahaman dan sifat Toleransi Agama dan Budaya yang cukup tinggi dikalangan para penduduk di Sabah serta Sarawak.

Berfungsi untuk menerangkan dan memberitahu serta berkongsi pendapat sekaligus secara tidak langsung dapat memberikan sedikit Pengetahuan Sejarah yang betul kepada rakyat Sabah dan Sarawak khususnya generasi muda mengenai Sejarah Sabah dan Sarawak. Adalah agak mengecewakan bila generasi muda tidak tahu tarikh kemerdekaan sendiri. 

Tarikh Kemerdekaan Wilayah dalam Persekutuan 'Malaysia'. 
Sabah : 31 August 1963 + Sarawak : 22 July 1963 + Malaya : 31 August 1957 = Malaysia 16 Sept 1963

Ini berikutan sejarah penuh Sabah serta Sarawak sekadar 3% didalam buku teks sekolah dan adalah tidak adil terhadap kedua-dua wilayah tersebut yang juga merupakan rakan kongsi dalam Persekutuan 'Malaysia'. 

Ejekkan serta cacian dari masyarakat luar, adalah menjadi tugas utama untuk di facebook page untuk menangkis serta memberi sedikit 'pengajaran' kepada si perlaku tersebut walaupun di dalam dunia maya dan yang pasti ianya memberi kesan mental kepada si perlaku.

Selain itu, pelbagai infomasi berkaitan dengan makanan, tempat menarik, belajar bahasa etnik dan banyak lagi yang tidak pernah dilihat turut dikongsikan di facebook.
Sekian,
- Mr.J
- admin@pengerindu.com




Description ➳ Komuniti | Unik | Tradisi | Makanan | Semasa | Toleransi

Bagi sesiapa baru sahaja join page ini anda harus tahu bahawa page ini akan memaparkan pelbagai isu yang tidak akan disiarkan di mana-mana akhbar dan ianya adalah daripada pelbagai sumber alternatif dan juga kiriman daripada individu persendirian untuk dipaparkan.


Satu lagi , disini banyak gambar yang memaparkan makanan istimewa dari Borneo dan sebilangan adalah tidak halal dan tidak perlulah anda berhujah bijak pandai agama disini sekiranya anda tidak makan makanan 'tersebut' ( non halal ) maka janganlah komen dan like .


Mungkin cara dan sebilangan masyarakat adalah berbeza berdasarkan tempat bak kata perpatah "lain padang lain terkukur", andai ada silap salah atau apa jua cadangan sila email kepada kami di info@pengerindu.com .


➳ The People of Sabah & Sarawak:


KADAZAN IBAN DUSUN MURUT PUNAN LUN BAWANG BAJAU KENYAH SUNGAI PENAN RUNGUS KEDAYAN BISAYA KELABIT BIDAYUH KAYAN MEMALOH LUNDAYEH IRANUN BERAWAN UKIT LAHANAN KAJAMAN SELAKO ORANG ULU MELANAU MELAYU-SARAWAK


➳ HIDUP HARMONI BIARPUN MEMPUNYAI 50 ETNIK BERLAINAN AGAMA & BUDAYA


Online Since: 2009 Visit
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©