NCR: Syarikat 'Menghalau" penduduk kampung, 400 Penduduk di sekitar Simunjan berkumpul di Balai Polis Simunjan, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kali ini kita ke berita mengenai kes tanah adat (NCR) yang tidak pernah selesai bahkan semakin banyak berlaku, dan kini ianya berlaku di Daerah Simunjan, Sarawak . 

Dianggarkan lebih daripada 400 para penduduk dari kawasan kampung iaitu Entanggor ,Arus , Bajong , Sampun, Ensika , Kesindu dan Tungkah mengadakan satu protes aman untuk menentang pencerobohan ke atas tanah adat mereka semalam. 

Ini kerana sebilangan pekerja daripada syarikat yang mempunyai pegangan sementara telah mengangu dan membuat ancaman serta 'menakut - nakutkan' para penduduk disitu. 

Menurut laporan daripada akhbar tempatan Sarawak , Syarikat itu menghantar surat bertarikh 13 Nov tahun ini memberitahu beberapa penduduk kampung melalui JKKK mereka untuk keluar dari kawasan itu dalam tempoh masa yang tertentu dan juga menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan . 

Syarikat itu berkelakuan seperti watak dalam "video" yang mengemparkan rakyat sarawak dahulu dengan menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan .

Ini bukanlah kes pertama pencerobohan tanah bahkan beratus - ratus kes , malah tidak keterlaluan jikalau Mr.J mengatakan ada 'sedikit' penglibatan pihak 'tertentu' dalam kepentingan politik serta 'rasuah' juga merupakan 'sumbangan' kepada kes ini. 

Kesimpulanya, siapa disebalik dalang kes tanah adat di Sarawak? Parti Politik? Syarikat Perladangan? 

 - Mr.J
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©